20.11.14

TRIP SAIGON 4 HARI 3 MALAM 29 MAY - 1JUN 2014 (PART I)

Assalammualaikum..

Setelah beberape bulan balik trip, baru ni la tiba masanya rajin nak hupdate..hew hew

Saigon merupakan trip aku yg ke 5.. Setelah mengalami zaman duka lara, aku gagahkan diri bawak gak hati yang lara pergi trip.. Tapi kali ni first time aku bawak family. Bukan la semua family, cume akak, abang ipar dan anak buah aku yang tembam tu je ikut sekali. Seronok gak la, de gak la aku kenal orang lain kan. Kalo tak selenge je aku sorang2. Nak2 bab g shopping.. huhu..

Hokeh.. Aku naik flight MAS belah petang dan sampai di saigon malam.. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai-sampai je terus pegi makan dan check in Hotel.. Kami menetap di LAN LAN HOTEL.. 3 malam kami menetap di hotel yang sama. Sangat dekat dengan Ben Than Market, dalam 10 minit je jarak jalan kaki daripada hotel ke pasar malam. Sebab Ben Than bukak hanya pada siang hari. So malam korang boleh la pegi pasar malam nya yang kalo korang tengok same dengan je dengan jalan tar. Sebab rata-rata semua orang melayu. Yang orang saigon hanya la penjual. Sampai korang akan konpius, ni kat saigon ke kat pasar malam uptown cheras ni.. Muahaha :D 
*Jangan lupe minum air kopi diorang yang kaw tau*


Seronok gila dapat duduk tepi tingkap dan dapat amik gambo.. hew hew



Ni suasana kat pasar malam. Sesak gila..

Ni Airport Saigon..

Memandangkan akak aku ikut, dia kemain semangat dan gigih pegi pasau malam tiap-tiap malam.. Kalo aku sorang-sorang la pegi, memang aku da memerap dalam bilik membuta je la jawab nya. Gila lonely kot pegi pasar malam sorang-sorang.. haha

Hari kedua, Pepagi lagi lepas sarapan kami menaiki bas untuk ke Mekong Delta. Perjalanan memakan masa dalam lebih kurang 2 jam. Tiba di jeti, kami menaiki bot untuk ke pulau My Tho. Di sana kami melawat kawasan membuat gula-gula kelapa, menikmati madu lebah tempatan, melawat ladang buah-buahan dan menyaksikan persembahan tradisional. 




Ni bot yang kami naiki untuk ke pulau tu. Mengambil masa dalam lebih kurang setengah jam. Dengar laa mak cik tu bercerita pasal sejarah itu. hee :D


Tu air madu yang di campur dengan limau. Sedap gak la. Rugi tak cube Wooo!!


Budak paling seronok sekali main tengah-tengah panas. Aqiel anak buah aku ni.huhu


Buah-buahan dia memang win la wehh.. Tak terungkap dek kata-kata, baik pegi rasa sendiri. Tengok pon boleh terliur.. haha

Lepas makan buah, kami menaiki sampan untuk menyusuri Sungai Mekong. Tapi lebih kurang macam lalu kat parit belakang rumah orang jerr.. Muahahah


Yeay, dapat naik sampan yang kecik dan sempit ni. Muat untuk 4 orang pelancong sahaja je. Termasuk 2 orang pendayung di depan dan belakang sampan.


Kita minum air kelapa dulu!!




Ni masa nak balik, kami di saji kan dengan air kelapa sebijik seorang. Lepas habis air je, aku suruh orang tu belah kelapa tu, dek kerana aku ni memang suka makan isi kelapa atau dalam bahasa jawa ktorg panggil DEGAN, bukan The Gun eh. Bunyi sama, eja dan benda nya lain sama sekali.. hew hew..

Belah petang kami terus melawat Post Office diorang yang sangat besar. Juga ada gereja yang besar kat situ. kat sini just ambik-ambik gamba je laa. Kalo nak beli stem pon boleh kot rasa nya kat dalam tu.. hee



Ni gambar dalam Pejabat Poss yang besar tu.. Besar Wooo!!




Budak aktif dah kecundang lalu terkulai layu.. huahuahua


OK dulu laa.. Nanti kite sambung lagi yer.. 

Bedah Chowss dulu yerr.. Tataaa!!!

10 comments:

  1. Salam dear,

    Bestny dh smpi saigon ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dior,

      Aah, best gak la..diorang syok sopping baju n kain la opkos kan.hehe.. nnt pegi la :)

      Delete
  2. patutlah rasa macam pernah dgr nama saigon :) ho chi minh rupanya.
    air kelapa tu nampak sedap! pasar malam die macam pasar malam kita jugak ea?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, saigon nama baru.. air kelapa tu mmg die bagi mase balik dpd pulau tu, syok gak laa.. hehe.. pasar mlm die ade jual baju n souvenir je byk..pastu jgn lupe beli buah2han die..sgt besau dan sedap gilee..hehe

      Delete
  3. first time dengar nama saigon @_@ macam sagun pulak bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, skrg mmg panggil nama saigon. Dlu nama Ho Chi Min.. hehe.. sagun pon sodapp

      Delete
  4. tak penah sampai mekong...tiap kali pgi asik stuck kat ben thanh je...hheheh

    ReplyDelete
  5. Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....

    Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.

    Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :

    YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    Wechat : asianbet_77
    sms center : +639052137234
    pin bb : 2B4BB06A

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi, boleh tak jangan semak kan blog aku dengan iklan bongok korang ni.. semak la weii!!!

      Delete
  6. woi, boleh tak jangan semak kan blog aku dengan iklan bongok korang ni.. semak la weii!!!

    ReplyDelete