30.7.13

POTO TRAVEL & TOURS's CHARITY DAY

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk hidup dan menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan iman yang teguh yer kengkawan.

Dikala kita bergembira mendapat duit raya yang di berikan oleh majikan masing-masing *ehem-ehem*, apa salahnya kita berkongsi kegembiraan bersama mereka yang lebih memerlukan. 

Dengan rasa berbesar hati, kami semua warga kerja POTO TRAVEL & TOURS telah sama-sama berkunjung ke 3 buah tempat untuk bersama-sama meng'infak kan sebahagian rezeki yang kami perolehi kepada mereka yang kurang bernasib baik. kami semua telah mengadakan lawatan amal pada hari sabtu lepas (27/7/2013) bersamaan 18 Ramadhan 1434H ke Rumah Bakti Al Kausar di Bangi, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong, dan Rumah Orang -Orang Tua Al Ikhlas di Puchong.




Lawatan pertama kami adalah di Rumah Bakti Al Kausar di Bangi



Bacaan doa di mulakan bagi memberkati majlis ini, InshaaAllah


Gambar di atas ini merupakan pengerusi di Rumah Bakti Al Kausar, En Ir Hj Razali B. Hj Basri. Beliau merupakan bekas jurutera yang telah bekerja di Arab Saudi selama 22 tahun bagi menguruskan projek pembaik pulih Kota Makkah. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah berniat untuk membuka rumah anak-anak yatim ini. Niat yang suci beliau di permudahkan dan sekarang rumah ini telah mempunyai 28 penghuni, 14 lelaki dan 14 perempuan. Tetapi semasa kedatangan kami di rumah ini, seluruh penghuni rumah ini keluar bersama pelajar uniten yang membawa mereka untuk membeli baju raya.


Tuan CEO kami, Hj Ab Rahman B. Md Ali turut sama-sama turun padang menghulurkan bantuan bagi sama-sama kita berkongsi keberkatan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah


Kami di faham kan, Rumah Anak-anak yatim ini sentiasa di buka untuk lawatan.24 jam tiap-tiap hari. Bukan wang ringgit yang mereka ingin kan, tetapi cukupla sekadar keperihatinan kita sebagai sesama insan. Kita mampu memberikan mereka kebahgiaan walaupon hanya sekadar memberikan mereka senyuman yang ikhlas.



*ikhlas tak senyuman, tehee*


Lawatan seterusnya adalah di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah di Puchong

Kebetulan masa kami sampai, ada beberapa kumpulan lain yang sedang membuat aktiviti bersama anak-anak kecil di sini. Kami di fahamkan di sini bukan la semuanya anak yatim piatu, ada juga anak-anak yang terbiar, anak-anak yang mempunyai ibu bapa tetapi tidak bertanggung jawab terhadap anak-anak mereka.

Sangat comel-comel kanak-kanak di sini.Kecil- kecil dan tak mengerti apa-apa pon..Tapi mereka sangat seronok dengan kedatangan orang ramai dan pemberian duit raya terus pada mereka.


Tuan CEO menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ketua Rumah Kebajikan ini. *Maaf, lupa nama encik ni dan details beliau*


Pemberian duit raya kepada anak-anak di sini. 
Seronok nye dapat duit raya kan, rase macam nak jadi kecik balik je. Dah besau-besau ni dah tak dapat duit raya, kene bagi duit raye je..huk huk



Anak-anak perempuan sangat comel-comel belaka dan kecil-kecil banget. 
(Siap ada tema masquerade lagi bebudak ni uoalss, aku pon tak pernah ade event yang ade tema ni, teringin gak sebenaunye..hehe)


Ni pula lingkungan sekolah rendah la.tapi ramai anak-anak perempuan daripada lelaki


Destinasi terakhir kami adalah di Rumah Orang-Orang Tua Al Ikhlas di Puchong.


Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan, sila la datang melawat orang-orang tua yang di tempatkan di sini. Tidak kira la samaada kita kenal mahu pon tidak. Keperihatinan anda adalah kebahagiaan mereka.


