20.7.19

MOROCCO GIBRALTAR SPAIN 13D 10N 23 APRIL - 5 MAY 2018 (PART I)

Assalammualaikum semua..

Bertemu kembali kita dalam rancangaaannn , ehh salah salah. Dalam blog syiok sendiri suka hati hakak la nak cita pasal apa kan, ape lagi.. huhuhu.. :p

Entry kali ni aku nak share pengalaman aku masa trip tahun lepas iaitu ke Morocco Gibraltar Spain. Untuk pengetahuan semua, negara yang aku sangat-sangat nak pegi adalah negara Sepanyoll!!!!.. Walaupun tak dapat cover banyak tempat, tapi dapat sampai ke beberapa tempat di Spain pon aku dah happy gilakk wehh!!.. Rase tak nak balik pun hado, haha ^_^.. 

Untuk Pakej ni, kami melalui 3 buah negara yakni Morocco, Gibraltar dan Spanyol. For those yang tak berapa tahu, Morocco merupakan sebuah negara yang terletak di Utara Africa. Kira dia dalam kepulauan Africa yer murid-murid, bukan terletak dalam tanah arab walaupun orang deme ada yang cakap mcm bahasa arab tapi muke ada yang macam orang africa juga ada macam orang arab,a lot of mix kot,  hah lebih kurang camtu laa ... Gibraltar pula terletak di tengah-tengah antara Morocco dan Spanyol, namun Gibraltar terletak di bawah kerajaan United Kingdom (UK), so kira dia dah under negara lain la.. trip ni pula cover beberapa sahaja negeri dalam Spanyol tu yang kita pergi.. Tidak la cover 1 negara kan, mau 3 4 minggu tak balik-balik, huhu..

Selama ni pakej kami untuk trip ni menaikki Emirates Airlines, memandangkan aku belum pernah naik kapal tu maka aku eksaited gila la bila dapat offer lead group ni. Skali aku tengok untuk trip ni je pulak tetiba tukar naik kapal Etihad Airways lak pulakkk, adehhh -.-'.. Baru nak fefiling kire bintang dalam Emirates bila gelap tu, idok kesampaian la gamaknya. Tapi takpe laa, lom ade rejeki..

DAY 1

So ok, macam biase perjalanan untuk ke Abu Dhabi dalam 8 jam dan kami sepatutnya transit dalam 3 jam je. Dengan mamai-mamai semua, nak di jadikan cerita kapal kami naik tu ade masalah. Mase ni semua tahu yang aku rase mcm namatey weh, hwuaa.. Korang bayangkan la kapal ktorg tu dah nak take off dah kot. Korang tahu kan betapa lajunya bila kapal terbang nak take off. Sekali tengah laju-laju tu nak angkat roda, kapal tu tiba-tiba tak boleh fly dan terhentak ke bawah balik dan kapal tu break emergency yang mcm ko tengah laju bawak kereta tu tiba-tiba orang depan break emergency. Dia punya macam tayar terbuang tu buat kapal tu macam nak terbalik weh. Tayar pon bau hangit nau, pastu ade bomba dan ambulans yang datang sebab ade minah arab pengsan lepas panic and menjerit-jerit dalam kapal. Stewardes menjerit-jerit suruh die bertenang. Semua tekejut sangat-sangat dan orang semua pun turut panic and menjerit-jerit, adehh. Di pendekkan cerita, hampir 2 jam kami dalam kapal tak begerak tu sebelum semua di arahkan dibawa kembali ke airport. Kami perlu tunggu dalam hampir 6 jam sebelum naik next flight. Bila dah delay ni ofcourse la semua kat sana dah tertangguhkan.. Gitu la ceritanya yang begitu mendebaukan aku. Semua aunty2 group aku nangis-nangis kot mase solat subuh tu. Aku lagi la cuak weh!. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat, tu lebih penting..


