22.7.14

KE KOREA KE KITA? (PART II)

Assalammualaikum semua..

Setelah bebulan-bulan meratap dan bersedih, sekarang malas nak fikir-fikir lagi benda yang dah lepas.. Semoga akan ada sinar baru dan kebahagiaan kelak pada aku nanti.. InshaAllah.. Aminn


Okeh, lupekan kesedihan.. 
Mari sambung semula cerita kita ke korea sebelom aku buat entry pegi travel tempat lain pulakk.. hee


Ni entry yang lepas--> Ke Korea Ke Kita? (Part 1)


So, macam malas nak bercerita panjang lebau.. Aku nak bagi tengok gambo je la kali ni yo.. *peace*

Random pic at Nami Island

Nak ke pulau nami perlu menaiki bot besar ni. Lebih kurang setengah jam. Sebab bot slow dan dapat la kita menikmati angin-angin sepoi bahasa korea sesambil fefeeling dalam babak cinta cerita Winter Sonata tu. Ye dakk


Saya nak curi hero awak boleh?? plesss3!!! hahahak 
*cinta 3 segi tepat* huhu


Can i kiss ur man??huhu


First time masuk rumah ais berbentuk love ni..

Bangga nya bila nampak ada bendera Malaysia di Korea. *feeling proud*

Nasib baik ade pokok yang ada daun, kalau tak semua togel je pokok-pokok nyeww

*Ouch*

Lokasi wajib a.k.a tempat paling aku teringin nak bergambo!! Ais dah mula mencair, tu agak becak kat sini. Habis ioalss punya kasut boots terpalit itu lumpur. hew hew
*silang kaki sket,hahahak*


Cheonggyecheon Stream - Aliran sungai ni berada di tengah kawasan bandar di korea. Mungkin musim bunga lebih cantek ^_^..



Ni Masjid Itaewon yang terletak di kawasan Itaewon market. Kawasan ni kebanyakkan nya orang muslim, ada juga menjual makanan dan barangan muslim. Agak mencabar jugak la solat kat sini. Sebab di kala cuaca sejok yang mencucuk tulang sumsum ni, kami ambil wuduk di bawah di luar kawasan masjid dan tempat solat wanita di tingkat 5. Jenuh gak la mendaki. Masa kami solat zuhur di sini, kaum lelaki sedang mendengar khutbah jumaat. Seronok jugak la tengok ramai muslim kat korea ni. Cume ade la terserempak dengan beberapa orang melayu yang nak menunaikan solat jumaat, maybe student kot. Tapi punya la buat muke kerek, kita ni iye2 la muke lebau senyuman dengan harapan dorang nak tegur. Cess.. Ni la di katekan melayu lupe daratan. Itu baru duduk korea, kalau dapat pergi bulan tak tahu la nak kate, mungkin dah tak mengaku manusia kot. Nauzubillah. Takmo2 riak yer kawan-kawan *peace*..


Ni satu-satunya restoran Melayu Malaysia di Korea yang kami makan. Meroyan gak la memasing oder teh tarik. Lepas tu dapat makan bubur kacang. Perghhhh.. Die punya nikmat jangan cakap la. Kaww!!! 

Ni rupa kedai nya daripada luar. Sesapa yang kat korea sekarang rindu nak minum teh tarik or makanan melayu, datang la sini. Tapi guide kate agak mahal sedikit. Maybe sebab made in Malaysia kan.
Ni antara gambar makanan yang kami makan. Aku rasa takde beza sangat la masakan nye dengan masakan korea. Sebab still ade sayur dan ayam di potong kecil. Tapi sebab abang yang masak dan yang menarik teh *gitueww* tu melayu, maka terasa seperti makan di Malaysia. Semoga abang-abang dapat awek korea nanti yep!


Ni pulak dekat Seoul Tower. 
Kalau ikut itinerary memang takde dalam list. Tapi dek permintaan adik-adik remaja dalam group kami, maka guide dan driver usahakan gak mendaki bukit ni. huhu. Memang mengah la weii nak naik bukit tuh, macamane la dorang gigih shooting atas ni. Tempat die takde la luas sangat, tapi orang tertumpu kat tempat kunci-kunci ni je. kami tak naik la tower tu, kat bawah-bawah ni je. Dapat la fefeeling ala-ala lagu ramlah ram, ku kunci cinta ku di atas puncak seoul ni.. teheee


Ni pulak antara tempat-tempat shoping yang kami pergi...

Kalau setakat aku ni, street-street macamni je la aku mampoo berbelanjeww..hohohooo... Ni kat Myeongdong Street..


Kakak gojess group aku ni. Hehe. Retis sangat kakak ni tau. Banyak jugak la ahli rombongan aku membeli belah kat Duty Free untuk barangan kosmetik ni. Sape yang biase dengan produk korea memang akan gila la kan shoping kat sini. Murah dan pelbagai jenis produk hadoo di sini..


Ni pulak tempat wajib yang guide akan bawak untuk membeli souvenir. Di Dongdaemun Market. Bangunan ni bertingkat-tingkat, so kita spot kedai ni dulu kat tingkat atas. Lepas tu baru la sesuka hati kome smua nak pegi mana. Tapi aku lebih memilih keluar daripada bangunan shoping ni sebab tak tahan panas. Yela, dengan baju yang tebal-tebal, pastu dalam bangunan lak pasang heater. Memang bepeluh la. Lebih baik aku lepak luar yang lebih sejuk dan nyaman. Maklum la, orang kampung tak pernah rasa time winter, dah alang-alang tu nikmati la sehabis boleh.. jyeahhh

Kalau di china terkenal dengan batu Jed, di korea pula terkenal dengan batu Amethyst ni. Jed berwarna hijau, amethyst berwarna ungu, delima berwarna merah dan sapphire berwarna biru. Itu adalah jenis-jenis batu yang aku tahu la. Tapi tak tahu la berape ribu jenis lagi batu yang berkilau ni atas bumi ni yang hado. Kami pergi ke kilang nya untuk melihat lebih banyak produk yang mereka hasil kan. Memang rambang mate la weii, tapi aku macam biase la. just sit and look sahajo yang mampoo. huk huk.. *dah nasib takde banker nak ketuk time travel sensorang* T_T..

Sempat ambil gambar bersama guide kami, Mr Kwan dan bersama emak juga anak yang jadi geng kite di sana. Terima kasih semua. 
Masa ni check out awal, pukul 6am. *ehem,balik dengan boots baru,ahaks*

Akhir sekali...
Hotel paling owseemmmm pernah aku duduk adalah kat korea. Tiga-tiga hotel memang mengancam dan rasa macam tidoq kat istana habaq hangg!!!.. Ni salah satu hotel kami di Korea,Hotel Charis di Incheon. Rasa sayang je sebab hanya tidoq 1 malam sajo. huhu

Ok la, setakat ini sahaja perkongsian cerita saya sepanjang berada di korea. Harap kalau ade apa-apa info yang dapat membantu anda yang nak melancong. Selamat ke Korea la yer kawan-kawan. kalau ade rezeki nak pergi sendiri, nak ke jeju island pulakk.. InshaAllah.. Aminn

Thanks for reading ^_^..

No comments:

Post a Comment