Ni sebahagian sumbangan orang ramai yang pemurah dan amat perihatin, bukan daripada kami yer. Tumpang bergambar saje. tehee

Semasa kedatangan kami di sini, kami terpaksa menunggu sementara waktu kerana ada pelawat lain yang sedang melawat di dalam. So kami sempat la begambar-gambar. huhuhu

Wanita yang bertudung labuh kelabu berbaju pink,*gambar no 3, sory blur sikit* merupakan pengasas Rumah Orang-orang Tua ini. Beliau merupakan bekas ketua jururawat di Hospital Serdang. Setelah bersara, beliau telah membuka rumah tersebut memandangkan kurangnya rumah orang-orang tua untuk orang Islam semua nya. Beliau langsung tiada masalah daripada segi perubatan kerana beliau sangat berpengalaman mengenai ubat-ubatan dan banyak kenalan di kalangan doktor. Kami di faham kan, di sini mempunyai 66 orang penghuni, 29 lelaki dan 37 perempuan.


Alhamdulillah, tahniah kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin. Kami di faham kan, dalam 1 hari mereka akan menggunakan hampir 20 pampers dan 20 kilo beras untuk menampung semua warga di sini.

Selepas mendengar penerangan, kami memulakan sesi lawatan dan sembang-sembang bersama warga rumah ini.


Di Bahagian Lelaki


Di Bahagian Wanita


Mereka seronok dengan kedatangan orang ramai yang melawat mereka dan melayani kisah-kisah mereka.

* Teringat kat arwah ibu. dulu arwah ibu pernah cakap. "kalau ibu dah tua nanti, kalau semua anak-anak ibu dah tak nak jage ibu, ibu nak duduk kat rumah orang-orang tua tau.Takde la ibu duduk rumah sorang-sorang. Kat sana ada kawan-kawan*. (27/7 adalah hari lahir ibu. Al Fatihah buat ibu)
Kalau la ibu ada lagi, aku tak sampai hati letak ibu kat sini. Macam abah sekarang, walaupon kini kesorangan,tapi abah ada rumahnya sendiri dan aku tetap pulang untuk melihat wajah abah dan mohon restu daripada nya. kerana aku amat yakin, keberkatan hidup aku terletak pada redha nya abah pada aku dan tak pernah berhenti berdoa untuk aku sentiasa berjaya dalam hidup, di murah kan rezeki, selamat dunia akhirat dan bahagia selalu. Sayang abah, semoga abah juga sihat selalu, di murahkan rezeki, di beri kekuatan untuk beribadah, dan panjang umur. Semoga arwah ibu di tempatkan di tempat mukminin yang solehah dan di tempatkan di syurga. Aaminn


Yang aku plak sebok bergambo je la. Pada aku, aku datang bukan untuk melihat mereka sedih, tapi untuk melihat mereka gembira. Maka kita tunjukkan lah kegembiraan di wajah kita agar kebahagiaan yang dapat mereka rasai, bukan kesedihan dan terlalu simpati dengan nasib malang mereka.


Masing-masing membuat aktiviti sendiri


Gigih bebudak ni mendengar nasihat pak cik ni yer. 

Masing-masing punya cerita yang tersendiri.


Pak Cik ni paling sempoi je cerita sambil isap rokok..hehe

Masing-masing ada yang mempunyai ingatan yang baik, dan ada yang tidak mempunyai ingatan yang agak jelas terhadap diri sendiri.

Selesai sudah tujuan kami pada hari ni. Di harap segala amalan yang kita buat sepanjang bulan ramadhan ini di terima Allah s.w.t. Sama-sama la kita berkongsi rezeki, kegembiraan, keperihatinan dan kebahagiaan kita bersama-sama kaum keluarga, sanak-saudara, sahabat handai, rakan sekerja dan mereka yang kurang bernasib baik. InshaaAllah kita akan mendapat nikmat hidup dengan penuh kesyukuran di bumi Allah yang di pinjamkan sementare untuk kita bersama.


Sedikit ucapan penutup daripada ketua kumpulan kami, En Farid, jurucakap majlis, En Shamsul dan Tuan CEO, Tuan Hj Ab Rahman.



