26.2.14

Trip Hong Kong Disneyland-Shenzhen 5Hari 4Malam 12Dec-16Dec 2013 (Part III)

*HONG KONG DISNEYLAND*

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ampun maaf di minta yer kepada pembaca setia blog aku (ado ke?).. Hajat di hati memang nak update entry pasal Hong Kong Disneyland sebelom berlepas ke korea. Malang nye banyak dugaan pulak sebelum berlepas ritu. Tapi takpe la, aku akan gigih update juga. Kalo takdo orang nak baco pon tak pe la. Tua sok boleh tunjuk kat cucu-cucu aku blog ni.hee

Kalo sapa yang nak baca entry lepas boleh klik link bawah ni yo. Bleh rujuk pape tips yang dapat membantu. Walaupon tak banyak -.-'



Okeh, back tu entry ^_^.. 

Mengikut jadual perjalanan pakej kami, kami akan berada di HK Disneyland selama sehari suntuk. So daripada pagi sampai malam, hengko dudok la dalam tu main sampai lebam. Tapi memang lebam pon weh kaki aku ni beratur sket punye panjang, macam mangsa kemarau dapat bantuan air tau tak. Gigih beratur berejam-rejam semata-mata nak main permainan yang tak sampai 5 minit dalam tu. Cess -.-'. Memang stress, tapi dah alang-alang sampai tu haku redah kan la yo.

So sekarang masa untuk tengok gambo. 
YEAYYYY!!! ^_^ *ekeleh, ko plak yang eksaited niss* (^.-).. 
Tapi sorry sebab panjang berjela. Lantak hengko la kan nak perabis bace ke tak nak. hehe


Aku sangat gile kan permandangan awan di atas kapal terbang. 
Its a damn good owsem!
Subhanallah ^_^


Photo group section. Ni memang wajib setiap trip
                                        

    

Peace Yo!
Ni merupakan Hadiah Ari Jadi aku yang paling owsem buat masa ni dalam hidup aku. Jyeahh!


Tempat petama yang aku masuk adalah Adventureland. Kat tempat ni ade Lion King Show. Make sure korang tengok pukul berapa persembahan nye yer. Kalo lama lagi baik korang pegi tempat lain dulu yo. Aku aritu elok-elok je sampai lagi beberapa minit nak start show. So memang cantik je la. Show ni seriously owsem gila. Walaupon tak paham sikit-sikit sebab die cakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Pandai-pandai ler korang nak faham yer. Show ni lebih kurang setengah jam kalo tak salah.


Kalau korang nak view cantek, pastikan duduk di bahagian tengah-tengah. Jangan duduk terlalu depan atau terlalu belakang. payah nak amik gambo nanti. Seating die macam dalam theater room.

 
Suara Negro tu memang superb gila weh. Begetar jiwa dengar.huhu


Lepas tu aku masuk ke Grizzly Gulch, kat sini aku main roller coaster yang agak unik. Sebab ni first time aku naik roller coaster ade begerak kebelakang. Gila owsem kan. Tak pernah aku naik roller coaster jalan reves.huhu

Rase nak naik banyak kali je!        


 Aku teringin nak pergi kat pulau tarzan tu. Tapi beratur maut gila panjang. tak sanggup aku nak beratur. Buang masa kat situ je, baik main benda lain. Walaupon semua permainan tu pon kene beratur berejam. hoho

Lepas daripada tempat ni, kitorang berlari nak kejar kan Parade diorang. Perarakan nya agak owsem la. Walaupon aku terlepas nak tengok Mickey punya kereta berhias, tapi banyak lagi kartun lain belakang nye. jadi la yop! Ni pon pastikan korang cek dulu bila waktu parade. takut dah jalan jauh tak sempat patah balik. Sehari ada 2 kali parade. Apa-apa pon update kat kaunter. Sebab waktu die berubah-berubah setiap minggu






Mamat depan tu hensem gila. Aku kejar nak amik gambo die kowt.gila saiko!

Memang sangat havoc, owsem and like seriously amazing!! hahaha.
Aku memang teruja dan jakun bewok la. Aku boleh kejar parade ni sepanjang jalan dengan begitu gigih. huahuahua. Lepas dah kemaruk tengok perarakan ni, aku pon solat. Ade bilik kecik di tempat service center yang kita boleh tumpang solat. Seronok-seronok jugak yer kawan-kawan, solat jangan lupa.hehe. 

Lepas tu aku masuk kat Mystic Point. Agak owsem jugak la. Nak tahu ape yang owsem kat sini, pegi la masuk sendiri yer. hehe. Kat sini aku makan tengahari. Tempat yang ada makanan halal ade 2 tempat je iaitu di sini dan di Adventureland. Walaupon agak mahal tapi berbaloi la juga. Kenyang gak la aku membaham. 

129 HKD. 
Kenyang wehhh!

Sejurus selepas itu *gituh*, aku pergi ke Toy Story Land. Kat sini aku cuma naik yang paracut tu je, game lain macam scary sikit. Malas nak main. De yang aku semput kang.hee


Teringin nak naik benda oren tu, tapi seram dengar orang tepekik telolong atas tu. huhu

Pehtu aku pegi ke Fantasyland. Kat sini agak gurly-gurly and childish sikit la game nye. Aku layan kan je la. kat sini aku masuk Small World. Agak owsem la pengembaraan dalam tu. Diorang ni memang creative gile. 
Like seriously?..



   Sangat-sangat cute gila kot kartun-kartun kenit yang diorang buat ni. Dalam ni kitorang naik bot dan menyusuri sepanjang sungai yang kiri kanan penuh benda cute-cute ni. ^_^  
Last game yang aku main kat TomorrowLand. Sebelum pegi member da bagitahu mesti masuk Space Mountain tu. Game ni kira highspeed roller coaster. Yang best nye sebab die dalam bangunan dan gelap. Lepas tu die pasang lagu yang kuat kat belakang, agaknya supaya korang menjerit tepekik telolong sampai pecah kerongkong pon, orang lain tak dengo.hehe. Ada gak la beberapa game manje yang aku main gak.

Puas gak la round-round dalam ni. Aku daripada dulu teringin sesangat nak pergi Disneyland ni. tak dapat yang jauh, sini pon dah ok la kan.

 Alhamdulillah tercapai gak hajat. 
Terima Kasih Ya Allah. 
Terima Kasih Poto Travel & Tours.

Last sekali kitorang tunggu firework. Aku sport betul-betul tengah-tengah. Senang nak tengok kan. tapi memang super duper owsemm!!!!

Walaupon tangan aku lenguh gila nak rakam video ni, tapi saat-saat ni sangat bermakna bagi aku yang suka gila tengok firework..


Sekian sahaja Trip aku ke Hong Kong Disneyland-Shenzhen selama 5 Hari 4 Malam ^_^..
Bye!!

2 comments: