14.2.15

TRIP SAIGON 4 HARI 3 MALAM 29 MAY - 1JUN 2014 (PART II)

Assalammualaikum Doniaa..

Setelah balik daripada trip lain, baru la aku ade kesempatan nak sambung entry trip Saigon yang tertunda ituew *padahal malas melande* hew hew..

TRIP SAIGON 4 HARI 3 MALAM 29 MAY - 1JUN 2014 (PART I)

Hari seterusnya pula kami melawat ke Chu Chi Tunnel. 
Hutan ini merupakan tempat askar2 vietnam zaman dahulu kala menyorok daripada musuh.. Macam-macam bekas peninggalan sejarah zezaman dedolu la yang boleh kite tengok seperti terowong bawah tanah (kalo ko rase ko kurus macam aku, boleh la try masuk dalam tu, huhu), replika2-replika bom dan meriam serta peluru berpandu, kete kebal askar, selipar guna tayar yang unik yang diorang buat sendiri untuk kegunaan harian, boleh tengok kubu-kubu dalam tanah, dapur bawah tanah, pendek kate semua la bawah tanah.. Sebab kebanyakan kehidupan orang vietnam zaman perang memang akan tinggal di bawah tanah sebagai tempat perlindungan.. Tabah betol deme tu kan.. 

Ade 1 lubang kecik tu, jangan lupe try masuk (kalau hengko muat la kann) 
*rujuk gambar di bawah*.. tehee



Step 1 : Aku rase macam "boleh ke aku muat masuk dalam ni"hew hew??

Step 2 : Guide ajar macamne askar dedolu tutup pintu atas tu

Step 3 : Seram jahh bile dalam tempat gelap tu.. Dalam tu ade laluan yang sangat kecik untuk berhubung dengan tunnel lain.. Aku tak tahu macamne diorang lentur kan badan dalam tuh, macam elastik la pulak diorang tu kan.. mihmih


Step 4 : Perghh, senak perut derr duduk dalam tu.. Rase macam kene kebumi kan diri sendiri hidup-hidup je..hwuaa T_T

Ni pulak selipar yang askar-askar dulu buat sendiri menggunakan tayar, unik kan?? ..

Selain itu juga, ade tempat menembak kat dalam tu untuk yang nak fefiling jadi penembak. Bayaran berbeza ikut jenis peluru dan senapang yang anda pilih yer.. 

Yang ni abang ipau aku sorang je yang try.. Aku memule rase gak teringin nak menembak, tapi takut pulak saket bahu.. Lantas aku tengok je la daripada jauh.. 

Di Muzium Bekas Perang di Saigon

Aku sangat tertarik dengan muzium ni.. Memang sadis beb kalau tengok segala bekas peninggalan sejarah yang mereka catat di sini.. Ade juga menunjukan kesan perang terhadap manusia, seperti kesan radio aktif dan kesan kene serpihan bom, alat-alat senapang dan meriam yang di gunakan dan pelbagai info yang diorang ceritakan balik ade di muzium setinggi 3 tingkat ini. Lebih kurang je semua cita sejarah, tapi aku rase vietnam ni di tawan dengan dasyat sekali. Aku ade gak tanye abah aku pasal sejarah vietnam, memang ngeri gile la. Haihh, tak dapat bayang kan kesengsaraan rakyat diorang zaman tu.

Jangan tengok minah saleh tu yer, sila pandang senapang-senapang tu je tau! *pandai tak aku saiko, aku dah agak mesti korang tengok minah saleh tu kan* Muahahaha :p

Akak aku ni, dengan peluru berpandu pon jadi aje di jadikan background Family Photo. jehee

Selepas melihat kesan peninggalan sejarah, kami pon meneruskan misi wajib kami iaitu Shopping Time!