Peace Yo!..Bye2 Pak cik- Pak cik


Moh ler kita pulang dengan kegembiraan, bukan dengan kesedihan. 
Sembarkan kegembiraan kepada semua umat Islam sempena bulan ramadhan dan menjelang hari lebaran yang mulia ini


Kami seluruh warga POTO TRAVEL & TOURS ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini dan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelang minggu depan. Semoga kegembiraan yang kita perolehi dapat memberi sinar pada hidup orang lain. Sama-sama la kita bermaafan di hari mulia ini agar kita hidup sebagai orang yang budiman dan di berkati Allah hendaknya.
InshaaAllah, Aaminn


*Selingan*


Comel kan bebudak kenit ni. Sampai tak nak bangun daripada kaki aku..hehe


Sumbangan yang di beri bukan untuk di banggakan dan bermegah-megah dengan amalan, tapi ingin menimbulkan kesedaran semua pihak agar dapat sama-sama kita meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik. Semoga dengan sumbangan dan keperihatinan kite terhadap mereka, dapat membuatkan mereka bersyukur bahawa masih ada manusia yang di gerak kan hati oleh Allah s.w.t supaya sama-sama berkongsi rezeki sesama insan. Pada Allah kita datang, dan pada Allah juga la kita kembali. Jangan sesekali kita putus kebergantungan kita pada Allah s.w.t.

Wassalamm..

15 comments:

  1. Nice entry ! :) btw kalau sudi singgah blog tiera n komen entry key? :')) http://bingkisanhatiohhliya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam cik anis..nice entry.by the way,sy sbenarnya accidentally masuk blog ni sbb tengah mencari2 pasal company poto travel.baru je hantar resume mintak kerja kat taman shamelin.hehe..doa2kan la saya dapat ye.
    p/s-habis semua entry sy dah baca,bnyk info n bnyk soalan dah terjawab.thank you so much :)

    ReplyDelete
  3. Gud luck k fara.Semoga info2 yg sy beri membantu fara dpt keje.hehehe.Thanks cz berminat nak menjadi sebahagian dpd keluarga POTO Travel

    ReplyDelete
  4. nervous nye jumaat ni org poto travel dah panggil utk interview..hihi..cik anis,nak tanya,kalau nk jadi tour leader tu kena ada lesen mcm tour guide tu semua ke?

    ReplyDelete
  5. kalau tour leader tu antara kalangan kami staff je. guide tu biase nye org tempatan negara luar tu..lesen guide tu utk kalo kite nk jd guide dlm negara kite, tu kite kene ade lesen.kalo tour leader ni kite mcm wakil cmpny yg mengiringi kumpulan tu utk memastikan perjalanan lancar dan selamat pergi dan balik.:)

    ReplyDelete
  6. ohhh..dah faham akhirnye.thanks a lot anis!

    ReplyDelete
  7. seronoknya beramal dibulan ramadan

    ReplyDelete
  8. Farah : macamna?dapat kerja tak?

    lala : Alhamdulillah..rezeki yg ada di kongsi bersama.InshaAllah rezeki kita akan bertambah murah

    ReplyDelete
  9. anis,dapat alhamdulillah.tapi dgn dr.din.dia nk sy kerja dgn dia,buka training centre utk tour leader nanti utk poto,insyaallah :)

    ReplyDelete
  10. Oh ok la tu..Dr Din under shine academy kan, tp kalo ade ape2 event semua bergabung, under Poto Leisure Group (PLG)..nnt bleh la kite jumpe yer..hehe..Tahniah Fara!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah,shine academy.tp dr.din nak upgrade shine academy jadi pusat bertauliah utk student dr luar jugak.kirenye org dtg belajar skm tour leader n tour operations dlm academy kite la.huhu..insyaallah boleh la jumpa2 ye.ni pun baru seminggu keje dr.din bwk pegi singapore.seronok sgt 1st time nk pegi oversea :)

      Delete
    2. oh, da start keje ke?ok la tu..keje elok2 k, poto mmg nak staff nye terbuka minda and berdaya maju..tu yg terus bwk g trip tu..hehe..selamat menjalan kan kerja dgn baik..:)

      Delete