14.10.14

Bebel Pasal Review Blog Travelogue

Assalammualaikum semua..

Setelah melalui saat-saat getir serta hidup yang penuh berliku ranjau onak berduri, akhirnya aku sudah mulai redha dan tenang meneruskan kehidupan dan menerima takdir hidup aku ini (tapi macam belom je) haha.. -iklan-

-Back to Entry-

But now, nak bebel sikit bekenaan review blog travelogue for those yang suke review dulu memane blog sebelom pergi bercuti.. (macam aku lettew).. hew hew

Aku saje buat entry ni selepas aku review blog seseorang ni (lupe nama blog die), padahal aku nak pegi kota kinabalu je pong..huhu.. tak kisah la kan, mane pon nak pegi, ilmu sikit-sikit tu perlu jugekk iye dakk..

Sebelom pergi ke sesuatu tempat untuk bercuti atau untuk ape pon tujuan, pasti kalian semua serta diri aku sendiri pon akan review beberape blog yang ade cerita pasal tempat tu. Walaupon aku jarang cerita sedetails yang maha lengkap seperti sesetengah blogger yang gigih cerita setiap bayaran masuk tempat dan tempoh mase perjalanan itew, namun aku juga akan gigih kongsikan sedikit tip-tip atau berkongsi gamba-gambar untuk korang dapat sedikit sebanyak gambaran tentang tempat berkenaan (kalau la ade orang review blog aku sebelom travel kan.huhu). 

Kadang-kala aku jeles jugak tengok blog yang terangkan secara details segala mak datuk nenek tempat destinasi, nama makanan, rasa makanan, baju tradisional, rumah asli tempatan, bahasa ibunda, peradaban serta cara hidup dan lain-lain secara begitu terperinci. Walaupon aku seringkali tak mampu buat macam tu. Mungkin di sebabkan faktor malas nak ingat, malas nak catat, malas nak tanya atau aku ni memang seorang yang pemalas .Muahuahua

Mungkin juga bukan hanya faktor malas. Kena la tahu juga sebab aku travel ni betema kan 'kerja sambil bercoti'. So agak terbatas la ilmu tentang beberapa bayaran masuk sebab kalau pakej kan semua dah termasuk. Dengan nak jaga peserta lagi kan, baik jage peserta daripada amik tahu.*mampus*. Aku pon tak gigih nak tanya berape harga bayaran masuk theme park atau memane laluan subway dan lain-lain. Sebab pakej macam semua sedia maklum segala nya dah lengkap dan ikut aje guide kan. So aku pon selalu malas nk amik tahu dan ikut je. Berbanding dengan orang yang pergi redah, atau semuanya die cari sendiri, so memang diorang pakar la pasal bayaran semua tu kan. Memang seronok la nak cerita supaye orang yang review boleh bawak duit secukup nya atau servey mane yang lebih murah. Biase la kalau travel ni, semua benda nak murah, tapi barang nak gempak. Memang tak dapekk lerr. Boleh bukak travel agency sendiri, kalau tak lingkop hengko memang terer *tetibehh* hahak..

Cume aku kene tahu beberape info sesuatu tempat tu untuk senang nak terangkan pada peserta yang mane susah nau nak faham bahase guide. Walaupon aku ni bengap sket bahase inggeris(idok ler bengap nau yer), tapi kadang kala aku rasa bangge sebab aku boleh translate ape yang guide cakap, (hengko rase?hebat tak?haha).. Mak cik pak cik yang cakap BI berabokk dpd kat KLIA pon sampai sane aku tak faham kenapa diorang tak boleh faham bahase guide, aku manusia hina dan dina yang tak bape terer BI ni pon boleh faham. Pelik tapi benar kan. Haihh.. Kadang-kala tak sia-sia jugak aku ni tak berape bijak Bi yang standard kelas atasan. Nampak bijak belom tentu boleh jadi bijak sentiase dan di mane-mane kan. Sape setuju angkat tangan?*pengsan* hahak

Alamakk, panjang lak bebel. Ok la, nak chow dulu. Meluat lak orang bace panjang berjelah. OkBai

No comments:

Post a Comment