11.12.14

TRIP KUNDASANG-KOTA KINABALU 13 - 16 NOV 2014.

Assalammualaikum..

Ni kire macam first time aku nak cerita pasal percutian aku dalam negara selama 3 Hari 3 Malam. 
Sebab memang ni la pertama kali aku pergi sendiri bercuti bersama kawan yang takde kene mengena dengan kerja. haha.. *Seronoknyaaa* ^_^
Atau lebih tepat nya aku bawak diri sebab sepatutnya tarikh tu aku dah jadi bini orang dah.. Tapi takpe la, mungkin Tuhan dah tentukan belom tiba masa nya aku memikul tanggungjawab sebagai isteri lagi la tu kan.. Hemm -.-"
Mohon doakan aku di beri jodoh yang soleh, baik dan kacak. Amin ^_^.. hee

Dah3, lupa kan kesedihan.. 
Ayuh baca aku nak cerita trip redahan aku ke sabah yang agak mencabar. Mencabar la sangat, hew hew.. 

Sabah merupakan satu tempat yang aku memang teringin gila2 nak pergi daripada dulu.. Terutamanya kundasang. Sebab orang cakap Kundasang macam New Zealand versi Malaysia, katenyaa..

Aku hanya uruskan tiket penerbangan (memandangkan aku sememangnya hanya la si penjual tiket sajo huhu) dan hotel sahaja. Macam biasa, aku beli tiket time promo. Aku malas nak bercuti lelame sebab ni percutian bajets, aku pon tak bapa nak ade bajet nak pegi bercuti lelame nau ni.. ahakss

Aku naik flight paling last untuk ke KK pada jam 10.10 malam. Plan asal aku, aku memang saja nak amik last flight sebab sampai dalam lebih kurang jam 1 pagi. Penerbangan lebih kurang 2 jam lebih. Pastu ingat nak lepak surau airport je sampai pagi, nak jimat punya pasal wehh.. hahakk.. Lepas tu, kebetulan sampai je airport, orang yang aku amik kereta sewa tu mesej bagitahu nak hantar kereta sewa awal. Dalam jam 2 pg. So aku dan member aku pon jalan-jalan tawaf airport sampai boring dan penat. Memula cari surau tak jumpe, pastu lepak je la kat kerusi bawah tu. Pastu gigih cari lagi surau, baru masuk je nak baring kat surau, budak tu mesej kereta dah sampai la plak. Hadoii..

Lepas dah dapat kereta, member aku pon cadangkan la untuk terus gerak ke kundasang dalam jam 3 pagi tu jugakk.. Walaupon agak seram, tapi kalo dreba dah nekad, aku hikut kan je laa.. Maka kami pon redah jalan je la dalam kegelapan malam itu. Segala jalan kat kundasang dan KK ni ktorg ikut waze je. Takde sesat sampai ke melaka nya, huahua.. 
Sampai je kat kundasang dah jam 5 pagi. Dreba mate dah rabak gile. So ktorg main berhenti je tepi jalan sebab dah tak larat. Aku nasihatkan untuk berhenti depan2 rumah orang atau hotel, lebih selamat sikit berbanding berhenti dan tidur di tepi jalan. hew hew.. 

Lebih kurang sejam, aku terjaga sebab dengar suare orang lalu lalang. Rupanya bebudak dah pegi sekolah. Masa tu baru jam 6 pagi, dah terang dah. Aku pon suh member aku blah. Niat hati nak pegi tengok lembu terus, semangat gile. 6.30 pagi kot, lembu lom bangun lagi daa..
Dah lembu belom bangun, aku pon hamek la gambo ala-ala Faizal Tahir.. Muahaha

Kitorang pon meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami. Aku menetap di KIRAM VILLAGE. Sebelom aku pergi, aku servey dulu hotel mana nak duduk. Then adelah orang cadang tempat ni. Sekali skala duduk ala-ala kekampungan pon syok gak. Tempat nye agak hujung donia gak la. Dan amat-amat sejokkkk. Nak2 blah malam. So sapa yang nak try, pegi la duduk sini okehh. Masa aku sampai pagi tu belom boleh check in lagi, sebab bilik takde kosong. So kami serapan dulu kat cafe kiram village ni jugak. Walaupon agak mahal, tapi tak kisah la. Mungkin sebab payah nau kot nak bawak naik barang.
Lepas makan, dalam jam 8 pagi baru kami patah balik ke Desa Dairy Farm tak berapa jauh daripada kiram village ni. 
Aku ingat dapat la masuk percuma. Rupanya kena bayar RM 4.00 
(Mohon mereka perbaiki jalan untuk masuk ke kawasan lembu ni hasil daripada duit masuk tu yo, jahanam tayar wehh)

