5.9.14

Hamburan Isi Kotak Otak

Kadang-kadang aku rasa ... 
macam nak marah
macam nak maki
macam nak sindir
macam nak laung
macam nak campak batu sembunyi tangan
macam nak ludah kat muka orang
macam nak bercakap tanpa henti 24/7
macam nak hentak rusuk sesapa
macam nak terjun daripada tempat tinggi
macam nak terbang sebelah kapal terbang
macam nak menjerit atas gunung everest
macam nak berenang bersama ikan lumba-lumba di lautan dalam

Macam nak luahkan segala yang terbuku, yang bersarang, yang terpendam, yang tak terkeluar

Yang tengah terluka tanpa ubat, makin parah dan bernanah

Tapi semua tak terluah
Semua tak terkata

Walhal, kata-kata tu semua membuak-buak dan meronta-ronta nak keluar daripada otak ni melalui mulut
Terlalu banyak kata-kata yang tak terluah
Terlalu banyak benda yang aku pendam
Rase macam nak pecah, macam nak meletop otak

Hati dengan Otak memang tak pernah sebulu, tak pernah jalan seiring dan sejalan
Lepas tu membuatkan diri rasa tertekan dek kata-kata yang tak terluah

Bukan semua orang boleh paham ape yang kau nak cakap, apa yang kau cakapkan, dan apa yang kau tak tercakap.
Paling tak pon orang akan kata 'Kau ni selalu fikir negatif laa', 'Kau ni terlalu banyak fikir laa', "kau ni terlalu ituu laa', 'Kau ni terlalu ini laa'

"Aargghhhhh!!!"

YA! memang otak aku ni tak pernah berhenti bercakap, tak pernah nak berhenti fikir negatif
Pada yang tahu, sila bagi aku tunjuk ajar macamana nak positifkan otak aku ni. Degil sangat nak di ajau!

End up, aku suka membebel sorang-sorang dalam hati atau pada dinding yang sepi atau pada patung yang takde hati... Selesai !

Sedih bila bersendiri.
Takde sapa nak dengar luahan hati. 
Takde sapa nak amik tahu apa yang terjadi
Takde sapa peduli
Pegi la Mati

Aku yang sepi .... T_T

No comments:

Post a Comment