7.1.14

Trip Hong Kong Disneyland-Shenzhen 5Hari 4Malam 12Dec-16Dec 2013 (Part I)

HONG KONG PART I


Assalammualaikum kepada semua pembaca...

Lama rasanya tak update blog ni. Terlalu banyak perkara yang terjadi semenjak dua menjak ni. Ada yang best dan ade yang tak best. Tapi aku malas nak cerite bende yang tak best dan bende yang takde kene mengena dengan ini cerita. Entry kali ni aku nak cerite tugas ketiga aku as Tour Leader. Oh sebelum tu aku nak berterima kasih kepada Poto Travel & Tours yang selalu memberi peluang pada aku dan terutama pada boss-boss yang memberi kepercayaan untuk menggalas tugasan ini. Ni kira macam hadiah hari jadi aku la ni kan. Kire tahun lepas aku sambut Hari Lahir aku kat Hong Kong uoalss. Tapi yang sedey sebab tak dapat sambut bersama orang-orang tersayang..huk huk. Tapi takpe la. Kire ni la hadiah hari lahir paling bermakna dalam hidup aku buat masa ni. tehee ^_^

Kali ni rezeki aku pergi ke tempat yang paling aku nak pergi iaitu Disneyland Hong Kong. teheee. Serius owsem beb. Rugi kalo korang tak pernah pasang niat nak pegi sana. Mungkin orang kate tak berape best la kalo nak bandingkan dengan Disneyland US or mana-mana negara yang ado Disneyland kan, tapi untuk aku yang first time pegi ni memang jakun dan gayat tahap karma la. Walaupon mula-mula dalam hati aku macam 'Ek eleh, ni je ke Disneyland nye, takde la besar dan hebat mana'. Tapi lepas aku balik Malaysia baru aku terase macam 'Owsem gak Disneyland HK tu ek'. Apetah lagi bila aku cerite kat encik tunan aku, saje bagi jeles dan mintak penampo je gaya nya. Tapi entry untuk Disneyland aku akan buat khas kat entry lain hokeyy. Ni just nak crita pasal Hong Kong je dulu yo!

Berhenti membebel la weyy!!.  hokeyyy

Aku pergi ke Hong Kong dengan menaiki kapal terbang Malaysia Airlines A380. Bab ni aku memang jakun tahap cipan la kan. Sebagai 'Ticketing Exec' yang keje syek belikan tiket orang je, bila aku sendiri dapat naik kapal yang besar, baru dan owsem ni memang aku rasa sangat-sangat teruja. miahahaha. penerbangan aku pada jam 9.15 pagi. Bagus sungguh langsung tak delay. Im pround of u MAS. hehe. Ayuh kite tengok gamba okeh.tehee


Aku dapat seat kelas ekonomi paling depan sekali. Seat Num 42C, belah bawah belakang kelas pertama. Dan ahli rombongan aku kat belakang sekali. kejakunan aku sampai buat aku tawaf satu kapal ni. Saja nak melawat semua tempat macamna keadaan nye.hehe

Sesampai nya kami di Hong Kong, guide kami terus bawa ke Avenue of star. tempat ni takde apa sangat pon, just permandangan tepi laut dan ada bekas tapak tangan artis-artis Hong Kong. Aku sempat la amik gamba sebijik dengan Tugu Bruce Lee. teheee




Ni je tapak tangan yang aku kenal. Jet Li



Pemandangan bandar Hong Kong. 
Masa ni angin agak kuat dan sejuk sangat. Untuk aku yang tak berapa nak ada lemak ni lagi la mengigil


Peace Yo! bersama Bruce Lee kebanggaan Hong Kong.hee


Lepas jenjalan kat pesisiran laut ni, kami terus le Ladies Street Market. Kat sini je tempat yang boleh shopping barang murah-murah dan boleh tawar menawar. Tapi di Hong Kong susah sikit nak mintak tawar. Kene maki berbakul-bakul pon belom tentu diorang nak bagi murah.


Agak rambang mata la bila nak bershopping di sini. Kalau dah pergi sini, apa yang korang nampak, korang beli je apa yang korang rasa nak beli. tak payah nak tunggu dan nak cari kat tempat lain. takut kang melepas tak jumpa lagi. hoho


Ade plak orang buat magikkk


Jalan-jalan cuci mata. lalalalala ~

Habis shopping kami terus pergi makan di restoran india. Kalo dah lapau kan, india pon india la machaa..Telan je la walaupon kembang tekak aku nengok makanan2 dorang. 


Kebetulan masa kami datang sini, takde langsung pelanggan pon. 
Macam khas kan 1 restoran ni untuk kami je.hoho


Erkk. aku rase ni antara makanan yang agak seram pernah aku cuba. Walaupon agak nampak enak dan sedap, hakikatnya aku je yang tahu.huahuahua

Lepas makan malam, kami pon bergerak untuk check in di hotel. Penat sangat sebab seharian berjalan daripada awal pagi memang rasa nak pengsan je rase. Tapi ontheway balik tu kami singgah lagi kat Avenue of Star sebab setiap malam dalam jam 8.00 pm akan di adakan Show of The Light. Show tu adalah show laser yang di pancarkan mengikut rentak lagu. Takde la best mana pon, tapi seronok gak la sebab dah alang-alang sampaikan, at least dapat gak tengok permandangan Hong Kong di waktu malam.


Gituh patung tu posing tau. Kelas kau nyahh..hahaha


Ape la yang kau junjung tu weyyhh??



Bandar Hong Kong di waktu malam.


Ade dua warna laser je yang dapat kita lihat, satu yang warna hijau macam gambar atas tu, dan sebelah nya warna putih.


Lepas je tengok show ni kami terus masuk hotel. Kami duduk di Hotel Habour Plaza Resort City. Sebagai Tour Leader kadang-kadang kami dapat bilik besar, ikut nasib. Tapi bilik aku kt Hong Kong ni besau hengko tahuu..memang aku rase nak golek-golek dalam bilik pon puas. Kalo family aku ade ikut skali kan best.isk isk..


Hah, besau kann. malang nye aku duduk 2 malam je. Kalo bilik macamni aku rasa mau nak duduk sebulan pon tak puas. ngee


Hah, pilih la nak tido atas katil mana pong.


Hokeh, sepanjang hari kedua kami semua bergumbira di Disneyland. Tapi macam aku cakap tadi, untuk Disneyland aku akan buat entry khas. Wokeh uoalss


Hari ketiga kami separuh hari saja di Hong Kong, sebab petang tu kami akan ke Shenzhen. Pada sebelah pagi kami telah pergi menaiki boat di Aberdeen fishing villlage. 




Lepas jenjalan makan angin atas laut, kitorang pegi cuci mata kat Jewellery Shop pulak. Biase la, jenjalan kalo tak tengok emas ni kan tak sempurna kt China ni kan. 


Ni kira koleksi paling 'Ong' diorang rasanya. Design macam kipas, yang ada 4 unsur.


Sebelum tu kami mendengar penerangan dahulu


Dan destinasi terakhir kami adalah di Victoria Peak. Agak sejuk la masa naik puncak ni. Sebab angin yang kuat, so memang menggigil. Tarikan di sini adala Madame Tussaud. Tempat ni yang ada patung-patung lilin artis-artis seluruh dunia. Aku memang daripada dulu teringin sangat-sangat nak tengok patung-patung lilin ni dan nak pegang muke dan rambut nye. Tapi serius sebijik beb. teruja gile aku tengok. Moh ler kite tengok gamba yang banyak kan. Tak kira la kan, aku nak gak letak gamba yang banyak yang aku dah ambil kat dalam tu. Jakun bewok la katekan kan. Jyeahhhahahaha


Kami semua ahli rombongan sempat bergambar di Victoria Peak
Aku tabik spring kat guide aku yg dah agak berusia tapi gigih gile manjat tebing bukit tepi tu untuk amik gamba kami semua. Thankz a lot Mr Kenney Han ^_^.


Ini adalah gamba-gamba di dalam Madame Tussaud. Untuk masuk dalam ni harga tiket adalah lebih kurang 195 HKD. Menurut Guide kami, kalau bagi duit kat guide then guide yang akan belikan, boleh dapat diskaun sikit. Kalo untuk traveler yang suke main redah tu harga kat kaunter dalam lebih kurang 220 HKD. Tapi mungkin harga akan berubah-berubah mengikut semasa. Apa-apa boleh update dengan guide korang di sana yep.


Hai Hensem!!Boleh awak jadi boyfriend saya tak??. Muahaha.
Mamat ni je yang aku pegang muka dan rambut dia. rasa macam tak percaya je. 
Sebijik weyhhh!!!



Hi Queen Diana. Do you know me? Coz i know you.. Miahahaha


Aku tak kenal la sapa nama pelakon ni. Tapi pose tu i loike!


Macam Lady Gaga real kannn!!!


Hey orang tua, apa yang sedang kau fikirkan hah? Tak tahu 2+2 berape yep?huhu


Sapa kah gerangan si cantek maniss ni. Tapi memang sangat2 manis pongg!!


Akhirnya berjaya pon bergamba bersama idola dan hero ku. Donnie Yen a.k.a Ip Man! 
Walaupon tangan pengkau, aku tetap gak nak buat gaya macam die..jyeahhh


The Sweetess Couple in the world!


Hguarghhhhhh!!! Seramsss yawsss


Dey Macha, jauh mai sini bhaiyaa..hehe


I'am LEJEN! Wachaaa.. Bruce Lee


Ade yang cakap Madame Tussauds kat Hong Kong ni lagi best daripada tempat lain. Tapi memandang kan aku baru sampai yang ni, so rasa macam owsem gak la. Dalam ni pon ada rumah hantu, tapi aku idok ler berani nak masuk. Tengok luar pon aku dah serams.hoho

Masa tengah tunggu semua orang ada untuk bergerak ke tempat lain, ade plak bebudak comel datang kat aku untuk menemuramah aku. Sangat comel ok sebab diorang tanye tu macam mengeja je, jenuh nak tunggu habis satu soalan. tehee



Hokeh, ni saja aktiviti kami di Hong Kong. memang macam tak lama je, 3 hari je di Hong Kong. Memang tak akan habis jalan semua nya. Pegi je la mana-mana yang wajib. Janji dah pernah jejak kaki kat Hong Kong ni kan. Alhamdulillah rezeki aku. 

Next entry aku hupdate perjalanan aku di Shenzhen pulakk yo..

Terima Kasih pada yang sudi membaca. aku chowzz dulu yo..

Wassalam..




4 comments:

  1. singgah BW :) seronoknya tengok gambar pergi jalan2. bajet berapa ea dear ?
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ :).. pakej kami utk Hong Kong Disneyland-Shenzhen dalam RM 2599.00.. tapi harga akan berubah ikut musim. kalo nak tahu boleh lawati website kami di www.pototravel.com.my. Thankz coz reading :)

      Delete
  2. wah bestnyha, ada plan juga nak p hongkong bulan 3 ni,

    ReplyDelete
  3. Wah.. Enjoy ur trip..memang owsem!..jgn lupe bawak sweater yep, angin die sejuk boleh tahan.hehe.. TQ for reading

    ReplyDelete