Amboi kemain seronok bebudak tu main mix match tudung konon-konon main kawen-kawen. Hadoii

Nampak tak betapa huru-hara nya kedai ni kan. Mate ko pon akan naik juling kalo tengok pelbagai jenis baju dan telekung yang hado. Da la murah-murah, stress wehh!.. Kat sini aku beli telekung 3 pasang dan jubah denim 3 pasang. tehee.. (tapi nama kedai lupe.Maap!).. Sebab banyak sangat kedai-kedai kat saigon ni yang boleh korang membeli belah, cume ade beza daripada segi harga dan kualiti kain je la kot. Sebab ade je kami pergi kedai yang mahal dan kualiti yang sama macam kedai lain, tak sampai 5 minit semua keluar kedai.. hahakkk.. (orang melayu malaysia dan harga barang murah berpisah tiada jua walau di mana pon kita berada, kannn!!??) tehee.. :p

Lepas da beli kekain dan sebagai nya, kami ade pergi melawat kedai seramik. Memang superb la wehh hasil seni tangan diorang ni. Aku kagum tengok ade yang dah tua-tua tapi gigih susun serpihan tiram dan kulit telur untuk jadi 1 gambar yang menarik. Haihh, susah nak terangkan..Korang kena pergi tengok la sendiri eh.. hee ^_^

Lukisan pon ade diorang hasilkan

Cantek kan hasil seni diorang! kalo ko buta seni, sila tak payah menilai.KBAI..hahakk :p

Juling tak juling wehh mate hengko kalo nak susun benda-benda kenit macamtu, huhu

Antara pekerja-pekerja yang menghasilkan semua seni yang cantek menarik tertarik dabomm! Agak rumit jugak la proses-proses daripada mula nak hasil kan sampai la siap 1 gamba yang cantek tu. Nampak senang, tapi nak buat tu, lu pikir la sendiri! hehe


Akhir sekali.. Yeayyy, Shopping lagi!!

Ben Than Market

Ben Than Market merupakan tempat paling femes amoss sekali kat saigon ni. Kat sini macam pasar-pasar yang mungkin ade jua di mana-mana negara lain, tapi di sini ini la tempat nya yang menjual pelbagai jenis kekain, bebaju, makanan, buah-buahan, bunga-bungaan dan macam-macam lagi lah. Tempat ni macam kota sesat tau, make sure hengko hengat jalan mane korang masuk untuk senang keluar tempat yang sama, hehe.. Ben than Market ni bukak daripada pagi sehingga menjelang senja saja yer, gituhh. Menjelang malam jangan harap hengko nak masuk, pegi aje la kat pasar malam tetepi Ben Than ni.. 

Kat dalam Ben Than market ni banyak menjual kain pasang. Bukan banyak lagi da, tapi banyak gilerr menjual kekain yang cecantik. Yang mana kalo kekakak masuk rase macam masuk syorga kain dan tak mampu nak melangkah keluar selagi tak heret beribu-ribu pasang kain yang menawan kalbu, Gicuuu.. ^_^

Tapi mase aku pegi ni aku jadi lemah semangat sebab banyak gile weh kekain dan bebaju, tak tahu nak pilih mana 1 kain. Sebab dalam ni tak banyak baju yang dah siap jahit. Aku tak berapa suke beli kain pasang sebab aku ade behelai-helai kain pasang yang sedang menunggu giliran untuk di hanto kat taylor lagi tuh.. huhu..Tapi sebat gak la bang sehelai 2..hihik ^_^

Ok la, setakat ini sahaja cerita aku untuk trip ke saigon ini. Sebab lepas je melokop duit kat Ben than ni, kami terus balik ke Malaysia pada belah petang tuh. Kalau pada mereka yang suka nak borong kekain tu, boleh la melokop duit kat sini. 

Tapi make sure tak kene tahan kat kastam sane yer. Sebab group aku sangkut kat kastam sane. Nasib baik la aku fasih berbahasa vietnam ni, so senang la lepas *okeh, aku tipu je. Harem tak tahu bahase diorang* hahahakk.. Aku slow talk dengan kastam tu secara berhemah dan die suruh kami tunjuk resit pembelian barang je, then dia bagi lepas. Maklum la memasing beli kekain macam nak bernege kat sini, mana tak sangkut kan. Ape-ape pon hati-hati yer.


Hah, hengko nak ngopes ape dalam beg andak tu aqiel. cari beskot lettew. ^.~



K sekian, chow chin chaww dulu bebedahh semua ! *lambai-lambai tangan*

No comments:

Post a Comment