2.8.18

TRIP PERTH 24 APR - 2 MEI 2017 6H5M (PART I)

Assalammualaikum uoalss..

Bertemu kembali kita setelah lamaaa sangat tak update blog, hwuaaaa.. T_T

Entah orang hengat lagi ke idokk ek blog hakak ni kan.. 

Untuk kali ni, aku nak update trip ke Perth aritu.. Opss, trip tahun lepas..hehehe ^_^..

Seperti biasa, bermula 2 3 tahun lepas, aku akan pastikan aku akan keluar pada setiap 1 Mei, yakni cuti Hari Pekerjaa.. Tak kisah la kalau travel gonjeng sendiri ke atau travel sebab kene keje ke takk kezzaaahhh laa.. Yang penting haruusss keluar daripada Mesiaaa.. Coz i deserve to get that, gituewww huhu.. (ehem, tahun ni hakak sambut kat Spain uoalss, nanti soon i'll update next entry ok) ^_^

Trip Perth kali ni antara group kecik yang tersikit pernah aku bawak, hehe. Mungkin sebab ramai orang dah suka pergi sendiri kot. Ni first time aku pegi negara Australia, dulu dapat offer pegi Sydney n Melbourne, tapi ada hal yg tak dapat di elakkan pulekk. Maka, Alhamdulillah dapat pon pergi. Antara tempat yang aku teringin nak pergi sebab nak tengok dolphin. Alhamdulillah dapat tengok, Yeayy..

HARI 1

Kami menaikki kapal Malindo untuk ke Perth. Ni merupakan pengalaman pertama aku naik Malindo. Not bad laa, seat yang luas dan makanan yang boleh tahann la best. 

MashaAllah, So Beauuuuuutiifuulllllllllllll!!!!!!!!!!!!!!!

Jangan tanya la kenyang ke tak, memang tak la weyyy!!! hahaha.. 
How i miss middle east's flight food.. huhu

Aku memang agak teruja laa nak pergi ke Perth ni sebab ni merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Australia. Dalam teruja tu aku cuak gak la sebab semua orang cakap imigresen deme ni ketat namateyyy kan.. Tapi don't worry, selagi hengko tak bawak bende-bende terlarang, okay je boleh lepas dengan mudah..

Okay, aku akan beri beberapa tips yang dapat membantu para pelancong mana yang first time macam aku aritu la kan. Harap-harap dapat membantu sebab aritu pun banyak aku study daripada blog-blog berkenaan prosedur-prosedur masuk Ausie ni. Tapi lain orang, lain laaa pengalaman die yer. Apa yang penting kita perlu ikut peraturan dorang tau, hengko jangan main nak ikut kepala sendiri lak, mateyy la kene hidu dek hanjing besau deme nanti, huahua..

Perkara yang paling penting adalah, tak payah susah payah bawak 2 perkara penting yang boleh di katakan antara bahan yang di harom kan masuk ke dalam negara Ausie ni yakni, segala produk tenusu dan buah-buahan or makanan fresh. Kalau daging tu, bila dah di proses macam jadi serunding ke sambal tu ko perlu packing die helok-helok atau beli serunding kat kedai yang packaging masih cun tu boleh je bawak. Aku rasa belum ade orang buat keje gila lagi bawak daging mentah pegi ausie kot, haha.. Beli je la kat sano woiii!! -.-'.. Tapi katakan ko terbawak juga apa-apa produk tenusu atau terembat buah-buahan dalam kapal terbang masuk ke Ausia, ko WAJIB declare kat borang declaration deme yang akan diberikan masa dalam kapal terbang nanti.. Macam aku, aku tick je semua bende walaupun aku hanya bawak Meggi Ayam je wehh.. Biar kan kita tick, tapi bende takde daripada kita tak tick tapi benda ada sama ada dalam bentuk sempurna mahupun ade 1% dalam bahan makanan ko.. Sebab nanti kalau ko kantoi bawak tapi tak declare, makanan kau akan di buang atau ko akan di denda, bayau la ko sebijik epal dengan harga RM 1K(kes ni cust member aku pernah kene tau!) , *padan muke:p*huahua.. Kalau setakat ubat tu takde masalah, cakap je bawak panadol, deme ok je. Lagi 1 sekarang ni korang kena juga declare berapa duit cash minima dan maximum yang kau bawak. Kalau tak salah min duit cash ko mesti 1K ausie dollar, dan max 10K ausie dollar. Masa aku pergi tahun lepas belum ade min cash lagi, sekarang dah ada. Tak kisah pun berapa duit yang kau bawak, yang penting segala kejadah semuanya wajib declare ok!. Aku rasa clear kot pasal borang declaration dan bahan-bahan yang dilarang bawak masuk..
....

So yah, berbalik pada trip. Kami check in pagi sebab flight dalam lebih kurang jam 8.25 pagi macamtu, dan tiba di Perth lebih kurang jam 2.30 petang. Penerbangan hampir 6 jam, di Perth tiada perbezaan waktu, sama saja timing dengan Malaysia.. 
Orang kata imigresen ni nasib-nasib, macam aku dapat yang ok dan tak banyak cekadak, so kejap je la dia tanya-tanya. Macam cust aku ade yang dapat banyak tanya, bila dorang sangkut tokleh jawab, deme panggil aku. Aku lak tak faham apa sebenarnya yang diorang tanya. Bukan aku tak faham english, tapi ayat dia bebelit. Tanya laa bende simple sikit. Tapi sapa yang pegi Ausie confirm fenin dengar english deme, macam orang kelantan cakap melayu weh! hahak.. So far sepanjang pengalaman aku, ade la beberapa kali sangkut-sangkut kat imigresen ni, tapi aku pun tak sangka aku boleh hadap semua tu dan selesaikan beberapa kekeliruan semasa di imigresen walaupun bila mana aku kene panggil as Tour Leader, aku cuak namateyy wehh.. Rase cam nak jerit, "daddy, help me!!" huahua..
Ni beratur di Imigresen..

Ni pulak beratur untuk kastam check beg, hamekk ko beratur panjang berejam. haha ^_^


Tapi untuk makluman uoals, beratur kat kastam yang cek tu kemain lama ohoiii, hampir sejam lebih laa.. So total daripada airport nak keluar hampir 2 jam.. Yang aku pelik, aku sorang je kene beratur tempat kene bukak beg, group aku yang lain semua kene beratur tempat kene hidu hanjing besar gile tu. huhu. Tu area tempat di mana beg di bukak dan barang di buang (aku la tu yg kene, dah la berat nak pikul beg naik atas kaunter die tu), belah kanan pulak area anjing hidu.. Kat depan tu nanti akan ade orang yang akan asing-asingkan kita. Tak tahu la ape beza die pisahkan macamtu

So, dah settle semua nya, kami pun terus menuju ke Perth City yang ambil masa lebih kurang 2 jam, depends on traffic laa.. So kami terus check in hotel,lepak-lepak jap then malam tu turun untuk makan malam.. Untuk pakej Perth kami, kami tidak menyediakan makan malam. Hanya untuk malam di hari pertama sahaja.  


Sepanjang kami berada di sini, kami stay di hotel yang sama ni sahaja, The Season of Perth, Perth City. Ramai je orang Malaysia stay area sini sebab sini semuanya ada, restoran halal banyak, kedai souvenir, kedai supermarket, dan station bas yang free pusing-pusing kawasan area sini. Pendek kate best gile la stay kat sini.

HARI 2

Pepagi lagi kami dah keluar untuk sarapan pagi. Kami makan di kedai makan macam ala2 kedai ikhwan macam kat area ofis kami kat Putrajaya dah rasenya, huhu..






 
Pergh, layan weh makan nasi lemak kat oversea, haha. Esoknya kami makan mee goreng, lepas tu roti canai dan tu je la hari berikutnya. Pendek kata memang selera la masing-masing makan lauk melayu ni kan. Feel like home uoalss ^_^..

Trip Perth ni antara trip yang paling santai sangat-sangat. Sebab kebiasaan nya kami akan pulang awal ke kawasan hotel, sebab saja nak bagi customer semua feeling jenjalan area Perth City tu, lepak-lepak cafe, beli-beli souvenir sebab kebanyakkan kedai-kedai di kawasan Perth ni tutup awal. Kire jam 7malam tu hampir semua kedai dah tutup dah. Cume ada beberapa kedai je la yang akan tutup lewat sikit..

So, hari kedua ni kami bertolak ke Rockingham. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam daripada Perth City. Di Rockingham ni kami pergi melawat ke Penguin Island. Kat sini ramai yang expect ada berjuta-juta peguin sedang tersadai di tepian pantai macam dalam movie tu, namun tiada punnn. hewhew.. kat situ sebenarnya pulau yang menempatkan baby-baby penguin. Kira macam tempat pusat pemuliharaan spesis penguin la gituhh.. 


Comel je kan baby-baby penguin ni. Masa ni orang tu bebel-bebel ape entah kemain lamo lagi sambil beri makan kat dak-dak kenit ni. Geram rase nk picit-picit je tau

Sebelum tengok penguin-penguin tu, kami menaiki cruise untuk bersiar-siar di kawasan pulau ni dulu. Yang banyak bersidai kat sini adalah singa laut. Kemain terdampoo semua singa laut tu ber 'sun bathing'. Ikan dolphin ada juga, tapi kat sini macam wild dolphin. So kire macam kene hunting dolphin tu baru jumpe. Dolphine ni akan muncul bile ada gelombang air laut tau, so bot tu pun macam drift2 bot untuk hasilkan gelombang tu, fenin woii kepala ktorg tepusing2, haha


Kemain tu hah singa laut ber sun bathing memasing terdamporr di tepian pesisiran pantai gituh.

Tak dapat tengok dolphin dapat tengok singa laut golek2 dalam air pon jadi laa


Cantek nyeee batu tu bentuk ikan paus


Ni jalan masuk ke Penguin Island


Kami spend time hampir separuh hari di pulau ni. So kami dah siap-siap pack lunch untuk makan kat island ni. Tapi island ni langsung takde tong sampah tau dan di haromkan buang sampah. Hengko dah makan pandai-pandai la simpan untuk bawak semula ke seberang sana. kalau tak nak pegang lelame sampah, dalam bot nanti pon ade tong sampah. Memang layan la makan lauk melayu pekena kari ayam dengan view die yang cantek dan cuaca yang nyaman lagi syiokkk. Heee

Masa perjalanan pulang, kami singgah Masjid Rockingham ni untuk solat. Sangat selesa dan cantek, masjid ni dalam kawasan taman. Sepanjang trip ni 2 kali kami solat di sini.
Lepas solat kami terus bertolak pulang ke area hotel. Memandangkan kami pulang awal, so ape lagi aku pun round2 la kawasan tu dah start usha-usha souvenir semua dan jalan-jalan kat kawasan kedai semua tu. Best gak weh, sangat selamat je walaupun aku krikk krikk je jalan sensorang, hehe

HARI 3
Pada hari seterusnya kami pepagi dah keluar untuk ke Caversham Wildlife Park untuk lihat kangaroo, Koala Bear dan haiwan-haiwan lain serta farm show. Perjalanan ke situ yang mengambil mase lebih kurang 1 jam 30 minit bergantung pada trafik. Dalam lebih kurang jam 10 pagi lebih kurang kami dah tiba di kawasan ni. Mesti jaga timing sebab kita dah set timing dengan orang yang akan jadi guide of the day untuk group kami. 

Kemain tinggi lagi guide kami kan, senang nak nampak die kalau kita tertinggal kat belakang di celahan manusia yang ramai. Hehee

Setelah jumpa guide kami, die pon bawa kami ke seluruh kawasan ni. Untuk farm show tu ada timing, so make sure kejar ke situ dulu. Kalau tak kene tunggu next show la jawabnya. 

Farm show ni dia tunjuk la camne nak cukur bulu-bulus kambing biri-biri tu dengan mesin dia tu. Bebulus tu la yang die gunakan untuk buat baju-baju sejuk tu. Pastu die tunjuk kambing bebiri tu belari-lari dan datang semula bila dia panggil. Kambing pun paham bahasa la woii! haha..

So habis je tengok farm show ni, kami pun pegi la tengok binatang-binatang lain. Macam Koala Bear, Wombat, Kanggaroo dan lain-lain lagi

Koala Bear ni kekwat namateyy wehh, dah la keje tidooo je dalam hidup dia. Dia berjaga kejap je, tu pun cam mamai2 je. Masa orang lain amik gambar dengan dia, elok je die melekap kat pokok belakang tu, tibe turn aku terus dia dah lembik lemah gemalai nak terjatuh daripada pokok tu dah. Terus orang yang jaga tu dukung dia. Pehtu baru nak acah-acah bermanja dengan aku sampai cium tangan aku tanda mohon maap di aidilfitri letuw. haha 

Binatang ni pulak nama dia Wombat. Aku tak tahu la die ni spesis amende entah sampai ramai yang beratur panjang dan kene ade orang yang pangku dia. Dia pikir die comel letew, caitt!

Aku memang teringin gila nak tengok kanggaroo depan mata sendiri sebab selama ni tengok gamba orang lain je kan. Akhirnya tercapai juga hajat hakak nak acah2 bagi makan Kanggaro atas tapak tangan. Memula macam acah berani, tapi bila tengok mulut dia dengan ayaq liur meleleh terus aku geli. Daripada nak acah-acah bagi makan atas tapak tangan terus tercampak makanan tu atas tanah, pepandai la hengko nak makan sendiri yo. Hahak

Lepas aku dah tercampak makanan terus dia pandang paiseyy kat aku weh. Lantas aku ajak la dia selpie bang sebijik dua. Maka dia pun buat la muka tak kuasa nak melayan aku sambil acah tertunduk malu sipu2 gitu. Hengko pun kekwat eh. Cehh! haha ^_^..

Lepas dah bergulamang dengan pelbagai spesis binatang dalam ni, maka kami pun keluar setelah hampir 2 jam jugak la kami jenjalan dalam ni.

Apa daa orang yang tukang amik kan gambar ni, tolong la ejas kan kami bagi balance dengan tulisan atas tu. Padiaaa senget wehh -.-'

Lepas dah penat berjalan dalam zoo tu, kami pun melawat tempat coklat ni. Jangan tanya la coklat ni boleh makan ke tidak, pepandai la tengok ingredients die kat belakang cokelat tu yer sebelum beli. Maklum laa, camne nak cakap bende dah banyak-banyak bercampur kan. Cadbury dulu jual kat masia pun di ragui kehalalan nya, apetah lagi cokelat kat oversea kan. Nak beli, beli je. Tak nak beli terpulang la yo
Nampak sedap tapi tu laa, tak tahu la boleh makan ke tidak, huhu
Memandangkan semua cokelat macam tokleh makan je kan, maka nya ktorg lepak depan pintu masuk dok makan cokelat free tester ni je laa.. Hahahaha (Dasar org msia suke yang free dan murah sokmo) huahua :P
Ni bangunan depan kilang cokelat tu. Aku nak amik gambo depan papan tu, tapi ade mamat ni tak sudah-sudah bergambo buat macam-macam gaya sensorang feeling. Lame tunggu sampai kesudah tak habis-habis lagi, last-last aku blah je la. Jenuh nak tunggu orang begambo tak sedor diri ni.

Lepas tu, kami dibawa ke restoran makanan melayu untuk makan tengahari. Aku yakin, semua manusia memang susah nak lari daripada fitrah tekak original sendiri, walau jauh mana pun travel tetap makanan asli sendiri jugak yang menjadi pohjaan tekak kita kan. Kami makan di Satay On Charcoal, owner dia orang melayu juga. Kalau sapa ke Perth, boleh la try makan di sini nanti yer. Air sirap bandung die thorbaik namatey woiii.. Adehh, rindu lak ayaq bandung kat sini. huhuuu
                              

Aku sebagai Tour Leader harus lah makan bersama driver, dan 2 orang wakil daripada Ground operater kami iaitu Mr Saito dan lagi sorang aku lupa apa nama abang tu. Abang tu dah menetap di Pert lebih kurang 10 tahun dah. Terus aku pun rasa nk migrate sini gak kelak, haha. Mr Saito ni sayang betul dengan aku sebab setiap kali orang bawak group ke Perth lepas trip ni, dia akan kirim vitamin untuk aku. Haha. Mungkin aku nampak macam kurang vitamin kot, hehe. Lap u Mr Saito ^__^..

Lepas makan, kami terus ke Watertown Brand Outlet Center untuk shopping. Tempat ni berdepan dengan Perth Arena, yakni tempat retis2 luar yang datang buat konsert kat situ. Sebulan sebelum tu baru Justin Bieber datang buat konsert kat situ woii. Why you came too early Bierber, Y!! T_T
Gambar ikhsan Pokcik Google sebab aku lupa nak amik gamba depan camni, Huhu

Sampai je kat Outlet, aku pergi cari tempat untuk solat dulu. Apa pun terjadi, solat perlu didahulukan kan3.. So, for those yang datang sini boleh ke Office ni untuk solat. Ada bilik untuk solat disediakan. Baguskan tempat ni, kat oversea pun mudah untuk solat. Jangan bagi alasan eh. Nak dengan tak nak je hengko tu nak solat, tehee 
Ni kaunter depan ya..kalau ada orang depan tu korang just tanya je nak guna Prayer Room. 


Sejadah pun sudah di sediakan ok uoalsss, so dunchuwory yaa

Lepas dah shopping, kami pun terus pulang ke hotel sebab dekat je. So balik awal ape lagi, aku gonjeng la sensorang kat kawasan ni amik angin petang sensorang. Syiokk wooo!!!

Hari seterusnya aku akan sambung next entry laa.. Aku tak nak buat entry pepanjang dah sebab ade orang penah tegur, 'amende panjang nau ko nye 1 entry ni?' hahakk.. So see you next entry, kbaii ~~ ^___^..

Chow chin chaw ..

4 comments:

  1. hai. wah seronoknya dapat berjalan ke negeri orang. jauh perjalanan luas pemandangan. paling excited tengok makanan nasi lemak dekat oversea tu. hahaha. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 112

    ReplyDelete
  2. anis aku nk share citer perth ko ni eh blh?hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. share je laa, di alu-alukan.. memang aku buat blog untuk orang bace n share pun. hehehehe ^_^

      Delete