11.10.18

TRIP PERTH 24 APR - 2 MEI 2017 6H5M (PART II)

Assalammualaikum semua..


Bersambung kembali kita dalam sambungan trip ke Perth haritu..


Ni antara gamba-gamba dengan group semua. Senang bawak group kecik dan tak ramai ni. Tapi sebenarnya tak kisah pun sikit ke ramai, yang penting takde yang buat hal. Hahahakk
Jadi je amik gambaq bawah pokok..


DAY 4
Untuk hari seterusnya ni kami bertolak Lake Clifton. Agak jauh jugak la nak menuju ke situ daripada Perth City. Memakan masa lebih kurang 2 jam untuk ke situ. Pergi ke situ semata-mata nak tengok batu-batuan yang di panggil thrombolite. Ianya terhasil daripada mendapan kalsium karbonat sejak berbilion tahun dahulu yang membentuk batuan-batuan kecil. Seperti dalam gamba di bawah ni : 
Yang bawah ni jalan yang akan di lalui masa nak pergi kat kawasan ni. Memang kawasan dia hutan belantara wehhh. Aku tak tahu la ade ke manusia duduk kat kawasan ni. Ada yang kata macam tak berbaloi untuk pergi sini sebab tempat dia jauh, pulak tu semata-mata nak tengok batu tu je. Tapi ada je yang cakap ok je dan bila lagi nak tengok batu-batu pelik cengitu kan. So terpulang laa pada uoals okehh..


Mungkin sebab perjalanan yang jauh maka aku pun dah serabai dah hah, huahua..

Okay, lepas pergi tengok batu tu, kami pun bertolak ke Mandurah untuk naik Cruise Dolphine tu. Aku rasa kebanyakkan orang semua kalau datang sini akan pergi ke Mandurah ni untuk naik Cruise di sini dan untuk tengok Dolphine. Pergh, aku paling teringin gile kot nak tengok Dolphine depan-depan mata aku dan akhirnya aku berjaya. Alhamdulillah, Wehuuu

Better korang naik cepat sikit untuk dapat port tepi-tepi, sebab nanti tak dapat tengok Dolphine kalau duduk tengah-tengah, hehe..
Aku baru tahu kalau nak bagi Dolphine ni keluar berenang bersama, mest kene ade air yang begelora tu, so kalau cruise tu slow dan takde gelombang air tu, dia pun tak rasa la mencabar nak berenang sambil melompat-lompat girang. Hehehe.. Menjerit-jerit semua orang bila nampak Dolphine keluar berenang bersama cruise. Weee ^____^
Kat kawasan ni macam kawasan orang-orang kaya yang beli rumah-rumah besar kat kawasan ni. So Cruise tu akan lalu di celahan-celahan  rumah mewah ni. Dan Dolphine tu semua pun kire macam ada je kat kawasan rumah deme ni. Ko bayangkan la belakang rumah ko ada Dolphine yang sedang berenang-renang. Bestnye woiii haha 
Giteww, hakak benar-benar menikmati moment ni dengan rasa gembira nya.. Ah gituhhh!!

Lepas dah tengok Dolphine, kami pergi makan di kawasan sini juga.

Sapa datang sini wajib makan Fish and Chip kat sini. Tapi kemain meriah lagi wehh sini dan sangat sibuk dan sesak dengan orang ramai nak makan dan orang nak sediakan makanan pun aku rasa macam deme beperang kat dapur tu. haha

Sejujurnya aku ni tak berapa gemor makan bende alah ni. Kalau kat Msia pun aku memang tak pernah makan ni, haha. Sebab memang tak cukup la wehh, aku rasa ini kalau buat minum petang boleh la kann, untuk lunch memang macam tak jejak perut la, hahak.. Tapi dah ni je disediakan untuk lunch kami, so bedal je laa..