Walaupon bau kambing dan lembu kuat giloss, tapi aku eksaited gak la sebab berjaya menjejakkan kaki ke sini. huahua


Kat sini di tempat kan anak-anak lembu dan ade beberapa ekor kambing. Anak-anak lembu tu walaupon nampak besau, tapi baru 2 bulan umur nya. Tapi di larang pergi dekat-dekat, boleh tengok kat area kambing tu je. Sebab baby2 lembu tu di kuarantin untuk penjagaan yang rapi.

Kemain seronok kawan aku ni ber selfie dengan kambing-kambing tu yer!


Kalau nak bagi makan, boleh beli rumput kat kekakak tepi tu dengan harga RM 1.00 bagi seikat rumput. 
Kebuloq bak angg kekambing kat sini. Seram aku nak bagi makan mangsa-mangsa kebuluran itew, hew hew

Please, Bring Me to The Heaven ^_^..

Kemain sayup je puncak Gunung Kinabalu dek kerana di tutupi kabus sepanjang hari.
Aku tak ketinggalan untuk merasai susu segar berperisa Coklat RM 3.50 dan susu segar RM 3.00 .. Sedap gila wehh, rugi tak cuba.. nyumyss ^_^..
(kalau tak salah la harga tu, lebih kurang la.. Sebab kawan aku yg bayarkan, so aku tak bape henggat.. huhu)

Aku eksaited gila kowt masa nampak lelembu ni.. Walhal selalu je tengok lembu.
Mungkin sebab dalam otak aku ni dah set yang lembu susu ni hanya terdapat di New Zealand je. Tu yang bile nampak kat Malaysia, tu yang jakunn tu.. hahahak

I wish you were here, seat beside me. But you choose to betray me man! ;'(

Aku dah lame sebenau nya nak posing macamni. Walaupon hazabedah je aku tengok. KBai. hahak :P

Okeh daa, Lepas dah puas bergambau kat sini kami terus pergi ke Hot Spring kat Ranau. Sebab ade member aku kat sini cakap rugi kalau tak pergi. Maka ktorang pon gigih la redah pakai waze. Dalam sejam gak la perjalanan ke situ. Kat Hot Spring pon kena bayar RM 3.00 (kalo tak silap, lupe.MAAP). Tapi kalo rakyat tempatan dapat lagi murah. Pastu ktorang mandi kat air terjun dulu. Aku lupa la ape ke namo eh air terjun tu. Konon nak naik jambatan gantung, namun rasa tak terdaya je nak menapak jejauh. Kena bayar lagi tuh RM 5.00 kalau tak salah.kalo salah, maap.Lepas mandi air terjun, baru ktorang berendam kat air panas. Tekejut2 badan kejap sejok, kejap panas. hahak 
*malas nak letak gambo kt situ sebab muke hazab nau dah, gambar sekeliling plak amat seksa* huhu

Lepas rasa macam nak pengsan dah sebab tido sejam je kan, maka ktorang bergegas balik ke kiram village untuk check in. Masa otw balik tu, ktorg lalu kat Taman Reflesia. Niat di hati nak singgah, sebab aku teringin nau nau nak tengok depan2 mata bunga tu, tapi ape kan daya dah tak bermaya langsung. Dah nampak katil je kat mata ni wehh..

Lebih kurang jam 5 petang baru check in. Kepale memang dah ting tong sangat dah. Sampai je bilik, dah la air sejok gila. Semua la sejok. Ktorang delivery nasi goreng cafe bawah tu, pastu terus tido dalam pukul 7.30 malam. Awal gila tido. Jam 6 petang pon dah gelap dah.


Oh, Lupa nak bagitahu. Kami duduk di bilik potato. Sebab aku request untuk twin sharing. Cute kan nama-nama bilik kat sini. Vege semua nya.hee

Kekonon nak check out kul 7 pagi sebab nak bergegas ke KK, malang nye telajak tidoq dek kerana sejuk nau. Maka ter check out lambat. Bye2 kundasang. Senang-senang nanti kita datang lagi tau.

