20.1.14

Trip Hong Kong Disneyland-Shenzhen 5Hari 4Malam 12Dec-16Dec 2013 (Part II)

SHENZHEN

Selamat pagi kengkawan. 

Semangat pepagi bute nak menaip plak yo. So, selepas entry jenjalan Hong Kong aritu, sekarang ni cerita di shenzhen pulak la yep. Daripada Hong Kong ke Shenzhen kami menaiki bas. Lebih kurang sejam la jugak perjalanan daripada Hong Kong nak ke boarder tuh. Dengan hujan renyai-renyai dan rintik-rintik, makin mengamit tulang sejuk nye. huhu. Kami ada tukar bas untuk ke boarder. Kira antara Hong Kong-Boarder-Shenzhen, kena naik lain-lain bas. Sebelom aku pergi, ramai yang suruh aku berhati-hati di boarder. Sebab biasa nya akan sesak serta huru-hara dengan manusia yang melaut. Aku pon agak cuak gak laa nak menguruskan ahli-ahli rombongan aku ni. Tapi alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Masuk Shenzhen perlu ada visa, tapi kami menggunakan visa secara berkumpulan. So senang sikit, tak payah beratur panjang berjela. Kami berada di Shenzhen selama 3hari2malam. 

Masuk Shenzhen dah agak petang, kami terus di bawa ke Luohu Shopping Mall, so apa lagi memasing wajib la jenjalan cuci mate kan. Kat sini aku borong power bank, memang la murah tapi kualiti hampeh. Huahuahua. Jangan harap la benda yang murah akan bagus kualiti nya yer kengkawan. biahaha. Lepas puas shopping, kami pon makan malam dan check in hotel. Kami menetap di FX Hotel. Hotel nya agak kecik, tapi selesa jugak la. Lupo nak hamek gambo bilik dan hotel. hehehe

Keesokan hari nya kami berjalan-jalan di tempat-tempat barangan 'government outlet' seperti kedai barang kemas dan jed, Bamboo 
 Charcoal Market, dan kedai herba. Sepanjang hari memang sudah di ramal akan hujan secara berterusan. Sebelah petang tu kami pergi ke Window of The World. Memang agak sukar untuk berjalan sebab hujan yang sangat lebat setibe nya kami semua kat sini. Walaupon aku dah standby raincoat, aku tetap pakai payung sebab sangat-sangat lebat yer hujan nya. sejokkk pulak tuhh..huhuhu.. Sampai berasap la mulut ni bila bercakap.. huahuahu *jakonn*

So sepanjang kat Shenzhen, aku amik gamba kat sini je. hee. tempat lain takdo. Malas!. Hujan-hujan pon gigih hengko nak bergambo. Ade jemah kisah.. jyeahahaha



Hajat aku untuk ambik gambar group reramai tak kesampaian sebab semua bergegas nak naik bas dek hujan yang lebat. 
Tak mengape ler yop!


Kat dalam ni ada replika-replika bagunan-bangunan seluruh dunia. Yang sedeyhh nye Malaysia takdo pong! *Cesss*. Tapi apekan daya kan. Nengok je la Replika negara orang kan. Dek kerana hujan lebat, so kami semua sepakat untuk naik trem je, lagi mudah. Semua boleh jalan sekali harung. Tak penat nak jalan di dalam hujan sendu itu. 



Halaaa, luper la ni daripada Negara mana



Ni pon lupe jugekk. kemboja kowt! 
Maaf kan patik tuanku..huhu



Nampak tak kegigihan bersama raincoat, nak gekk bergambo. Sedeyhh!


Maafkan patik sekali lagi yep. 
Jangan banyak tanya apa nama bangunan sebab semua haku lupooo!! miahahaha. *Ape daa punye olang, pemalas nak bagi info*. Saja nak bagi korang nengok sendiri, nanti jangan lupe catit yer bangunan-bangunan tu semua daripada mane. Sebab haku memang serabut dengan hujan lebat dan berhempit-hempit naik trem. Dah macam sardin Malaysia yang di padatkan di China. Miahahaha 

Apa kata kita buat kuiz. Soalan nya, Negara manakah yang terdapat bangunan tersebut?? kojo sonang kan. Jawab ler sendiri. Teheee




 erkkk.. erkkk


Cantek nye bunga tulip ni. 
Rasa nak bawak balik tanam kat halaman rumah. Sejuk mate memandang


Bangunan tu menara condong Pisa kan? kan kan kan ???



Best nya kalo aku ada kampung halaman yang comel macamni. suweett nauu!


Air terjun ni serius macam real wehhh!!!


Ni agak owsem la. Epal-epal masak ranum yang bergolekan. rasa nak gigit..hehe


Ni kat USA kan? kan kan kannnnn??? *entam la labu*


Tak tahu. Kbai! :p


Yeayy!! Walaupon aku belom sampai Paris, tapi dapat ambik gamba depan Eiffel Tower adalah benda yang owsem!!.. walaupon made in china.. ngeee.. jadi ler ye dakk, daripada takdo.


OK, tu je aktiviti kat shenzhen. Esok hari nye, pepagi subuh shapei kami da check out untuk berkejar ke airport. Sudeh mau pulang. Nyaris-nyaris tak sempat kejau flight, aku punye ginjal dah mengigil-gigil kecuakan . hoho. Dah ler jauh yang amat. Hampir 2 jam gak la perjalanan. Boleh plak jalan tutup ler, jambatan die jamm la. Halalahh. Saja wat seramss je tau.  

Alhamdulillah segala perjalanan trip aku ni di permudahkan. Syukur!

No comments:

Post a Comment