Lepas makan, kami bertolak ke Fremantle Market. Ni antara salah satu tarikan kat Perth ni yang mana rata-rata aku tengok orang akan pergi ke sini. Fremantle Market ni macam ala-ala Pasar Seni kat KL tu je la. Ade jual buah-buah dan barang basah, ade jual barangan Kraf, kedai baju-baju dan ,macam-macam lagi la ade kat sini. Banyak sangat bende deme nak jual semua kat sini, huahua. 
Selphieee siketttt, hehehe
Ni dalam nyaa, serabut gile kan. Aku 
Buah-buah dia meriah jugak laa. Aku pun cuma beli buah potong je lepas tu aku terus lepak luar je. Serabut kepala aku macam dalam pasar borong je. huahua. Lagi 1 mungkin untuk menyelamatkan duit aku daripada beli benda yang si-sia. Hahahakkk
Tu je buah potong yang aku beli, jimat hehe
Kalau ikut pakej kami, kami hanya ke Fremantle Market sahaja. Namun begitu, rata-rata manusia yang pernah pergi area sini suggest untuk shopping souvenir murah kat E-shed market. Tempat dia dekat2 je, tapi macam susah kalau kami nak spend time lame untuk dedua tempat ni. Maka lepas aku nego2 dengan cust dan driver, sebab ada yang nak pergi E-shed Market, ada nak pergi Fremantle je, so last-last driver aku setuju je pergi dedua dengan syarat boleh spend time sejam sejam je di setiap tempat tu. So deme pon onz je la, orang kate yang penting dapat jejak dedua. Fiuhh
E-shed ni betol-betol tepi laut. So bertentangan dengan E-shed ni macam ada pelabuhan laa.. Kedai-kedai dia takde la banyak, tapi agak murah dan bebudak yang meniaga dalam tu pun ramai budak melayu dan ade jugak peniaga Indonesia. So senang la ko nak minta tawar menawar. Biase la tipikal orang Msia kan suka yang murah.
Cengini la dalam E-shed Market tu. So boleh la korang soping habis-habisan di sini yoo..
Ni bahagian luar kawasan ni. Ade coffee shop pada sesapa yang tak nak shopping tu, boleh la lepak luar ni.
Ni masjid Perth. Kami ada singgah di sini untuk solat untuk harini..

Ok, itu sahaja untuk harini...

DAY 5

Untuk hari seterusnya, kami hanya membuat lawatan di kawasan berdekatan Perth City sahaja. Iaitu melawat taman-taman yang ada di kawasan ni.

Memula kami singgah di Perth Mint.. Aku pun macam kennot brain sket la kenapa nak kene pergi sini, huahua.. Tapi korang boleh la masuk dalam tu untuk tengok barang2 dan coin emas, silver dan platinum yang ada dalam tu.


Kemain aunty-aunty ni koje deme asyik tengok fon je tau. hehehe.. Aunty2 now days is very the uptodate uoalss ^_^..

Lepas tu, kami pergi ke taman-taman yang ada di sini. Antaranya adalah Kings Park, Lake Monger dan Burswood Park.

Kings Park
Monumen ni ada di Kings Park. Tempat ni sangat santai untuk lepak-lepak seisi keluarga. Kawasan ni atas bukit, so boleh la lepak2 dan ambil2 gambar atas. 
Daripada atas tu akan nampak view cengini laa. Nampak bandar-bandar kat bawah tu. Memang sangat nyaman la lepak atas ni.
Ahh, gituew sekali hakak posing uoalss.. 
Seronok sebab dapat lepak taman yang best di hari cuti Labour Day '17..
hewhew

Masa tengah lepak atas Kings Park ni, aku boleh nampak Blue Boat House yang pemes giloss kat Perth ni tau. So, hati aku terdetik nak try tanye la driver boleh tak die singgah kejap untuk amik gamba. Gile dah jumpe tempat pemes tapi tak pegi kan. Maka, dengan gigih nya hakak pon buat la drama kekonon customer semua nak pergi dan mintak singgah, walhal hakak pun sama jugekk..hahaha
So,Nahhhh.. Yeayyyyyy, berjaya pun pujuk driver untuk berhenti kejap kat sini untuk ambil gamba. Sebenarnya tempat ni biase je, tapi sebab dah jadi viral maka orang pun ramai akan berhenti di sini untuk ambik gamba. Walhal rumah tu tempat letak barang-barang bot nelayan kat area situ je. Mujur masa ktorang stop sini hanya ada 1 family je tengah dok posing2. Agaknye dorang tengok ktorang mcm rushing je, dorang sanggup ke tepi bagi laluan kat kami. Macehh, hehehe.. Bas tak boleh stop lama sangat sebab tempat ni betul2 tepi jalan besar, dan takde space yang besar untuk stopkan kenderaan. So memang belari2 la nak ambik gamba, takpe la yang penting hadooo..hahaha.. Yela, sebab kat oversea ni bukan boleh suka-suka berhenti sane sini, kang kene saman beratus dolar deme kene nanti. hewhew

