20.7.13

Trip Beijing 7 Hari - 6 Malam , 10 May - 16 May 2013 (Part I)

Salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.. Hamboi ko niss, kemain berwibawe lg greating ko yep..hee

Di kala bosan-bosan (sambil nyanyi lagu stacy - bo bo bo bosann) melanda diri yang kelayuan di bulan2 pose ni kan, ape salah nye sekiranya aku senaman jari dengan menaip cerita next task aku sebagai tour leader. 

So my next destination is Beijing!! Jyeahhhh!!

Beijing juga merupakan salah 1 daripada negara yang aku teringin nak pegi. Sebab aku teringin sangat nak pegang tembok besau china yang gah sangat ku dengari itu.huhu.Nak tengok macamane hasil tembok yang panjang yang banyak mengorbankan ramai rakyat china pada suatu ketika dahulu mengikut sejarah dalam buku teks zaman sekolah dulu.heehe *nampak sangat rajin bace buku sejarah yer, maklumkan bapak aku dulu cikgu sejarah* :)

Memandangkan Next task aku pegi beijing maka dengan itu aku tidak akan sesekali melepaskan peluang ini. Walaupon aku rase ketar, gusar, gementar dan segala tar2 yang ade, namun aku kuat kan semangat dan sahut cabaran ini.

Dah lah niss, membebel je la keje ko ni.. Ok, back to the tittle.. ngehh3

Aku berlepas dengan menaikki kapal Cathay Pacific yang agak memuaskan hati gak la kann bersama 21 orang ahli kumpulan aku yang lain. Macam biase la seperti trip2 lain, kami akan datang 3 jam awal untuk check in semua bag2 peserta dan briefing sikit mengenai penerbangan, jam berape wajib berada di gate untuk berlepas dan macam- macam lagi la kann.. bla bla blaa (banyak sgt nak kene bebel mase ni). Semua tu untuk memastikan kami selamat di sepanjang perjalanan pergi dan balik . Segala peringatan dan info adalah wajib di sampaikan kalo hengko sebagai tour leader tak nak menyusahkan diri hengko kelak okehh!.


Mari melancong bersama saya! hehe *erkk, salah2* 
Mari melancong bersama Poto Travel & Tours 
(aku memang jakun sikit, suke duduk tepi tingkap..teheehehe)


*Opss, terjumpe plak Qi mase sedang berlegar-legar di KLIA rituew*
(tersedondon la baju titew dgn die, ahaks)

Belom-belom dah bergambo sakan yep..setelah selesai check in, briefing2 sket dan lepas bergambo kene gerak pegi gate secara rawak.


Trip ni first time aku ade kene transit..Gelabah biawak gak la bile nak kene transit ni kan, sebab aku pon tak pernah sampai hong kong.. tapi berbekalkan klu2 yang di beri oleh kengkawan yang dah pergi dan kecekalan di hati, aku redahi jua. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kira seharian trip ni adalah di dalam kapal terbang saje.. adess T_T

Tapi agak seram di airport hongkong, sebab hujan lebat.kapal pon terumbang ambing.hoho. sesampai nye di airport hongkong, aku pon membuntangkan mate mencari gate yang patut kami tuju di board2 yang banyak tuh.huhu. (wajib buat konon2 macam tahu je, padahal darah dah naik kat kepale dah*cuak gilos*).

Pehtu, penat je aku macam orang gile jalan laju2 nak cari gate sebab takut salah gate and takut telepas flight, sekali delay daa.huh.kat setengah jam gak la betape kat gate tu. next flight berlepas malam. kapal plak tak penuh, so depa ni pon buat la macam kapal Abah Kami Airlines.hahaha

Sampai beijing dah lewat malam,perasaan eksaited kemain mase bertolak pon dah semakin kelam dan pudau.Pehtu semua mengelupur amik bag semua, jumpe Tour Guide yang dah setia menanti bersama driver. pastu terus ke hotel, check in dan ZZzzzZZzz. -.-' *capek banget*.

Besok nya, bermula la pengembaraan jalan-jalan tanpa henti kami menerjah beijing dah melihat sana sini suasana di negara China yang agak padat dengan penduduk nya. kalo ikut bulan mase tu tengah musim spring. Bunga-bunga yang mekar di hati boleh di lihat di mana-mana saja. Di tepi-tepi highway penuh di hiasi dengan bunga mawar. So sweet.huhu. cuaca pulak agak panas terik, lebih kurang panas di malaysia tapi kering. Bibir kering, kulit kering, tekak kering, hidung kering (sampai bedarah hidung aku, terukk nau ko niss!!) mata agak pedih, debu-debu betaburan sana sini.*kene pakai mask kalo tak tahan sebab banyak habuk*

First destinasi kami adalah Tian An Men Square dan Forbidden city. Sangat mencabar perjalanan kaki kami yang agak jauh. Hampir 2 jam la gak jalan kaki tanpa boleh berpatah balik *oneway*.adess T_T. Keadaan yang panas membako dan letih, membuatkan ade yang rase nak pengsan. *nasib baik aku bawak payung, fiuhh*.



