9.4.14

KE KOREA KE KITA? (PART I)

TRIP KOREA SELATAN 6 HARI 4 MALAM 18 - 23 FEB 2014 

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera. Demi nak up tajuk entry ala2 pengembaraan wak doyok and the geng ke korea, maka aku turun kan tajuk utama nya seperti di atas. hew hew.

Dah masuk spring baru la aku terajin nak update pasal pergi korea aritu di penghujung winter. Memandangkan sekarang tengah musim hujan petang-petang, maka di kala sejuk baru la semangat ituh sampai. *padahal ngulorr*.huahuahua

Sekali lagi trip aku ni menaikki Malaysia Airlines. Flight aku berlepas lewat malam, so sebelom magrib aku dah semangat tepacak kat KLIA tu. Nak di pendek kan cite, aku sampai korea pepagi bute. Sejokk gile. Aku agak nervous trip kali ni sebab first time aku pergi mase winter, walaupon da hujung-hujung. Salji pon da banyak mencair. Tapi dia punya sejokk masih ler terasa. Tapi setelah aku buat kajian, aku suka lagi pergi masa musim sejok daripada musim panas yang membako. hew hew. Walaupon air nya bisa mematikan saraf-saraf hengko yang membuatkan hengko macam malas nak sentuh air. *jangan sampai ada yang tak mandi pulak tau!*. 

Tempat pertama, kami pergi ke tempat buat kimchi. Biase nya kami yang jadi TL ni tak di benarkan membuat kimchi. Tapi sebab ade ahli kumplan yang tak nak buat dan nak ambik gambo saja, so dapat la aku merasa buat. hew hew *padahal hengko jakun kan niss*



Hew hew. Muke orang jakun 


Ni kira makanan-makanan lain yang boleh di hasilkan daripada kimchi. Contoh seperti lempeng kimchi *sedap gila*, kimchi gaul2 dengan seafood dan lain-lain. Yang air susu dalam cup putih tu susu ginseng. rasa creamy2 dan sedap gak laa.

Lepas dah cuba-cuba buat makanan, kami pergi cuba-cuba baju traditional korea pulak. Sebelah menyebelah je bangunan nya..
               
Kita malu la nak posing-posing sangat kat situ walaupon hati ku ini meronta-ronta nak posing ala-ala heroin korea.sob sob. 
Kang ape plak orang cakap *over nya hengko niss* tehee


Tapi nasib baik merasa pakai pakaian tradisi korea ni.sempat amik gambo kat lemari baju je ler. Senang je pakai.
 Pilih la warna-warni baju yang korang nak matching2 kan yo ^_^. 
Selamat melaram 

Lepas melaram ktorang makan tengahari. First time makan makanan korea agak buat kembang tekak laa..

Lepas tu kami ke ladang strawbery. Adelah beberapa deret je yang ade. Ladang ni tertutup yang di kelilingi ladang padi yang mengering. Sama je kot cara penanaman nya macam kt Cameron Highland. Tapi rasa nya super duper manisssss!!! 
bagi up 1 gambo laa..huhu

Ni la hasil yang dah di petik sebelom di packing

Sejurus selepas itu, kami pon menuju ke Everland. Yeayyy!!!*aku lak eksaited* hew hew. Perjalanan nak ke Everland ni ambik masa dalam lebih kurang sejam kalau tak salah. Bas akan park tempat lain dan kami menaikki pengangkutan awam khas untuk ke Everland. Fefeling korean sangat bila duduk sebelah-sebelah.huk huk 


Yeayy, dapat bergambo kat pokok besar ni. hik hik


Ni pintu masuk ke Everland. Agak luas la kawasan ni. Kami di beri masa lebih kurang 4 jam untuk berjimba dalam ni
 

Aku teringin gila nak naik roller coaster yang amat menakutkan itu. nampak tak di hujung sana itu? yaa, yang ituhh..huhu. Aku rase tu antara yang paling scary di asia kot. tak tahu la kalo ada yang lebih scray daripada ni. Memandangkan takde geng yang nak naik, aku pon jadi kecut perut la kalo sensorang. Kalo ade geng boleh jerit sama-sama sambil menggenggam erat tangan orang sebelah sampai bedarah dan sambil mengucap panjang serta berselawat ke atas nabi. huhu. Maybe oneday kalau ade rezeki lagi nak naik la.hok hok * berani ke nisss* grrr...
Pada sape yang malas nak mendaki bukit dan menuruni bukit, boleh la naik cable car yang romantik ini.hehe


Aku rasa aku patut amik gamba ni 20 tahun yang lepas kot. tak pon masa umur 3 tahun. Sebab aku gigih nak begambo ni dan beratur bersama bebudak kecik. *memalukan* huk huk


Dah kalau takut nak naik yang scary2, main je la benda-benda yang tak scary. hew hew

Apa pon kat sini memang best. Pemandangan pon cantekk. kalau alang-alang da sampai sini dan suka main kt theme park, singgah laa ke sini yer.hehe

Dah penat.pehtu balik tido!



Esok nya kami pergi ke Ski Resort. Wehhuuuu!!!. Seronok nya first time nak main ski. Mungkin aku jakon, sebab kat kampung aku takde pon snow-snow ni. Mungkin ada orang yang da biase main kan. Hadee aku kisahh!! hahahak 


*Wink2*. Lenguh gila kaki dan tangan ni bergolekan seperti snow ball yang jatuh bergolek. hew hew. Gigih tau nak angkat kaki yang berat tuh.Tapi ktorang tak la main kat pergunungan tinggi itu, hanya la di bukit rendah saja di belah tepi. ahakzz


Ni la satu-satu nya gambar secara berkumpulan yang kami sempat ambil. kat tempat lain semua tak tefikir nak ambik kot.hehe

Lepas dah penat main ski, kita main masak-masak pulak yer.jeheee


Gaul cik kiah, jangan tak gaul. tehee
Kebanyakkan makanan kat sini semuanya kena gaul-gaul begini yer puan-puan.

Ok la, setakat ni je la dulu yer cerita untuk kali ini. Akan bersambung di episod seterusnya. Di harap sabar menanti. hik hik

2 comments: