4.6.15

TRIP MEDAN 4H3M 30 APR -3 MAY - (SESI TERAPI TENANGKAN JIWA)

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia, Gituhh..

Sebelom aku nak sambung cerita trip turki aku yang tergendala tu, aku nak cerita dulu trip medan aku aritu. hehe *maap*. Tapi 1 entry je la, malas nak banyak-banyak entry. hew hew :p

Trip Medan ni adelah percutian aku dengan kawan-kawan aku yang semuanya meroyan baru putus cinta.*sorang je yang tengah bercinte tu* haha. Aku pulak rasa percutian ni sempena aku menyambut ulang tahun aku dah jadi bujang selama setahun, Muahaha. Itu pon nak sambut kan, lantak laa.. Janji aku seronok gak bila bujang balik ni dan tak serabut pikir pasal hal orang dan manusia yang tak menghargai kite kan,bluekk!.. :p

Untuk percutian kali ni kami dah plan daripada tahun lepas lagi. Kami beli tiket masa promo dalam bulan 10. Kami menaikki Malaysia Airlines. Aku memang suka naik MAS, support la sikit kan. ngee ^_^. Ground arrangement pulak kami amik dgn Narasindo. 

DAY 1

Kami amik flight petang sebab pagi kene keje, cess. haha. Aku dengan 4 orang kengkawan aku berpisah kapal. Diorang gerak dulu, tepakse la tunggu aku dengan 3 orang yang lain hampir 2 jam kat Airport Kuala Namu tu, hew hew. Sory geng!. Sampai-sampai terus dinner dan pergi check in hotel. Rugi dah 1 hari tau!.. -.-'


Sampai-sampai terus makan. Banyak gila lauk nya wehh
Aku dengar kalau nasi padang tu diorang akan hidang selagi ada lauk. Tapi akan bayar apa je yang kita makan. Tapi memandangkan kami dah amik pakej, so kami lahap je selagi apa depan mate. huahua

Lepas makan, kami terus check in hotel. Di medan kami duduk di Tiara Medan Hotel

TIARA MEDAN HOTEL

Mula-mula trip kami sepatutnya 9 orang. Last minit adik member tu tak dapat nak join. So terpaksa la adik aku menjadi satu-satunya lelaki dalam trip ni. Dan tak pasal-pasal aku pulak kene sebilik dengan adik aku si gemok tu..Cesss -.-

DAY 2

Ni lah 8 orang saja ahli kontijen yang berjaya di terbang kan ke Medan. hehe

Ni masa kat kedai PATEN. 
Kat sini ade jual pelbagai jenis biskut yang di hasilkan daripada kekacang. Aku pon beli la 4 kotak untuk buah tangan.

Ni on the way ke Parapat. Singgah tepi jalan amik gambo pemandangan Lake Toba. Cantek dan damai je tengok tasik ni. Luas gak la kawasan. Sebab sepanjang jalan tu kite mengelilingi tasik ni.

Wohooo, naik boat ke feri entah kat belakang tu untuk pergi ke kampung tomok. Dalam lebih kurang 30 minit perjalanan. Syok gak la, da lama tak naik boat besar macamtu. Sambil dengar adik-adik mengamen bernyanyi. Nyanyi nye kejap, dah mintak duit. Cess.. 

Ajet omel lettew. Bluekk :p.. haha

Belakang tu adalah rumah di kampung tomok yang dah di bina lama beberapa ribu tahun dulu *kalo tak silap aku la ikut cerita guide tu, kalo salah maap*..
Ni housemate aku. First time pergi bercuti sama-sama. hew hew. Ktorang mule rapat pon lepas semua bebudak rumah dah keluar sebab dorang kawen, aku dan dia pulak putus cinta. haha. So tinggal kitorang je la mereput dalam rumah tu.huk huk -.-'. Setiap hari meroyan memaki hamun jantan dorjana je keje nya. haha. Sekarang dua-dua tengah nak move on dan bina hidup baru lepas kelukaan yang begitu mendalam di dalam sanubari ini. Gicuu :P haha

Kami di Perkampungan Tomok. 
(apehal aku posing macam orang patah pinggang tu weh, aduhh)..
Aku nak nasihat kan kalau korang nak beli souvenir, better korang beli banyak-banyak kat kedai-kedai yang banyak kat kampung tomok ni. Banyak gile pilihan dan korang boleh tawar menawar dengan begitu gigih. Sebab kat Medan susah nak jumpe kedai-kedai yang banyak untuk beli souvenir. Macam kitorang, agak menyesal sebab tak beli banyak-banyak. Tapi ade gak la beli sikit-sikit. hee. Lagi satu korang boleh juga beli buah-buah, sayur-sayuran, baju-baju dan macam-macam lagi kat pasar buah di Brastagi. 

Balik daripada perkampungan tomok terus check in hotel. 
Kami menginap di Atsari Hotel
Ni masa makan malam. Nampak mewah sangat sebab makan kat hotel depan bilik je. hehe
Kami sampai hotel ni dah senja. Check in je terus mandi dan siap-siap untuk makan malam. Agak lewat makan sebab guide lupe oder.Boleh pulak, hahak. 


Di sebabkan dinner depan bilik je, pegi makan selekeh je la pakai nye pon. 
Ceh, macam promot istanbul pulak budak 2 orang kembau ni kan. hik hik :p

DAY 3

Esok pagi lepas sarapan terus check out. Ni gamba depan hotel.. Hotel ni betol-betol mengadap lake toba . Best giloss view ^_^..

Haa,lompat-lompat jangan tak lompat. hehe. Jangan terbalik masuk tasik sudah la ye. Ni masa on the way ke Brastagi. Agak jauh gak, dalam 4 ke 5 jam jugak la perjalanan nya. Brastagi tu kawasan sejuk, ala-ala macam kat Cameron Highland la kan.  
Pak supir pon dah tahu bebudak ni memang keje nak bergambo je. So die bagi la masa lebih sikit berposing-posing sakan kat tepi jalan ni.Hehee 

Comey tak kak ton?hehe.. Acah-acah macam kat New Zealand sangat kan ^_^

Kami singgah di sini macam R&R la kirenya, untuk bergambo-gambo di kawasan ni. Air terjun tu jauh ke bawah. Memang putus nyawa la kalau nak turun dan naik balik. So tengok daripada atas je la yo.

Wefiee.. ^_^
Nasib ko la mok jadi satu-satunya lelaki dalam group wanitas ini. hahakk. 
Kene la jadi kemereman.. ngee

All the girls baham jagung. Nyum nyum.. 
Memang best weh kat sini. Kebetulan masa kami sampai di pasar buah ni hujan lebat gilos. Basah gak la kasut dan baju, tapi shopping tetap shopping. hehe. Duit dah habis, barang dah beli, badan pon dah sejuk gigil ape lagi pekena jagung rebus dan jagung bakar panas dengan teh tarik la jawap nya. Die punye feel perghhhh, tak terkata la kan..heheee.. Rindu nye lahai. Kalau korang pegi jangan lupa makan jagung kat sini tau. Thorbaikkk *thumbsup*.

Kat sini pisang kaki nya lain daripada kat malaysia. *lupe nak snap pic*. Aku beli 1kilo je la kan nak buat rasa-rasa. Sekali sedap gila bak ang!! Nyesal gila beli sikit. Buah salak pon tak kelat,rangup dan manis nau nau. Sapa pegi lagi pasni aku nak kirim 5 kilo..hahaha :p

Di Brastagi kami menginap di Sinabung Hill Hotel
Walaupon tempat best sebab sejuk tapi aku stress sebab hotel ni takde lif!!.. Dah la kami duduk tingkat 3, aku kene pikul beg aku yang berat macam batu tu sampai atas. Demmit!..Tak pernah aku pikul beg dan pegi hotel takde lif weh seumur hidup aku. Hotel cap ayam pon ade lif taukk!!! -.-'
Yeay, dinner kat hotel lagi malam ni. Dah sejuk-sejuk memang malas la nak keluar makan kan. Elok nau la makan kat cafe je..
DAY 4

Nak balik dah

Ni kami bergambar di belakang hotel. Pemandangan belakang ni cantek juga laa. Nak balik dahh T_T
Geng Patah Hati.. Huahua

Fefiling sikit.. Walhal amik gamba depan kuil, haha

Ni pejabat kerajaan di Medan
Ni restoran last kami makan tengahari sebelom ke airport
Kakak tengah ngecek mok cik nak bagi murah, tapi tak dapat. haha

Rambang mata tengok baju dan telekung. Tapi telekung rase nye ok lagi kat saigon kot.

Muka ada senyum sebab nak balik dah, duit dah habis
                       
Belakang tu Istana Maimon, tepi istana tu la ade kedai-kedai jual souvenir yang boleh kita beli yer kengkawan. 



Kemain lama lagi nak check in bag ktorang aritu sebab ade mak saleh daripada german punye beg bermasalah. Nasib baik la airport Medan ade wifi, hehe



Ni la kalau pegi dengan kengkawan kan. Setiap tempat nak wefiee je keje nye. Nak masuk kapal pon sempat lagi.




First time wefie reramai dalam kapal. Kalau bawak group company ni takde can la weh nak berwefiee bagai dalam kapal.haha



Cute sangat pramugari ni tau. Rajin layan ktorang yang syek nak air je dan nak berselfiean dengan die.hehe.. Thankz Shuhada. U r so cute and baik ^_^.hehe



Sampai Malaysia Sudeh

Biasa la kalo pegi dengan kengkawan, memang beribu la selfie dan wefiee nye kan. haha. 
Terima kAsih pada driver merangkap guide dan photographer kami Pak Arfan a.k.a Pak Donni.. Yang lawak nye daripada first jumpe guide ni ktorang panggil Pak Arfan, die iye kan je.. Nak balik on the way pegi airport baru tahu rupenye nama nya Pak Donni.. Haha.. Waduh-waduh bapak ini. Makasih ya Pakk!!! ^_^


Wefie dan Selfie lagi dan lagi dan lagi..hahaha 


Last sekali belanje pulak gamba lauk pauk..hehe
Hi,nama saya Ikan sungai gangga mengalir deras bak air mata bejujuran, Gicu.
Ikan ni unik gile. Aku ade nampak sorang uncle tu makan ikan ni macam makan kopok lekor je.. Tak tecekik tulang ke ape. Rangup gak la.. hehe

Hi, nama saya Ikan layu di tasik asmara madu

Hi, nama saya Udang terdampar kerinduan di ufuk timur. Miahaha

Sekian sahaja trip meroyanz we all kat Medan. Ktorang ni pecutian bajets, so pergi yang dekat-dekat sudah la kan. Janji dapat lari sekejap daripada Malaysia dan masalah yang tak berkesudahan.. kaannnn ^______^

Chow Chin Chow dulu yer kak bedahh ! tata.. 
*kredit gamba fify yang aku rembat dalam fb* hew hew

No comments:

Post a Comment