Ni la Bilik Potato kami.. Semput naik tangga weyy sebab bilik ni je yang tinggi. Bilik yang kami duduk ni RM 90.00 je per night. Jimat, hee
Bye Kiram Village

Masa Perjalanan turun ke KK tu, ktorang plan nak singgah ke Rumah terbalik. kat Tamparulli. Aku ingat besau nau ler tempat nye, rupanya kecik je laa. Masuk RM 10.00 untuk rakyat Malaysia. Nanti akan ade orang dalam tu yang akan terangkan apekah simbolik di setiap barang yang di letak kan secara terbalik. So dengar je la dan kat dalam tu tak boleh amik gambor yer. Tapi ktorang.. *krikk krikk krikk* hahak *tutopmulot*.. Okeh, ni je gambo2 yang ktorang amik :p..

Yeayyy.. Berjaya pon sampai ke Rumah Terbalik ni.. ^_^


Eh Eh.. Aku yang terbalik ke, kereta tu yang terbalik.. Kereta ni je yang ade kat blah depan, so memang ni je la pon yang semua orang boleh amik gamba.. Sekian.. tehee

I wanna Fly!!
Ni masa otw turun daripada kundasang ke KK. Mase nak balik la baru nampak Gunung Kinabalu ni, semalam nya berkabus je. Terus macam orang gile berhenti tepi jalan dan posing tengah-tengah jalan. hew hew

Nak singgah kat Kinabalu Park pon tak sempat. Adess -.-'

Masa ktorang sampai bandar KK tu dah hampir tengah hari. Cita- cita aku kat KK ni hanya la nak pergi island hoping je. Sebab dah lame gila tak pergi. Aku dah gian gila nak bersnorkling. Tu yang plan konon nak gerak awal, last2 sampai lambat. Masa sampai di Jeti Jesselton tu dah jam 12.00 tengahari. Kitorang terus pegi ke kaunter paling depan. Tapi abang tu kate kalo dah tengahari ni tak boleh pergi 3 pulau, kalo nak pon boleh pergi 2 pulau sahaja. Iaitu di Pulau Sapi dan Pulau Manukan saje. Jadi laa

So daripada kempunan, ktorang pon sebat je la. Abang tu kate bot akan bergerak jam 12.45pm, masa ktorang nego2 tu dah kat 12.30pm. Aku pernah review, dorang cakap boleh nego harga. So dengan gigih nye aku merayu-rayu dan buat muke kesian, sampai la abang tu bagi murah sikit. Naik bot ktorg dapat RM 50.00, dan RM 10.00 untuk sewa peralatan snorkling. so total semua RM 60.00. Aku tak tahu la kalo ade orang dapat lagi murah. hew hew. Memandangkan masa suntuk, aku dengan gigih nye tukau baju dalam kereta je.. Muahaha *tolong jangan tiru aksi iteww yer kengkawan* ahakkss.. 

Wehuuu, I am Happyy 
(sebab aku memang suka nau nau naik bot)

Daripada dulu aku memang teringin nau nau nak naik parasailing ni. Kami pergi ke pulau Sapi dulu. Setelah tawar-menawar dengan abang pulau tu, akhirnya dapat la RM 75.00 seorang. Yang best nya kat pulau ni kite naik daripada atas bot di tengah-tengah laut. Kalau dulu aku pergi langkawi tu kene naik daripada tepi pantai dan RM 90.00 pulak tu. So dulu tak dapat naik, kali ni aku tak sesekali melepaskan peluang itew, hew hew. Seronok wehhh ^_^. Rugi tau kalo tak try, hik hik. 

Best nya dapat snorkling, wehuuu..

Tapi kat Pulau Sapi ni hanya dapat bersnorkling di pesisiran pantai je la. Tak de la best sangat macam mase aku snorkling kat phi phi island dulu. Tu lagi best sebab snorkling kat laut dalam. Tapi ni ok la gak kan, daripada takde.. Dapat gak la tengok ikan-ikan yang cecomel dan menarik, jyeahh. Aku sewa alat snorkling lain, sekali ade orang lain rembat masa ktorang tinggalkan mase pegi parasailing. So ade brader diver ni dengan baik hati bagi pinjam die punya alat ni. Punya la wangi bende alah die ni, sembur minyak wangi ke ape. hahakk. Lepas daripada tuh aku pon plan nk beli alat snorkling sendiri sebab geli plak nk share-share wehh.. huhu.. Kami di beri masa selama lebih kurang 3 jam di sini.


Ni kat Pulau manukan. 

Kami di beri masa 1 jam saja di sini memandangkan kami dan habiskan masa yang lama di Pulai Sapi. Kat sini snorkling tak berapa nk syok la. Sebab yang banyak ikan hanya la kat bawah jambatan. Maka ramai la manusia yang berlonggok di bawah jambatan. Dah macam mat pet je, huahua :p. Abang bot kate 4.30 ptg mesti semua orang da kene bergerak balik ke jeti. Baru nak fefiling tengok sunset, cess abang ni. :p

Aku dengar kat KK ni memang orang gila sikit makan seafood ni. Tapi aku bukan la pengemar seafood, tapi boleh la. Kebetulan aku ade mmber duduk area KK ni. Maka diorang telah belanja kami makan seafood. Wehuu. 

Rambang mate wehh nak pilih segala jenis banyak seafood yang seksi di depan mate ini melambai-lambai. Tapi aku serahkan pada kawan aku yang lebih pakar memilih, sebab aku ni teror makan je. haha. Tapi aku teruja nau tengok kerang yang besar gile. Macam kerang mutan wehh.

Gambar lepas masak tak hado sebab dah tak sabau nak melahab. Terima kasih Maya dan encik suami sebab belanje weoalss. Alhamdulillah 
Lepas dah kenyang terus balik tidoq. Kat KK aku duduk hotel bajet je, nak save cost. Aku stay kat Sri Iskandar Hotel je, RM 90.00 per night

Hari Terakhir misi kami hanya nak jenjalan di Pasar Philipine saje. So ktorang check out dalam jam 10.00 pagi dan terus ke pasar.

Nak beli Ikan Bilis pon stress wehh, Sebab rambang mate dan rasa nak beli semua. Kalo Ibu aku ade lagi, mau aku beli kan ibu stock untuk 5 bulan ni. huhu. Memandang kan bajet dah tak banyak, aku beli sikit je la. Yang penting Ikan Bilis 1 kg baru RM 10.00 okeh. Aku beli kat mydin sepeket kecik pon dah RM 5.50. hahak :p


Ni la kakak tukang kedai yang gigih melayan ktorang selama berejam-rejam untuk meyakinkan ktorang beli kat die je. Sebab kalo kite beli kedai asing-asing, kite tak kan dapat kotak. Unless kalo hengko gigih bawak kotak sendiri, huhu.. Thankz kakak Ratna , sebab bagi kata-kata semangat kat kite yang baru putus cinta ni, huk huk.. Doakan kite jumpe jodoh yang kacak yer kakak, tehee.. Aku tak ingat la kedai akak ni No berapa, tapi kedai depan die ni nama abang remy yang beria nau tolong akak ratna ni untuk make sure ktorang beli. Kalo sesapa pegi jumpe kakak ni nanti, bagitahu anis kirim salam yer. hee ^_^

Okeh KK, till we meet again
Cute kan kapal maswing tu, aku teringin nak merasa naik kapal kecik-kecik ni. Tapi belom bekesempatan lagi. Flight balik ni aku saja amik yang ade transit labuan. Saja aku nak merasai macamne kalau transit tapi selenge duduk dalam flight tak keluar selama lebih kurang 40 minit. Tapi slack nye kapal ni takde tv weh. Bosan giloss. Tobat tak nak lagi amik flight yang berhenti sebentar di labuan ini.

Pasni rasa macam nak datang lagi la. Maybe untuk misi daki gunung plak ke *aceh*. Tapi kene gigih la training dulu kan, mau sempot aku karang. Da la sejuk gile.

Okeh, itu saja sedikit perkongsian mengenai trip ke kundasang dan KK. Harap dapat membantu sesapa yang gigih servey sebelom pergi trip tuh *macam aku haritu*. 

Sila jangan muntah dek kerana entry yang panjang ni yer. Sebab aku nak update sambungan entry ke saigon aritu sebelom aku pergi trip lain. Maybe next trip aku akan update terus sebab kalau dah lame balik ni banyak yang tak hengat. hew hew

Terima kasih awaa awaa yang jelita dan kacak sebab bace saia punya leteran.
Muah Ciked :*.. 

Assalammualaikum..

But Last, Nah.. Gambo acah-acah di tinggalkan kekasih yang sendu dan layu di tasik madus *tu tangan kawan aku tu tau, cute tak..hew hew*


OKBAI!


5 comments:

  1. Bestnyeeee..i loikeerr..rs nak g kundasang lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kann.. aku dulu pon teringin nau nau nak g. Berjaya pon smp. Alhamdulillah..hee

      Delete
  2. waah..vote utk pic terbang & follow me to...
    dah lama teringin nak g Kundasang ni...tapi tulah takde partner..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cari member yg suke travel gak. baru syiokk..hehe

      Delete
    2. kene cari member yg suke travel gak. baru syiokk..hehe

      Delete