Lepas tu, driver ade berhenti satu tempat tepi laut yang sangat-sangat best gile dan cantek gile view die. Yang lain turun gak la, tapi aku malas nak bagi kasut aku berpasir, so aku stay kat atas je laa.. Best nye kalau dapat picnic tepi laut ni wehh..

Aku suke gila gamba ni yang aku snap sendiri. Aku rasa macam ada sesuatu je dengan view ni yang buat aku rasa tenang dan rasa sayu nak nangis pun ada. Tak tahu la kenapa. hwuaa.. Kadang tengok macam batu yang dalam cerita Goblin tu pun ade kan, hewhew

Lepas tu kami ke Lake Monger. Apa yang pernah aku google sebelum ni, tempat ni tempat orang tengok Black Swan sebenarnya. Tapi masa kami pergi hampa sebab swan takdak, pegi jenjalan mana entah deme semua. Driver cerita swan-swan tu memang tak duduk setempat, deme berpindah randah sesuke hati deme. Yang ade anak-anak itik warne hitam tu je, jadi laa kann.. Cehh


Hakak is teringin gak nak berbaring bersama chenta hati di padang rumput tepi tasik cegini.. Besttnyaaa!!! Ah Gituewww.. hahahak
Nampak macam panas kan, tapi nyaman sangat2 cuacanya. Angin sejuk dan matahari terik jadi warm2 gituew..

Burswood Park tu aku dah tak hengat mana 1 dah, macam banyak je taman-taman yang ada kat sini, huahuahua.. Lebih kurang sama je la semua aku tengok.

Lepas dah melawat ni kami terus pergi makan. Hari last ni kami lunch area hotel je, so lepas lunch terus free and easy. Terpulang deme la nak ke mana-mana sebab hotel dah dekat so boleh balik sendiri semua. 
Sedih aunty ni terharu sebab aku belikan dia kek sempena hari lahir beliau masa ktorg sampai Perth ni. Kire terdelay 2 hari sebab keadaan tempat tak mengizinkan. Thanks Mr Saito sebab gigih carikan kek halal dan sedap namatey untuk aku, hehe

Sepatutnya ada pergi ke London Court, tapi semua cust tak nak pergi, so makanya aku pergi sorang2 je laa. Aku harus la nak tengok kan, hehe..

Ni je la tempatnya. Dia macam buat seni bina maca kat London je la. Dalam tu ada kedai-kedai jual souvenir juga, tapi agak mahal sket kot.

Ni kawasan dalam ni. Ada 2 pintu untuk keluar dan masuk dalam kawasan ni. 

Kawasan ni semua sangat selamat kalau ko nak jenjalan sensorang. Hakak is foreva alone je jenjalan sorang kat sini tetiap petang masa kat sini. hehe
Petang tu, aku gigih naik bas free yang ada disediakan kat kawasan ni. Aku naik bas warna kuning sebab bas kuning route dia keluar daripada kawasan bandar ni. Kalau warna merah tu pusing-pusing dalam bandar tu je, oleh kerana dah hari2 pusing-pusing bandar je, so dah jemu lak. haha
Boleh rujuk route ni kate bustop tempat naik bas. Macam aku sebab malas nk stop memana, so aku naik dan turun tempat yang same. Hehe.. Macam bas kuning kat last stop deme kene tukar bas kuning lain untuk patah balik tempat naik tadi.
Aku jalan-jalan kat kawasan ni then jumpe benda hijau ni. So aku naik daripada area depan ni la bas. Sebab supaya aku cam tempat aku naik bile ternampak benda hijau ni. Kalau tak mau aku menjajau cari jalan balik kang, hahak..

Tetibe masa aku lepak dalam bilik malam tu, ade member aku cakap dia terkandas kat Perth City. Sebab sebelum tu dia kata tak sempat nak jumpa. Sekali deme terlepas train, maka aku la penyelamat warga Malaysia yang terkandas di tengah-tengah Perth City ni tanpa arah tuju, huahuahua..
Lepas jumpa je dan lepas dah puas gelakkan deme sebab terkandas (biasa la member kene gelakkan dulu kan, huahua.. Sorry Pae and Sarah, hewhew), ktorg pun decide nak jenjalan di kawasan ni memalam. Selama daripada hari pertama aku takde la berani keluar memalam, tapi memandangkan dah ada geng maka wehuuu dapat keluar malam..

Opss, senget benget lak gambo kite.. huhuhu
Jakun sebab terserempak dengan member secara tak sengaja kat oversea. Wehuuu hahahk
Sebelum aku pergi tu adalah orang cakap pasal Elizabeth Quay ni(bunyi nya key), maka nya ktorang pegi laa tengokk.. Aku tak paham mana aku dalam gamba atas ni.. Sebab benda ni besau gilee2!!..

DAY 6

Okay, hari last ni hari untuk balik sahaja. So pagi tu ktorg free and easy sikit, pegi breakfast than chill2, lepas tu gerak ke kedai makan untuk lunch. Ari last ni kami lunch awai sket laa..
Last breakfast ni moh ler kite begambo dengan tokey restoran tempat kami makan hari2..
Sebelum tu, pepagi lagi aku hantaq kawan-kawan aku yang nak meneruskan perjalanan deme ke mane entah, dorang nak pegi kejau train yang terlepas semalam, huhu.. Bye2 korang

Kami makan di Restoran  D'Nyonya, pekerja dorang semua orang melayu yang stay kat sini.
Group semua makan kemain sesedap seperti di bawah ni

Namun aku sebagai Tour Leader makan nasi goreng hambar je seperti di bawah ni, huahuahua.. Sampai ada makcik2 tu pass kan lauk-lauk deme ke aku, sedih lak rase. Hwuaaa -.-''

Lepas tu kami terus gerak ke Airport. Airport Perth sangat tenang dan tak serabut. Kami balik menaikki Malindo Air, so korang jalan je cari kaunter yang tulis Malindo macamn gambaq di bawah ni

Airport dia memanjang camni dalam gamba ni
Kalau sapa nak cari surau dan toilet, boleh jalan terus sampa ke hujung, kat tempat amik teksi tu. Lalu kat lorong kecik tepi tu ada surau, tapi campur2 la. Korang gilir2 la yer laki pompuan.
Lepas dah check in, korang naik escalator naik ke atas. Dia ada 2 escalator, satu dedua untuk naik sahaja, dan 1 lagi dedua untuk turun sahaja.

Yeayyy, balikkkkkk... Wehuuuuuu ^________^
Nice view from the air
Masa nak balik tu flight delay pulak. So pishang gak laa dok tunggu flight sampai
Ni makanan dalam flight masa balik. Ade ke macaroni je dia bagi takde nasi-nasi ke woiii!! Lapaq gile bak hanggg.. Dah la makan sekali je selama 5 jam lebih perjalanan ni, tau bawak roti2 dalam beg lak tuu, huhu
Okeh, tu saja la untuk trip Perth ni. Overall trip ni sangat santai dan tak kelam kabut or tak memenatkan pun. Banyak masa free and easy so that kita boleh menikmati ketenangan dan keindahan kat Perth ni. Sangat nyaman dan tenang weh, best gile lepak Perth ni. Kalau ada rezeki macam nak pergi lagi memane kat Ausie, best gilee..!!!


Ok laa, next entry aku akan update trip aku ke Morocco Gibraltal Spain pulak yerr.. Tapi tak tahu la bile rajin tu nak datang, hehe.. Adiossss

1 comment: