26.10.17

EUROPE TRIP (LONDON) 13H10M PART 4

Assalammualaikum..

Bertemu kembali kita dengan entry yang terakhir untuk trip Europe London kita pada kali ini.(fiuhh, habis pongg. haha ^_^)

Ini link entry yang sebelum ini
PART 1
PART 2
PART 3
...............


Hari sebelumnya, kami menaikki Euro Star daripada Bruxelles Midi Station ke London St Pancras Station yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Waktu di London akan lambat 1 jam daripada waktu di semua negara Eropah yang lain. Kami bertolak dalam jam 7.00 malam, dan tiba di London pada jam 8.00 malam waktu London (tempoh 2 jam)..



Ni masa di UK Border Control untuk pergi ke train. Dah masuk dalam tu, just tunggu je gate buka untuk masuk ke dalam train.


Masa gate bukak je, kena tengok dulu kita gerabak nombor berapa. Sebab die panjang dan mana yang dapat gerabak jauh memang kena jalan laju sikit.  Perlu rushing sedikit untuk memasukkan segala beg-beg ke dalam gerabak kerana pintu hanya di buka 15 minit sahaja. So make sure dalam tempoh tu kene manage betol2 sapa yang bawa family ramai tu untuk bawak masuk segala barang dan beg dahulu. Kita boleh masuk daripada mana-mana gerabak sebab dalam tu kita boleh tembus semua gerabak. Tapi kena la duduk seat dan gerabak yang betol. Sebab di atas boarding pass tu ada tertera nombor seat kita.




Kemain legaa lagi bila dah settle masuk beg dan susun di tempat barang yang agak terhad tempat nya tu. Tau la beg masing-masing memang dah berat, tu agak letih untuk menguruskan beg dalam tu. Mujur dalam group kami ni ramai lelaki yang gagah perkasa yang membantu menguruskan beg-beg kami semua. Terima Kasih sangat atas kerjasama semua. ^____^

Masa bosan-bosan tu aku saje la jenjalan tengok cafe dalam ni. Ade la mat saleh lepak2 dalam ni, tapi aku takde la beli ape pon. Just tengok-tengok je jalan ke semua gerabak. Heee


Wee, dah sampai dah ke Station nye. Macam KL Sentral la lebih kurang rupenyee. Hehehe

London St Pancras Station


Keluar je daripada kawasan dalam train tu, belok je ke kiri terus akan nampak Currency Exchange ni untuk sesapa yang nak tukar duit daripada Euro ke Pound Sterling. Bertentang dengan kedai ni ada toilet.

Sampai di London, bus dah tunggu untuk pick up dan kami terus menuju ke Hotel untuk check in. Kami menetap di Holiday In Hotel di Wembley. Pada sesiapa yang nak stay kawasan ni memang agak jauh sedikit untuk ke Oxford Street dan kawasan bandar London yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, bergantung pada keadaan trafik. 
 Ni la Hotel Holiday Inn yang kami stay untuk 3 malam. Best jugak la stay kat sini. 

Di London ni, kalau stay kat hotel area bandar memang seronok sebab dekat dengan tempat-tempat nak shopping, namun bilik nya agak sempit sedikit. Kalau nak hotel yang selesa sikit macam hotel ni, tapi jauh sikit daripada bandar. Ah, gituew la citenyeee.. Melainkan orang yang kayo rayo tu duduk la hotel mahai sket area bandar tu..

Hotel ni terletak betol-betol berhadapan dengan Stadium Wembley. Kawasan ni banyak kedai makanan halal dan kepci sini pon halal, hehee. Aku rase macam best gile kemaruk macam dah lame tak makan kepci bile dapat makan kat sini. huahua. Sebelah hotel tu pon ade outlet untuk sesapa yang malas nak pegi jejauh, pon boleh shopping kat sini. Untuk nak ke bandar, bedekatan dengan hotel ni ada station train untuk ke seluruh kawasan di area bandar London tu. So jangan risau untuk bergerak ke mana-mana mengunakan kenderaan awam yer uoals. ^_^..


Tuuu diaa, Stadium Wembley. Kebetulan masa petang ni ada perlawanan bola Manchester United Vs Everton. Masa tu MU la menangg. ^___^. Kemain riuh lagi weh, balik makan kepci tu lak bertembung dengan semua orang dalam stadium tu berlari keluar daripada stadium sebab nak kejar bas.hehe
Kemain nikmat lagi weh dapat makan kepci kat oversea. Perghhh. Kat luar pintu tu ada tulis *HELAL*.. Kita yakin je, masuk, beli dan bedal makan je laa. haha

HARI 9

Hari ini kami berpeluang untuk bersiar-siar di kawasan bandar London. Day tour pada hari ini kami mempunyai Tour Guide yang ikut sepanjang hari iaitu En Wan. En Wan orang Malaysia yang dah lama menetap di London. 

Antara tempat yang kami rancang untuk dilawati adalah House Of Parliament, Big Ben, Westminster Abbey, Trafalgar Square, Bungkingham Palace & Tower Bridge. Namun, tidak semua tempat yang kami turun untuk begambar atau melawat. Kebetulan hari yang kami melawat di bandar tu, macam-macam pulak event ada kat situ. So, banyak jalan tutup dan keadaan bandar agak sesak masa tu. Kebetulan juga, Obama pulak buat lawatan ke London masa tu dan esok harinya ada larian ape entah yang menyebabkan banyak jalan di tutup. Adehh -.-'

Wee, Group Photo Poto Travel In LONDON!.. ^_____^
Kebanyakkan group akan berhenti di sini untuk tangkap gambar berlatarbelakang kan London Tower itu.



Unik sangat kan gambar bangunan ni. Tapi hakak lupee laa ni library ke, bangunan pejabat ke bangunan apo entah. huhu

  My Dream Place, come trueeee. WEEHUUUUU ^_____________________^
Geng baju merah. Yeayy

Ramai orang sangka jambatan depan tu adalah London Bridge. Namun ianya salah sama sekali yer hadek2, hakak dan habang2. Tu adalah London Tower. London Bridge yang sebenar adalah jambatan tempat aku snap pic ni. Macam jambatan biasa sahaja.

Its a London Tower guys, hehe..
 (Senget benget pulekk gambau aku snap, hadoii -.-')

Bagi la hakak can sekali skala. Ah, rinduu laaa nak g London lagiiii. 

Kemain beratur panjang lagi weh orang nak masuk ke Westminster Church London. Betul bersebelahan dengan Big Ben.


Big Ben
Ni adalah bangunan Clock Tower. Jam besar atas tu yang di panggil Big Ben.
Namun kami hanya dapat melihat daripada dalam bas sahaja, kerana terlalu sesak kawasan tersebut maka tak dapat nak berhenti. Apo kan dayaa, huhu..

Bangunan yang atas ni pula, aku difahamkan adalah merupakan tempat perbicangan untuk mendapatkan kemerdekaan antara Malaya dengan British pada zaman sebelum kemerdekaan. Rasa bangga pulak melihat bendera Malaysia berkibar di Kota London. Proud to be Malaysian .^___^

Hwuaa, sebagai peminat tegar Sherlock Holmes, aku teringin gilaa nak masuk Sherlock Holmes Museum nya nih. Namun dapat tengok sambil lalu je la daripada dalam bas. hukhuk T.T..

Yang tengah-tengah tu la En Wan, Tour Guide kami sepanjang hari di London.

Kemain berperang lagi bersesak nak tengok changing guard kat Bungkingham Palace, namun hakak tetap gigih menyelit di celahan pagau ni. Sampai bergaduh-gaduh dengan mat saleh yang tinggi menggalah sebab tak nak bagi ruang kite yang kecik ni nak selit, huhu. Masa ni mesti Queen tiada di istana kot.

Lepas dah berjalan, kami berhenti sebentar di Masjid untuk solat. Bawah masjid ni pun ada kedai makanan arab yang sangat banyak portion nya, memang kenyang la weh. Walaupun banyak, aku bedal sampai habis sepinggan nasi tu. Huahua..

Lepas dah solat, kami bertolak ke Oxford Street di mana kawasan syurga membeli belah manusia yang datang ke Kota London ni. Memang banyak sangat kedai-kedai barang branded yang ada di sepanjang jalan kawasan tersebut. Kalau nak beli souvenir pun banyak jual di stall-stall di tepi-tepi jalan tu.

Namun begitu, hakak spesis yang hanya mampu bershopping di Primark je la uoalss, huahua..
Tapi memang murah la dik non barang-barang kat sini. Baju tshirt or blouse kebanyakkan nya dalam 5 pound ke 10 pound sahaja. Tak ke macam 5 hengget 10 hengget je kan, mana tak sebakul hakak sopink. Hwuaaa, memang lokop la duit kat sini sahaja, belum pegi kedai-kedai lain tu.

HARI 10

Hari ni merupakan hari teakhir bagi kami berada di Kota London sebelum pulang ke Malaysia keesokkan harinya. 

Untuk pakej kami, hari terakhir ni merupakan hari Free & Easy. Kire tak kisah la memana pun semua orang nak pegi, janji balik ke hotel semula sahaja sudehh. hehe. Namun begitu, kami di Poto Travel juga akan cadangkan trip ke Bicester Village, atau lebih di kenali dengan Bister Village. 

Untuk trip kali ini, semua ahli kumpulan sepakat untuk ambil optional tour yang kami cadangkan itu. So, untuk hari terakhir ni kami ke Stonehenge, Bister Village, dan ke Oxford Street.


Pagi tu, kami pergi ke Stone Henge dulu kerana ada permintaan untuk ke situ.  Dah alang-alang macam free day dan tak terikat dengan apa-apa itinerary kan. Ingat kan dekat, sekali maaakkkk aiii, 2 jam wehh perjalanan nye. Memang agak panas hati gak la semua sebab jauh tak sampai-sampai, huhu. Ammppooooonnn!!!!.. 

Dah laa jauh nak pergi kat area ni, lepas bas park kat area parking lot tu, kita kene jalan sikit pergi tempat center nya. Dalam tu ada cafe untuk coffee2 dan perlu naik bus shuttle untuk ke tempat batu tu. Daripada bus shuttle tu, kita perlu jalan dalam lebih kurang 500meter kalau tak salah, baru nampak batu-batu ni dekat-dekat.
Stonehenge merupakan antara 7 keajaiban dunia. 
Memang besauu weh batuan-batuan tersebut. Sapee la yang angkat bawak naik atas tu kan, hemm

Abaikan muke aku yang serabai sebab stress jalan jauh, huahua.. 
Tapi serius cantek la tempat ni, kawasan yang sangat luas, tetibe ade batuan-batuan pelik di belakang itu..
With All the superwomen in the group

Tido ke tuu anis woiii, ish ish ish. Hahahaha

Ni last masa nak balik semula, banyak kambinnn belakang tu.

Lepas dah puas tengok batu, kami terus bertolak ke Bister Village. Ape lagii, shopping timeee ^____^

Bister Village adalah merupakan tempat brand outland (out one season) seperti JPO atau outlet yang ada dalam donia ni. Tapi memang serious agak murah la dan confirm hengko rambang mata nyaa wehh, macam hakak! huahauhua^_^..

Welcome to Bicester Village

Pada sesapa yang bajet2 teringin nau nak pakai barang branded, namun hengko tu nan hadoo je idok le kayo mana namun teringin gek sesekali nak melaram macam orang have-have kan (macam hakak letu,huhu), maka di sini la tempat nye kengkawan semua boleh sopink yer.. Memang murah-murah.. Selamat Bersopink la yoo, heee

Daripada kecik teringin sangat nak amik gambo dengan pondok telepon kat London ni, tercapai pun hajat. Alhamdulillah, heee^_____^

Jangan risau, kat Bister Village ni ada menyediakan surau, kat belah hujung  sekali blah kanan sekali, agak tersorok sikit. Kalau tak tahu boleh je tanye orang situ,  toilet pun ade sebelah tu je. So jangan risau untuk melaksanakan kewajiban kita yer sebagai umat Islam walau di mana saja kita berada..

Lepas dah puas shopping di sini, kami sempat singgah lagi di Oxford Street untuk last minit shopping kasi perabih duit sebab esok nak balik daa, hwuaa..

MARBLE ARCH

Memandangkan hari kedua berada di sini, baru sempat aku begambau di sini sebelum pulang ke hotel...

HARI 11

Memandangkan flight kami pagi, maka lepas breakfast terus dah gerak ke Airport, lebih kurang 15 minit je dah sampai airport. Driver lalu jalan tikus mana entah kemain cepat sampai airport. hehe


Memandangkan ni first time aku menaikki Etihad Airways, maka aku baru tahu kat screen nye boleh chat. Ade laa kan orang tu chat dengan kita ajak gosip time kite tengah tengok movie. Huahuahua ^____^..

ALHAMDULILLAH..

Akhirnya siap pun cerita pasal trip europe ni, walau pun setelah hampir setahun lebih dah trip ni. Hehe.. Walaupun pada mulanya aku sangat-sangat takut nak bawah trip ni. Sebab  trip europe takde guide yang follow sentiasa, mau tak cuak wehh. Tapi abah cakap, jangan takut dengan apa-apa kecuali Allah. Maka dengan kata-kata abah tu telah memberikan aku kekuatan untuk bawak trip ni, heheee..

Terima kasih pada sapa yang sudi baca dan mengikuti semua cerita dalam trip ni daripada Part 1 hingga Part 4 ni. Thanks for reading guys..:*

Ok la,Berjumpaaa kita dalam cerita untuk trip yang lain..

Stay Tune.. BYE!!^____-

No comments:

Post a Comment