9.7.13

1 Day Trip ke Singapore a.k.a Kursus Tour Leader

Hi blogger, how guys doing??..Gudd!! *ala2 fifyazmi dlm keek nye* hoho..

Ehem3..Untuk pengetahuan semua (ceh, macam ade yang kisah je dengan hengkau niss..ok3..), aku bekerja di Poto Travel & Tours sebagai Ticketing Exec.. kerja aku hari-hari adalah buat tempahan tiket penerbangan dan seterusnya sampai la penumpang selamat balik.. 
Ok, bukan skop kerja aku yang aku nk cerita sebenarnya..huahua

Apabila menjadi seorang pekerja yang berwibawa di syarikat ini, anda harus bersedia daripada segala kemungkinan. Kemungkinan-kemungkinan berikut antara salah satu nya adalah menjadi seorang Tour Leader yang berhemah..hak hak hak..Berhemah kah aku??.. Oleh kerana itu lah, maka kami semua perlu di hantar untuk kursus Tour Leader tersebut. Perihatin kan syarikat kami, sangat berwibawe..hehe..

Walaupon pada mula nya aku rase macam ini kerja gilakk je , sebab nak kene pergi oversea yang kite pon tak pernah sampai, tapi siap kene bawak group yang ramai lagi. Dah la rase pergi sorang2, takde orang yang kite kenal. Rase macam nak menangis tau takk!!.Tak gilakk kate kaww, seram bunyi nye tapi ini adalah kebenarannya. walaupon pengalaman itu sume sangat manis, bermakna dan mematang kan aku. ~.~..
Tapi kalo orang-orang lain boleh buat, ape ado hal la kan kalo kite nak mencabar kekuatan darah melayu yang mengalir dalam badan kite ni sekali skala kann..
*padahal ketaq lutut weyy!!*..hahahak

Ok, kembali pada tajuk asal *dush2, tumbuk ko niss sebab melalut pjg sgt*..

Kursus selama 3 hari (12 - 14/04/2013) tersebut telah di adakan di tempat2 yg berlainan. hari pertama dan ketiga telah di adakan di dewan yang berlainan. Pada hari kedua pula destinasi kami adalah ke Singapore!..Yeayy!!, sape nak bawak weyy kursus sampai gi singapore secara percume, tak kene bayo pon kaww..haha *jakunnzz*

Sepanjang perjalanan berkenaan selama 1 hari suntuk adalah tempoh pembelajaran kami semua untuk memberi gambaran sebenar, kira macam praktikal la kann. Belajo bagaimana untuk mengendalikan peserta daripada bertolak pergi hingga la bertolak balik. Sangat teruja kaww sebab kursus sampai ke singapore gituhh.. *lompat-lompat keriangan* 

Kami di jadualkan bertolak seawal jam 6.30 pagi. Tetapi agak terlewat sikit, maka habuannye adalah di tegur oleh pihak penilai..huhu..kerana katanya ; kapal terbang tidak akan sesekali menunggu penumpang yang terhegeh-hegeh dan melenggang kangkung yo!..

Muke orang jakun pertama kali nak pergi Singapore yo! 
Walaupon naik bus je..jadi lerr..hehe


Memandangkan tugas kumpulan kami di imigresen singapore, so lame lagi..Maka dalam bus, kami tido2, ambik2 gamba dan menonton cerita rock uuu!! huhuhu


Sebelah tu fify, ofismate aku yang takde kene mengena dengan ini kursus, tapi nak ikut sebab kene bayar RM 50 je pegi singapore. Dek kerana murah melampau, maka jomm ikut berjimba sambil kursus!! hoyeahh




Ni ketua kumpulan aku. Memandangkan aku bertugas di boarder imigresen, maka aku takde langsung sesi cakap-cakap dalam bas..yes3!.haha


Muka gembira gila sebab telah habis tugasan di imigresen Malaysia dan Singapore. Alhamdulillah takde peserta yang sangkut di imigresen. Untuk makluman sesape yang nk masuk singapore ni, antara barang yang di haramkan untuk di bawa masuk ke singapore adalah chewing gam, rokok di benarkan tetapi hanya maxima 19 batang sahaja..
*kalo tak salah la, nk lebih kepastian sila google yep.hee*..kalo nak bawak masuk pon suke ati korang la. karang sangkut, pandai la nak menjawab yep..


Yeah! Dah masokk singapore.. Alhamdulillah, memang seronok yer kengkawan bila dapat melancong secara percuma macam kami..huahua ^_^ 
*muka gembira*


Memandangkan kami ni under training, maka nya kami takde masuk ape-ape tempat tarikan la. .sekadar amik gambar saje..hoho


Ni salah satu hospital yang paling besar, tertua dan femes di singapura. Sebab bakal mak mertua aku pon lahir kat sini, kire agak lame la kan. Nama yang begitu unik iaitu Hospital Kandang Kerbau dan nama nya masih terpelihara kerana keunikan dan kerajaan singapura tidak membenarkan untuk menukar nama hospital berkenaan sehingga hari ini.
*sumber info daripada tour guide kami.tehehee*


Bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan pesat membangun.


Memandangkan mase sangat singkat, tak dapekk la naik Singapore Flyer. maka yang sempat hanya la sesi bergambar-gambar dan berposing-posing, dan ronda-ronda di sekeliling kawasan ini saje..hoho


Yeah, kami adalah peserta kursus yang eksaited nak berjalan lebih daripada nak berkursus..hehe..

Yang pakai cermin mata hitam itu adalah Trainer kami sepanjang kursus ini berlangsung. Dr Din adalah trainer yang sangat penyabar dan tegas, sangat seronok bekursus selama 3 hari bersama beliau. Dan kursus kami juga di kendali kan oleh syarikat beliau. Beliau juga merupakan abang sulong kepada Tuan CEO kami... ^_^


ambik gambo je la mampu kaww!


Tetutup tulisan tu la weyy!!



Bergambar. Dannnn......


Dan bergambar lagiiii......


Dannn lagiii...


Gambar lagiii


Bosan dah begambo la weyy!!


Dah berkumpul nak gerak ke tempat lain


 Balik weyy, balikkk!!


Habis sesi bersiar-siar di Singapore Flyer. So next destinasi adalahhh......


Tengok Singaaa yang keluarr air daripada mulut..hoyeahhhh!!
( Replika singa kacuk ikan ni di beri nama Merlion)



Bergambar bersama ofismate


Aksi ni aku idam-idamkan sangat nak ambik gamba sejak dulu lagi. Memang dah pasang niat kalau pergi singapore nak posing macamni kat singa kluar air ni..huahuahua..berjaye!! 
*give me ten niss!!*




Nice View


Pandangan jarak jauh


Kami peserta kursus yang ralit bergambar. haha



Peace YO!!


Juga aksi yang di idam-idamkan nak buat.. biahahaha


Hampir keseluruhan peserta kursus kami. Kami staff POTO Travel & Tours!!!


Ini anak merlion tau..Ibu die yang besar kat belakang tadi. Ni anak die, kecik sket..


Menunggu semua peserta yang asyik bergambo tak hengat dunio..hoho


Lepas bergamba-gamba macam orang gilakk tak hengat dunia, maka kami pon di bawa untuk shopping di Mustafa Centre. Sini kebanyakan orang adalah berbangsa india dan orang melayu pon ramai gak la. aku da nampak barang-barang je, tak sempat nk skuad kecam banyak bangsa ape kat sini..haha.
Dan ini antara tempat yang orang suka membeli belah. Macam shoping-shoping kompleks yang terdapat di seluruh negara.


Hapaa laagiii, shopping timeee!!!


Macam-macam ado.. Mule ler rambang mate lettew!


*Dialog gambar di atas*
"Haii laa barang-barang yang cantek-cantek, malang nya bawak duit sikit je..tak dapat nak borong banyak..Beli sekadar yang mampu je lorh..hoho"


Cantek-cantek dan comel-comel patung tersebut yer kawan-kawan. geram tengok sebab banyak barang comel-comel..*mencikkk!!*


Lepas dah shopping tak hengat dunia, sampai habis duit la gakk. pastu lari-lari sane sini sebab mase terhad, tapi macam-macam nak beli.. nasib baik tak kene tinggal..hahak. Sebelom bertolak balik, kami singgah di masjid ini dulu untuk menunaikan solat..

lepas solat, baru la sedor yang duit telah di habiskan ketika di rasuk untuk bershopping sakan tadi..

Pehtu tak ade duit dah nak makan. padan muke ko niss!..balik malaysia berlapor la kome. terpakse la mintak simpati kawan-kawan nya makanan.. sedeh nye T_T..

Kalau ikut jadual tugasan, setiap kumpulan telah di beri dua tugasan. Kumpulan aku di beri tugas di imigresen mase pergi dengan perjalanan balik start daripada pagoh sampai la ofis. Tapi memandangkan semua dah nyawa-nyawa ikan, memang takde sape la kan nak dengar orang membebel kat depan bus tu. Confirm semua tidur kepenatan, ala-ala jetlag gituh. haha.. termasuk la aku. bangun-bangun dah sampai ofis. teruk ko niss!.

Lepas je sampai ofis terus amik barang semua dan mengelupur sume nak balik rumah dan tidur dengan segera, sebab esok nya ada last kursus dan ade test dan juga postmoterm.

Agak sedey gak la sebab pegi singapore tak dapat masuk USS!! tempat yang di idam-idamkan gak nak masokk!, tapi sebab kesuntokan masa dan under training, nampak nye lepas ni kene ade next trip yang khas hanya ke USS saje la gamaknye. InshaaAllah..

Sekian dahulu cerita aku yang panjang berjela, padahal 1 hari nya cerita je kann.. hahahak

Terima kasih kepada yang gigih nak membace tu yer..

ok, Bedah chowz dulu yo!..BYE2!!

No comments:

Post a Comment