19.5.14

INSAN YANG TELAH DI LUKAI

Benda yang paling aku takut, tapi itu yang selalu terjadi.
Bila aku tanya kenapa, kenapa dan kenapa pekara berat ni jatuh pada ku, seolah-olah aku menjadi orang yang tak beriman pula..
Tapi banyak mulut seakan-akan mengutuk, mengeji, gembira atas kedukaan aku ni, aku mula alpa kembali..
Aku mula salahkan diri.
Mula terkenang dosa dan noda yang lampau.
Mungkinkah ini balasanNya pada ku.
Bagaimana aku ingin menjadi kuat! Kuat hati, Kuat iman, Kuat semangat dan Kuat segalanya.
Aku bukan malaikat yang mempunyai hati sesuci dan seputih salji..
Penuh juga titik hitam dan noda. Yang aku tak sedar daripada mana datang nya.
Ingin aku persetan kan segala yang terjadi, namun aku tak mampu.
Insan yang konon-konon kuat di depan mata semua orang, adalah insan yang selemah-lemah apabila di duga.
Dugaan cinta ini adalah dugaan yang Maha hebat dalam hidup aku.
Setelah aku kehilangan Ibu yang aku sayangi, sekarang aku hilang pula cinta hati ku yang amat ku cintai.
Seketika aku terkenang kisah Rasulullah, yang di ambil apa yang Tuhan pinjam kan supaya Baginda sentiasa rasa Allah tu sentiasa ada untuk hambaNya. 
Sentiasa rasa kebergantungan pada yang Maha Esa.
Namun, mulut yang berkata tabah, sabar dan kuat kan diri tak seiring semangat aku yang macam separuh mati.
Benar orang kata, patah hati ibarat hilang separuh jiwa yang kini aku sedang rasai kesakitan nya.
Yang tak semua orang rasa. yang tak semua orang faham.
Aku di tinggalkan di saat aku sedang mendaki puncak dan meniti kebahagiaan. Puncak yang aku cuba daki setelah begitu lama.
Lama sangat.
Begitu banyak duri yang aku pijak, banyak juga madu yang telah aku teguk.
Boleh kah aku tanya mengapa Tuhan tidak adil kepada ku, sedangkan selama ni Dia dah terlalu banyak memberikan nikmat padaku.
Adakah aku berdosa. Sememang nya aku memang berdosa.
Tuhan duga aku supaya aku ingat Tuhan. Aku jauhi daripada maksiat.
Cinta sebelom kawen pon banyak dugaan nye. Susah nak halang bisikan dan godaan syaitan.
Aku memohon keampunan daripada Ilahi dan memohon di beri petunjuk ke jalan yang benar.
Tapi bila Tuhan memberikan aku petunjuk begini, mengapa aku ingin menyalahkan Tuhan pula.

Sungguh aku manusia dan hambaNya yang tak tahu menghargai dan tak tahu besyukur. Astagfirullahalazim...
Tapi jauh dalam hati aku ni masih mengharap jodoh yang sama, atau di beri jodoh lain tapi sepertinya. Adakah Tuhan akan makbulkan permintaan aku yang satu ni.
Setelah aku menempuh sedih, duka, menghadap tomahan dan kutukan, menahan malu muka setelah maruah aku dan keluarga di pijak dan di hina seperti ini.
Kesian abah. Maafkan anis abah, yang tak habis-habis memalit arang ke muka abah yang suci. Berdosa nya aku pada insan ini. Abah. 
kadangkala aku rasa macam nak buat sidang media macam artis pulak, sebab aku da penat nk jawab kat sorang-sorang yang bertanya. aku penat weh, aku dah letih.
Sebab setiap kali aku cerita, aku akan sedih. Aku akan teringat. Aku akan saket hati menahan rindu dan sayang. pada insan itu.
Mengapa aku sorang dan keluarga aku yang perlu membersihkan taik yang telah di lempar oleh orang lain. Orang yang hanya pentingkan diri. Tak fikir maruah dan air muka orang lain. Orang yang menyayangi nya. Orang yang telah berkorban segala nya untuk menjaga semua hati.
Betol orang kata, perempuan di uji bila sedang tiada apa-apa padanya, lelaki pula di uji bila die memiliki segala nya. Harta, kereta mewah, kerja yang bagus dan gaji yang besar. Aku hanya layak di kaki nya saja, yang tunggu masa di pijak, dan di tendang ke tong sampah.
Kenapa hati lelaki begitu keras, hingga tak nampak apa yang indah di belakang dan di hadapan nya. 
Hanya tahu menghukum, walhal bukan hak nya untuk menghukum.
Sekiranya aku berdosa, tolong tunjuk kan aku.
Sekiranya aku kurang adab, tolong ajari aku.
Sekiranya aku kurang segalanya, tolong la doa kan aku.
Aku hanya mahukan pembimbing. Pembimbing yang Maha sabar terhadap aku.
Pembimbing aku ke syurgaNya. Pembimbing jiwa yang kelam. Pembimbing jiwa yang sunyi. Tanpa sesiapa di sisi. Aku sangat memerlukan nya. Ya, dia.. 
Mungkin juga aku berdosa pada seorang mak, yang mungkin aku lupa bagaimana cara untuk mengasihi insan yang bernama Emak. Setelah sekian lama ketiadaan insan sedemikian. Mungkin. Itu hanya kemungkinan. Bukan pasti!...Sehingga aku di benci, di hina setiap kali, di buang begini.. 
Apakah dosa ku pada nya. Insan yang sepatut menyayangi dan mendampingi aku ini. Seorang anak yang hilang kasih sayang seorang ibu sejak berumur 19 tahun. Aku sendiri, aku bedikari, aku jatuh, aku bangun, aku bangkit. Semua sendiri. Berkat doa abah dan sokongan adik beradik. Yang tahu aku selalu lemah, tapi sentiase buat-buat kuat depan mate semua orang. huh. Lelah rasanya.
Aku tidak mintak lebih, hanya minta di kasihi, di sayangi dan di cintai.
Sepenuh jiwa nya. Seluruh raganya. Sepenuh mindanya.
Tiada lagi kah ruang kemaafan untuk ku pada nya. Tiada peluang lagi kah untuk ku menjadi suri nya.
Seandainya Tuhan mengizinkan aku bersama nya lagi, akan ku pastikan segala pahit bertukar menjadi manis, segala kelam bertukar menjadi cerah, segala buruk bertukar menjadi indah. 
Andai ada peluang. Andai saja. Jika tiada, pasrah kan saja la duhai hati.
Indah nya kalau perjalanan hidup seperti dalam novel, pahit dahulu, kemanisan ada di hujung nya.. Maka, Alhamdulillah, panjat syukur ku pada Ilahi.
Kepada manusia yang belom kena pada batang hidung kau, sila la gelak kan aku.
Sila la mengata buruk-buruk aku yang sedia buruk ni.
Sila la gembira atas kedukaan aku ini.
Sila la cipta bahagia di atas kesedihan aku ini.
Agar kau boleh berasa berada di atas. Sementara aku tengah berada di bawah.
Dan mungkin menunggu roda ini berputar kembali.
Aku sedih. Aku kesal. Aku malu. dengan  apa yang terjadi.
Wahai hati sila la kuat, walau aku tahu kau tak mampu pon.
Mungkin benar Tuhan menguji atas kemampuan hambaNya.
Namun aku tak rasa aku kuat untuk hadap semua ni.
Tapi mungkin Tuhan nak aku menjadi kuat. Sekuat sekarang. Walau belom terlalu kuat.
Tapi aku yakin. Yakin dengan janji Allah pada hambaNya.
Yang akan memberi kebahagiaan di atas kedukaan dan kelukaan aku ini.
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji Nya.
InshaAllah..

4 comments:

  1. Sabar dear.....be strong! Percaya pada janji Allah. Ujian tu tanda Allah sayang pada kita...

    ReplyDelete
  2. Walau apa pun yg telah berlaku hidup perlu di terus kn. Think positif Anis

    ReplyDelete