26.3.14

PENGALAMAN AKU SEBAGAI 'TOUR LEADER'

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Entry kali ni aku belom nak cerita pasal trip ke Korea lagi. Harap bersabo.hehe. 

Asyik cerita pasal trip je pon bosan gak kan. So kali ni aku nk update pasal cabaran, pengalaman, suka dan duka, pahit dan manis dan yang sewaktu dengan nya sepanjang aku menjadi Tour Leader. Walaupon aku baru berpeluang membawa 4 rombongan buat masa ni, tapi sedikit sebanyak dapat mematangkan pemikiran dan meluaskan pemandangan aku.

Pertama kali, aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t di atas segala rezeki yang di limpahkan pada aku, walaupon aku sering rase menjadi manusia yang kurang bertuah dalam dunia ni, tapi kuasa Tuhan yang telah menunjukkan bahawa aku juga antara manusia bertuah dalam hidup aku sendiri. Mungkin ada manusia yang lebih kurang bernasib baik daripada aku. Astagfirullahallazim. *insaf kejap*.

Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan hati ini untuk aku menceburkan diri dalam bidang ni. Sebaik-baik perancangan adalah rahsia Allah. Sebab impian aku daripada kecik, aku nak naik kapal terbang, aku nak pegi oversea kan, teringin nak pijak dan pegang salji *dulu suke amik ais dalam peti ais je* hee, semua kire angan-angan mat jenin gituh. Aku sedar aku ni bukan la terpilih untuk menjadi manusia yang pandai untuk melayak kan diri melanjutkan pelajaran ke luar negara. tehee.. Tapi orang kate setiap kejayaan bermula daripada angan-angan. So aku tak pernah berhenti berangan, sampai la sekarang. hew hew. Tapi abah kate berangan tak salah, yang penting di ikuti dengan usaha berbekal kan semangat dan ketabahan. *motivasi diri*.

Dan yang pasti aku sangat berterima kasih kepada seluruh boss-boss dan warga kerja dalam syarikat POTO TRAVEL & TOUR kerana telah memberi peluang dan kepercayaan untuk aku dan juga semua staff untuk memikul tanggung jawab sebagai Tour Leader untuk trip-trip pakej kami. Bukan mudah nak lalui semua tu dan tidak la terlalu susah sekiranya kita boleh menangani situasi tu.

Sebenarnya aku nak share video yang Poto Travel & Tour buat untuk berkongsi pengalaman sebagai Tour Leader. Tapi aku akan cerita pengalaman aku juga. 

(aku tak tahu apesal link youtube ni tak bleh nk copy, maybe dorg block kot. Aku bagi link je k, sape yg rajin copy la link tu n paste kt youtube yo!.Tocehh!! )

Part 1 -- > https://www.youtube.com/watch?v=b70BXeMCs_4

- Pengenalan peranan Tour Leader

Bukan senang sebenarnya nak jadi lonely traveler a.k.a. Tour Leader macam kami ni. Kadang2 benda paling payah bile kite pon lom pernah sampai negara luar tu, tapi kena redah gak dengan bawak orang lagi. Agak besar la kan tanggungjawab yang kami pikul tu. Masa mula2 trip aku, aku dapat pegi trip Jakarta-Bandung. Agak mudah la sebenarnya, tapi sebab first time kan, mau tak gelabah biawak aku kat sana. Tapi Alhamdulillah bekat doa dan kerjasama semua, perjalanan berjalan agak lancar. Yang penting kita tahu nak berhadapan dengan sesuatu keadaan dan situasi, cara nak uruskan peserta, pengurusan masa (ni paling penting!) dan cabaran dan dugaan yang lain-lain di setiap negara dan peserta tu sendiri. Ape yang kami sangat harapkan adalah kerjasama peserta. Itu sangat penting!. Menjadi Tour Leader memang orang nampak senang dan best, tapi kite mesti bersedia daripada segi mental dan fizikal sebab semuanya tak seperti yang kite bayang kan. 



Part 2 -- > https://www.youtube.com/watch?v=liz_as5_UJc

- Pengalaman Manis

Sepanjang trip aku bawak group2 ni aku rase belom ada la pengalaman yang terlalu manis. Tapi benda yang best tu ada la gak, macam bile aku dapat pegi Disneyland HK di hari jadi aku. So aku rase tu hadiah hari jadi yg agak owsem la wat masa ni. Benda yang seronok pulak bila aku ade geng untuk ambik kan gambar aku. kadang2 takut gak orang cakap aku sbg TL ni over lak kan, tapi aku pon first time sampai, gila tak jakun kan. Lantak la ape orang nk cakap. Yang penting aku pon happy ^_^. tehee. Yang seronok kalo ade bebudak muda yg lebih kurang sebaya la kan, kalo semua nya mak cik or pak cik je macam segan lak kan nk suh mak cik amik kan gambo. hew hew hew. Paling teruk pon mampu selfie je la kan, tapi tak best setakat nampak jerawat muke je kan, tak nampak pon kasut boot bulu2 kite tu. huhuk


Part 3 -- > https://www.youtube.com/watch?v=GxK381IN_7s


- Pengalaman Pahit


Aku agak setuju dengan luahan kak Gee yang awal2 tu. Benda yang paling pahit bagi aku so far adalah bila ade je orang yang masih tak puas hati dan komen yang menjatuhkan semangat aku bila aku rase aku da curahkan sepenuh tenaga aku sepanjang trip tu. Kadang2 sampai aku dah belari macam orang gila ke sana ke mari walaupon badan aku pon penat dan kaki aku pon saket, kadang2 aku terase gak macam nak nangis bile penat dan presure macamtu. tapi aku tak suke benda2 negatif tu merosakan emosi aku sepanjang trip. Aku tepakse senyum je bila orang hentam2 aku atau company aku atau apa2 je la yang boleh puaskan hati mereka. Untuk makluman semua, kami sebagai TL ni pon manusia biasa jugak. Walaupon diorang semua bayar, tapi kudrat aku ni tak mampu melawan takdir dan dugaan yang Tuhan nak bagi tu. Aku sentiasa berdoa agar di jauhkan segala kesulitan yang aku tak mampu tanggung. Alhamdulillah Tuhan Maha Pengasih dan Mendengar. Aku rasa bende tu yang paling pahit so far. Pada aku segala masalah kita boleh hadapi dengan tenang bila ada sokongan yang padu daripada semua peserta. Lagi 1 aku tak kan layan kalo orang komplen pasal makanan. Dah hengko gi oversea, jangan harap la ko nak dapat makan roti canai mamak atau nasi lemak ayam berempah kat sana kan. hengko telan je la pon ape yang diorang hidangkan tu. Sekurang-kurang nya korang besyukur la Tuhan masih izin kan kita semua dapat makan. Aku sangat tak faham typikal manusia macamni. Nak makan makanan ikut tekak hengko, g la kota bharu or langkawi je. tak payah nak g korea or china ke kan. Sah2 la makanan dorg henta ape2 je kan. Pada aku kalo ade makanan yang mencurigakan tu, aku selalu tawakal dan anggap je aku dalam keadaan darurat. Allah Maha Mengetahui. InshaaAllah kita akan redha. Sebab kita bukan terang2 makan daging babi salai ke kan. So tak payah ragu-ragu. Kalo ragu2 tak payah makan, bawak la mamee tu ke hulu ke hilir macam hengko tu duta mamee kat oversea selama 7hari6malam tuh!hew hew hew *maap yer over lak buat luahan*!.kbai


Part 4 -- > https://www.youtube.com/watch?v=9ryIs1hbYvc

- Pengajaran menjadi Tour Leader

Aku pon tak sangka yang aku sekarang boleh bawak orang pergi melancong ke luar negara. Dulu aku langsung takde keyakinan diri, malu nak cakap dan berhadapan dengan orang ramai, pemalu tak betempat, takut nak tanya-tanya orang yang tak di kenali, takut nak speaking2, semua benda la aku takut dan memang aku selalu rasa rendah diri. Tapi sekarang aku main redah je tanya henta sapa-sapa jalan la, tanya gate kat airport la, semua benda la, temasuk la aku pernah redah masuk kawasan imigresen hong kong dengan selamber je demi nak selamat kan bag peserta aku. hew hew hew *suke hati hengko je kan niss!*. Kat malaysia pon aku seram tengok orang imigresen. tehee. Tapi pada aku dengan keje aku sekarang ni sedikit sebanyak sangat mematang kan pemikiran aku, meluaskan pemandangan dan bleh la gebang sket dengan manusia2 kerek yang dok kecoh g melancong tu je. titew pon da pegi la weh, xpayah nak kecoh!huahuahua :p. Dan aku jugak belajar macamne nak handle manusia. Orang kate handle mesin lagi senang daripada handle manusia kan. tapi kalo kita tau cara nya, InshaaAllah everything going smooth.. ahakzz

Part 5 -- > https://www.youtube.com/watch?v=u79SwcMzJzk

- Pesanan

Kalo takut di lambung ombak, jangan menonton filem ong bak!! hew hew. Takde la, kepada sesapa yang nak jadi Tour Leader jangan la takut untuk berhadapan dengan apa yang dah di ceritakan. Lain orang lain pengalaman nya. Yang penting banyak-banyak kan berdoa. Ingat bahawa ketika kita di dalam masalah atau pon dugaan di kala takde sapa yang kita kenal boleh membantu, maka ketika itu la Allah saja yang ada dengan kita. Sentiasa la berdoa dan memohon di permudahkan segala urusan. InshaaAllah segala nya akan berjalan lancar. Masa kursus juga akan di ajar macamne nak uruskan peserta. Kita juga secara langsung membawa nama baik kita, keluarga kita, CEO Poto Travel, nama baik Poto Travel dan nama baik negara kita. oleh itu, maju la Poto Travel demi negara. hew hew. Go Poto Travel & Tour. 

Ok la, itu sahaja yang saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kepada mereka yang berminat untuk melancong dan ingin menjadi Tour Leader. Kita adalah ketua rombongan dengan membawa peserta yang penuh pengharapan untuk gembira ketika bercuti dan berbaloi dengan bayarannya.

Sekian terima kasih ^_^..

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Hi Anis! Tak sangka plak ko ade blog ye. entry ni best. yg plg best pasal makanan tu. hahahaha mmg x boleh blah org yg fussy x hengat dunia nk mkanan ikut tekak hari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kakak. hehe.. Saya menaip time rajin je.. Kalau malas tu memang bertahun la nk menyiapkan 1 entry..hehehe

      Delete