24.9.14

JODOH ITU BUKAN MILIK KITA

Hurmm..

Tak tahu nak cakap apa..

Apa yang aku tahu..
Tiada jodoh antara kami..
Rupanya itu lah yang tersurat..
Yang selama ni sangat tersirat sampai tak terlihat..

Nak rasa sia-sia, dah macam tak redha pulak..
Tapi nak redha, rasa saket pulak..
Mungkin kalau tak lama, tidak lah sesaket ini..
Tapi yang aku tahu, Allah dah tunaikan permintaan aku..
Permintaan hati yang duduk jauh di dalam dasar..
Yang kadang aku sendiri tak sedari..
Dalam diam membuat permintaan hati..
Tak tahu kenapa, seringkali tak aku fahami..

Untuk jauh kan segala yang bukan hak aku..
Jauhkan jodoh yang bukan milik aku..
Walau aku sayang, walau aku cinta..
Sesungguhnya, jodoh bukan di tangan aku..

Aku pasrah..
Aku redha..

Bukan tak pernah kena tinggal..
Tapi lepas dah berkali-kali, mula rasa macammm.......
Macam serik
Macam takut
Macam dah tak sanggup

Mungkin sebab aku terlalu degil..
Sebab kepala aku yang terlalu keras..
Sebab ego aku yang terlalu tinggi..
Sebab aku terlalu kurang sabar..
Sebab aku terlalu gemar mencabar kesabaran sang lelaki..
Mungkin hobi, mungkin juga rasa seronok dan mungkin rasa puas..

Jadi, sekarang puas hati anis??
Oh, tidak sama sekali..

Aku sendiri tak pasti..
Aku sendiri tak sedari..
Aku rasa macam tak kenal diri sendiri..

Haihhh...

Lepaskan je la niss ape yang bukan hak kau..
Redha la andai die bukan jodoh kau..
Takde apa yang boleh kau buat kalo dah Tuhan kata 'Kun Faya Kun'..
Takde apa!

Tipu lah jika diri tidak rasa teraniaya..
Seringkali rasa di tipu, di hina dan di nista..
Aku juga manusia dina..
Yang bukan letak nya di tapak, bukan juga di kepala..
Tapi di rusuk kiri nya..

Kalau aku menyalahkan dia dan beliau, seolah aku macam tak percaya pulak pada takdir..
Terasa seperti berpaling pada qada' dan qadar..
Yang mudah di lafaz, tapi payah di hadam..
Sebab segala yang terjadi bukan atas rancangan aku..
Segala nya terjadi kerana Tuhan yang telah merencana kan nya..

Jauhkan lah aku daripada berperangsangka buruk pada Tuhan ku..
Hindari lah aku menjauhkan diri dari Tuhan ku..

Redha la duhai hati..
Pasrah la wahai anis..
Berdoa la daripada hamba buat Pencipta nya..
Agar aku di ganti dengan yang lebih baik, sebaik diri nya atau lebih baik daripada segala nya..

Yang akan menjadi imam di setiap malam ku..
Pendamai hati dan jiwa yang bercelaru..
Pelembut hati ku yang keras sangat padu..
Pembimbing Isteri dan anak-anak ke Syurga Mu..
Suami kepada Isteri mu..
Ayah kepada anak-anak ku..

Yang menerima aku seadanya..
Baik dan buruk, itu manusia nama nya..
Bukan malaikat atau bidadari syurga..

Kerana aku jua berhak bahagia..
Aku jua ingin bahagia..
Aku jua ingin menjadi isteri solehah..
Buat lelaki yang soleh dan amanah..
Ibu yang mithali kepada anak-anak zuriat keturunan ku..
Semua itu juga keinginan ku..
Permudahkan lah jalan ku, Wahai Tuhan ku..
Menuju keredhaan Mu..

InshaAllah.. Itu la janji Tuhan pencipta ku..

Sesungguhnya, Tuhan tidak sesekali memungkiri janji Nya..

Maka..

JODOH ITU BUKAN MILIK KU...

No comments:

Post a Comment