Aku pun mase tu melalak gak la sebab cuak beb. Aku dah contact kgkwn dan family aku suruh deme doa untuk aku haha

Alhamdulillah, selamat sampai Casabalanca

Lepas berlepas kembali, dalam 8 jam 20 min kemudian, Alhamdulillah kami berjaya landing di airport Casabalanca. Dulu sapa yang nak pergi ke Morocco perlu buat visa, sekarang dah tak perlu. Visa upon arrival sahaja, dia akan cop di belakang passport. Pada sesiapa yang nak tukar duit moroccon dinar boleh tukar di money changes area conveyer bag tu. Jangan tukar area escalator tu sebab macam mahai sket. Mungkin sebab dia paling depan kot, rasenye la huhu.. Memandangkan kami sampai dah lambat daripada jadual yang sepatutnya, maka kami terus ke Marakesh untuk menuju ke hotel yang kami akan menginap malam tu. Daripada Casabalanca ke Marakesh mengambil masa lebih kurang 4 jam. Lunch kami pun guide tapaukan je makan dalam bas, huhu. Yang aku geram, lunch pack aku guide boleh lupe lak nak tapau kan, cess.. Tepaksa la hakak kebuloq sampai masa dinner -.-'.. So lepas check in terasa sangat lega lepas hampir 24 jam redah pelbagai dogaan di hari pertama, huhu.. Hotel dia walaupun kat kawasan macam kampung2, tapi selasa gak ohoii ^_^..

Di Marakesh kami menginap di hotel ATLAS ASNI.. 
Kawasan luar dia macam setinggan, tapi dalam hotel ni macam kondo hahaha.. Tekojut gak la hakak tengok. Ingat macam beshe beshee je ..







DAY 2
Hari kedua ni kami hanya buat tour di sekitar Marakesh sahaja. Ramai yang cakap Morocco ni macam sendu la, luar bandar la, tak maju la, bangunan lama la, bosan la itu la ini laa (heh, suka2 je korang kutuk tempat orang kan). Tapi untuk pengetahuan semua, pembangunan di Morocco memang tak dibenarkan build up bangunan mewah ke, kemajuan yang melampau macam bandar-bandar maju di negara-negara lain. Macam Marakesh hanya di benarkan buat bangunan dengan warna ala-ala coklat atau merah bata gitu. So, tempat lain tu lain tema warna nya. Cengitu la yg guide cakap. 

Macam biase, aku ni paling kureng nak dengar-dengar sejarah ni. Huahua.. Aku lagi suke tengok sana sini tanpa fokus. Adehh, suh dengar sejarah pon malasss kau ni nissss! ;p

Bagi can la sis acah-acah candid, walau ponnnnn sis snap sendiri. Huahua...
Personally aku suka gila pegi negara-negara Europe ni masa musim bunga yakni dalam bulan April. Sebab masa tu kat sana semua tempat cantek gila sebab tengah musim bungaa. Kat mana-mana ada bunga dan cantek mata sis memandang nya. Ah gituh!

Masjid Koutubia
Masjid Koutubia merupakan masjid terbesar di Marakesh. Rata-rata masjid di negara Eropah akan buka hanya bila masuk solat sahaja. Waktu lain dorang akan tutup. Mungkin takut berlaku kerosakan kot kalau sentiasa di bukak. Mungkin laaa.. 

Pagi tu kami ke Bahia Palace dulu dan buat tour lawatan kat dalam tu. Aku pernah tengok 1 rancangan macam pasal pelancongan kat tv pasal tempat ni, tak sangka aku dah sampai akhirnya. Alhamdulillah.. Lepas tu kami ke Masjid Koutubia dan Tombox Sardien. Negara-negara luar macamni, masjid dorang hanya di buka masa masuk waktu solat saja (eh dah cita kan tadi kat atas tu, huhu). So kalau kita datang selain daripada waktu solat, masjid tutup dan hanya boleh tengok daripada luar je la gamaknya. Lepas tu kami ke Old Medina, masa ni hujan so agak becak la jalan nya. Ni macam kawasan kedai-kedai lama. Kami di bawa ke kedai jual minyak-minyak argan, dan herba-herba dan macam-macam lagi la deme jual, barangan untuk kesihatan katanya. huhu. Tejebak gak la aku amik dan beli minyak-minyak tu. 




Gambar bersama group di Bahia Palace
Kawasan sepanjang Old Medina

Kedai ubat-ubatan.. Beria laa aii dengau deme bebel pasal ubat-ubat deme. 


Mokcik-mokcik kat atas ni la yang dok menggiling biji buah tu sampai jadi minyak Argan. Gigih uoalssss.. Minyak argan terhasil daripada biji buah yang dimakan oleh kambing-kambing yang akan memanjat pokok Argan atau di panggil ' Goat Climb Tree' yang banyak terdapat di selatan Morocco. Lepas kambing tu makan buah tu, dia akan luahkan(dah makan and keluarkan balik, ape entah bahasa skema nye. kalau hakak panggil 'lepehh') balik biji buah tu oleh kambing-kambing tu. Bukan biji tu ditelan dan yang dikeluarkan daripada najis macam kopi taik musang tu yerr. Huhuuu.. So dorang akan kutip biji-biji tu yang diluakkan semula oleh kambing tu dan giling pakai alat atas tu. Cengitu la lebih kurang cerita deme..

Lepas tu kami lunch kat area tu juga. Luar tu macam agak huru hara sikit la pasar die. Restoran ni macam masuk ke bawah tanah. Dah masuk tu baru macam, perghh cantek nyee restoran nyeeee... hehehe.. Kat Morocco makanan wajib yang kita akan makan iaitu tanjin. Tanjin ni macam makan ayam tau daging yang di kukus dalam bekas macam tanah liat tu. Sedap jugak laa. 




Aku selalu lupa nak proper snap gamba makanan sebab bile dah lapau jarang nak bepikir banyak and terus nak ngappp je. haha

Lepas lunch tu, kami sempat shopping sekejap di kawasan Djeema El Feena. Kawasan ni agak besar, so make sure korang tak sesat la yo. Kawasan ni makin menjelang malam makin meriah dan sangat ramai orang datang. Lepas sopping tu kami terus balik hotel, agak awal sikit. Sebab petang tu kami nak naik kereta kuda ronda-ronda kawasan Marakesh ni. Kami naik kereta kuda tu dan masuk dalam kawasan perkampungan lama yang dipisahkan dengan satu tembok yang panjang. Memang berbeza sebab dalam tu nampak macam kawasan setinggan, rumah rapat-rapat, jalan sempit, kedai pun kenit-kenit je celah2 tu dengan rumah and kedai bercampur. Nampak macam agak daif tapi tengok orang-orang situ happy je dengan kehidupan yang dah Allah tetapkan untuk mereka. Yang penting kene besyukur.

Kat pasar ni la aku beli lampu Aladdin tu. Masa tu rasa beli bende merepek je, tiberrr je tahun ni pemes lak cite Aladdin..heheheeee



Kat tengah-tengah pasar ni banyak betol buah-buah nya. Haihh laaa, rambang mata tengok buah-buah dia yang macam segau nau nau tu
  


Ni la tembok yang aku cakap tu. Luar nampak satu bandar agak moden, masuk je dalam kawasan tembok ni terus rasa masuk perkampungan yang agak daif dan sederhana sebab rumah die kecik-kecik dan jalan sempit gilakk..
Seronok gak la naik kete kuda ni walaupun sepanjang jalan bau taik kuda je, haha ^_^..

DAY 3

Sepatutnya hari ketiga ni kami menuju ke Fez dengan melalui Beni Mellal dan Ifrane, namun oleh kerana hari pertama kami tak sempat singgah ke Masjid King Hassan, yakni masjid terbesar di Morocco ni, maka harini kami patah balik ke Casabalanca untuk melawat dan solat di Masjid King Hassan itu. Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk solat di masjid ni. 

Lepas dah solat di Masjid King Hassan, guide inform aku bahawa kami perlu mengikut laluan lain untuk ke Fez, iaitu melalui Rabat dan seterusnya melalui lebuhraya untuk cepat sket sampai ke Fez, memandangkan Fez agak jauh. Setiba nya kami di Rabat, kami berhenti sebentar untuk melawat ke kawasan makam raja-raja Morocco. Tapi masa ni tak boleh lama sebab ada lawatan raja Morocco pulak kat kawasan ni nak menziarahi kubur sedare mare deme. Rabat ni agak nampak maju sikit, tetap mengekalkan warna yang ala-ala cokelat merah bata gituh. Rabat ni merupakan pusat pentadbiran persekutuan di Morocco, macam ala-ala Putrajaya la kat Malaysia ni. 

Masa harini, aku tak berapa sihat sikit. Memang spoil sikit la mood kan.. Aku selalu berdoa supaya aku diberi kesihatan yang baik masa aku pergi oversea, esp masa bawak group camni. Tapi yela, kita hanya mampu merancang je kan, Tuhan sebaik-baik perancang jua. Mungkin ada hikmah nya di situ. Yang buat aku besyukur sangat sebab mujur kene kat Morroco dan ada guide, ape lagi aku merayu-rayu kat guide untuk carikan aku ubat. Dah la farmasi susah nak jumpa sebab pekan dia macam kecik plus kami rushing nak kejar ke FEZ lagi. 

Nak di pendek kan cerita, mujur akhirnya jumpa ubat tu kat Rabat kalau tak salah. fiuhhhh, legaaaa -.-'.. Guide pun agak cemas sebab kalau tour leader yang saket, susah sikit la kojo die kan sebab aku yang akan jadi perantara dia. Dah kalau aku tak ikut tour nanti cano lak cite.. Alhamdulillah esoknya tu aku dah ok sikit and boleh je jalan-jalan..


Masjid King Hassan II
Masjid ni merupakan masjid terbesar di Morocco yang terletak di Casabalanca. Besau gila-gila masjid ni, kawasan luar dia pun besau, dalam pun luas sangat-sangat
Seriously aku macam mokcik-mokcik weh arini, huahua.. Sebab aku kan tak sihat, so memang tak kuase aku nak melawa ke apo. Tak pikior ape dah
Ni bangunan-bangunan kat RABAT. Memandangkan ni merupakan pusat pentadbiran persekutuan di Morocco, so memang banyak bendera la kat kawasan ni.
Begamba bersama group di hadapan Makam di Raja Morocco
 Apo entah namo eh tiang-tiang ni. Kalau nak tahu google la sendiri eh, huahua
Tembok di luar Makam Di Raja Morocco
Cantek gila kawasan luar Makam ni, ramai la manosia melepak-lepak kat luar ni besantai sebab semua dah kene halau keluar. Haha
Lepas aku amik gambar je terus kuda ni berlalu pergi sebab dan2 dah habis shif keje dia, haha

DAY 4

Untuk arini, kami hanya day tour di seluruh kawasan FEZ sahaja. Morocco ni kan ala-ala arabic culture sikit kan, so agak menarik la untuk explore sebab ni pun merupakan pengalaman pertama aku melawat negara-negara ala-ala arabic ni. Belum ada rejeki lagi betul2 pegi tour kat arabic country, maybe one day. 

Tapi secara jujur nye, sifat kedesaan hakak terserlah bila buat tour kt FEZ ni. Memang mencabar betol la buat tour dalam pekan or bandar FEZ ni. Dengan melalui kawasan rumah-rumah yang sempit dan macam kota sesat. Dalam tu la ada kawasan rumah orang, ada gudang kain la, restauran laa, kilang kulit laa.. Memang amazing gilaaaa la weh.. Korang wajib pegi kot tour ke Morocco ni, instead of asyik tengok bandar je kan. 

Ni semua pic masa melawat dalam pekan di FEZ ni.. Memang macam-macam ada dalam satu kota tu. 
Masa lalu dalam ni ade banyak pasar kiri kanan jual macam-macam, ada makanan, bunga-bunga, buah-buahan, dan lain-lain.

Ni masjid dia yang mana dulu nya sebuah Universiti yang terbesar di kawasan ni. Kat kawasan ni juga terdapat sebuah Hospital haiwan percuma yang di bina kat kawasan ni oleh seorang doktor perempuan yang datang daripada US yang bernama Barbara.
Acah sikit kiteee, guide amikkan gamba. 
with the group, Oppsss, terover lak TL

Dorang ni memang sangat-sangat kreatif tau. 
Cantek sangat buat susunan jubin tu..

Kalau korang nak tahu, dorang susun seramik kecik-kecik tu dalam keadaan terbalik di atas lantai je. Punya la cekap sebab dorang tak nampak pun apa yang dorang susun tu, tapi susunan tu jadi sangat kemas dan cantek dan takde yang salah letak satu pun..
Contoh gamba dibawah ni. Cantek kan susunan yang kemas dan rapi. Takde satu pun seramik yang dorang salah letak tau sebelum mereka cantum kan semuanya..

Mengikut orang di situ, susunan corak seramik tu di susun mengikut pengiraan Algebra dalam architecture yang mana dulunya diasaskan oleh seorang yang femes dan bijak iaitu Jabir Ibnu Hayat.. So teori tu la yang telah diamalkan dan diguna pakai sehingga hari ini untuk susunan seramik bagi sesuatu corak itu..

Sebelum meneruskan perjalanan, makan duluuuuu....
 Makan-makan.. Dalam sempit-sempit kawasan tu tiberr ade restoran cantek dalam nye wehh.. Amazing betol la tempat ni 
Apo entah makanan deme ni, seriuosly kalau ko bertekak desa memang susah sikit nak telan makanan-makanan deme ni. Tapi demi kelangsungan hidup di sini, terpaksa la makan je ape yang hadoo. huhuhuu

Kami ada pergi ke kilang buat jaket kulit. Belakang tu adalah betol-betol kawasan tempat siat kulit kambing dan tempat deme celup kulit tu jadi warna warni dan sebagai nya. Bau tempat  ni memang Nauzubillah, busuk namateyyy.. Nak muntah je ktorg menahan bau. Semua yang masuk deme bekalkan daun pudina macm kat tangan aku tu. Tapi makin bercampur bau makin meloyakan. Tapi ok sikit la daripada takde bau apa-apa untuk counter bau tu. Huhu
Aku sangat respect gila pekerja-pekerja dorang yang sangat tabah kerja kat sini dengan bau yang teruk dan kuat yang dorang hadap hari-hari sepanjang hidup deme huhu. Kalau nak tahu camne teruk bau kat sini, mohon la pergi melawat Morocco dan datang sendiri kat Fez ni, haha :p
 Bawah ni beg-beg kulit yang di hasilkan
Bawah ni pula jaket kulit nya. Memang cantek-cantek dan harga pun boleh tahan laaa


 Teruskan perjalanan kat kawasan ni..

Sempit-sempitkan kawasan dia ni. Situ la rumah, sini la kedai sini la segalanyaaaa....
Jalan yang agak sempit dan kotor. Agak bedebu la kat sini, sapa rasa tak selesa boleh pakai mask masa masuk sini. Tapi untuk tidak mengecilkan hati orang tempatan, ko tabah je la tak payah pakai or tutup muka ko tu. huhu

Lambang atas pintu tu dorang panggil 'eyes of Mariam'. So mana-mana rumah yang ada tanda tu dulu merupakan rumah muslim. Sebab sini adalah kawasan yang banyak orang yahudi. So nak membezakan rumah mereka antara rumah orang yahudi dan islam adalah dengan tanda atas pintu belah kanan tu, yang macam bentuk ladam kuda pon ada tu. huhu


Selain itu, kami juga turut melawat kilang tempat buat tembikar.

 Cantek-cantek kan hasil kerja tangan dorang

Semua gamba di atas ni adalah di dalam gamba di bawah  ni.. Tu la kawasan FEZ Medina atau bandar FEZ yang boleh di lihat secara keseluruhannya daripada atas bukit ni.
 THE GREAT VIEW OF FEZ MEDINA FROM THE TOP

Sekian dulu cerita pasal Morocco yaa kawan2..
Ok la dulu yawww... Next entry kita sambung lagi yep..kbai ^_^

No comments:

Post a Comment