Kawasan yang luas dan padat dengan pengunjung


Ramai sangat manusia di sana sini yang berpanasan tapi masih tegar berjalan-jalan


Nasib baik ada bunga-bunga an yang mendamaikan hati dan menyejukan mata memandang. Setelah berpanas berbatu-batu


Tak tahu la ni bunga ape.tehehee


Kalau bunga rose aku dah tak berapa heran, tapi aku teringin nak tengok bunga tulip yang di tanam di laman-laman dan nak pegang. Yeay!!, berjaye.. ~.~' 



(Masa ni ada Festival tulip)


Peace Yo!!

Lepas penat menapak, kami pergi ke Silk Show Room. Sini kire kilang buat sutera. Selepas kami di beri penerangan bermula daripada kepompong la, proses itu dan ini, bla bla dan bla. tengok sana sini, cuci mate sket, aku pon beli la bantal sutera yang empuk *selalu aku menyandau bantal itu kat ofis* huhu

 
Ini adalah kepompong-kepompong dalam proses menghasilkan benang-benang sutera yer kengkawan



"lai-lai ikut sarah", tu je yang selalu die cakap sepanjang penerangan die. mereka boleh betutur dalam bahasa indonesia.

 

Antara barang-barang yang di jual. Agak mahal-mahal gak la baju-baju berkenaan


Jyeahh, tu la hasil tangkapan aku. Selimut sutera yang boleh di lipat-lipat dan di gulung-gulung lalu menjadi bantal yang empuk. 1 bantal ni berharga 350 yuen kalo tak salah aku la *tak berapa nak hengat daa*



Last  destinasi (baru hari pertama jenjalan) adalah Acrobatic Show yang sangat-sangat owsem, menakjubkan, teruja dan pelbagai lagi perasaan eksaited mase tengok persembahan-persembahan mereka yang dasyat tu.hehe

   
Tidak la begitu besar teater ini. tapi selesa la. seat die warna warni sebab berbeza mengikut harga.

  

Dilarang sama sekali mengambil gambar kerana takut mereka terganggu dek pancaran cahaya kamere. Gambar ini di ambil secare curi-curi yer.huhu
*tutup flash*. Sebab tu senget benget.huhu (sila jgn tiru aksi ini OK!).

Jalan-jalan jauh memang membuatkan perut sentiase bekeroncong kan kengkawan.hehe


Makanan kat sini kebanyakkan nya masak tumis-tumis dan kering. Sume makanan agak tak pedas *kalo nak pedas, on request yo*. Sebab di china, pada musim ni agak kering dan mereka tak suka makan pedas kerana khuatir mengalami masalah saket perut. (Kalo perut melayu tu memang nak sental pedas sokmo kan. miahahaha)

Ok la, ini je dulu buat masa ni (baru 2 hari punya cerita)..Next entry nanti aku letak gamba-gamba je yo. Sebab banyak sangat gambo dan cerita yang nak di omel kan.takut letih plak yang nak mambace yo. Hado ke yang nak bace niss??entah laa..huhuhu 

*selingan*

*cmne la nak hamik gambo kalo begini saje rupenye..huhu *


Terima Kasih pada yang gigih nak bace tu yep. ^_^ 
*tepuk tangan sikit utk diri sendiri*

Cik Bedah Chowz dulu ~ Bye

7 comments:

  1. wahhhh... bestnya dpt prgi sana... btw salam ramadan dan singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya .. klu nak jd ahli poto travel tu mcm mana ek ??? yaaa sudi follow saya . hope will be friend soon :)

    ReplyDelete
  3. TQ atika..nak jadi ahli macamne tu yer?ke nak jd staff??..kalo nak mintak kerja boleh hantar resume..kalo nak tgk2 pakej boleh tgk ke website kami okeh..Thankz

    ReplyDelete
  4. Bestnya g China!!!!
    I'll be visiting HK end of this year.
    Nak tanya, bajet berapa ringgit nak kena bawak untuk makan/beli sourveniers sket-sket eyk???
    Thanks for the info. =)

    ReplyDelete
  5. Faiz : best tp penat..huhu
    Syawani : macam kami pakej siap makan, cume bawak duit utk belanje shopping je..ikut pada awk la kalo ade byk brg nak beli..macam sy aritu bawak dlm 5ratus..tp ade balance sket2 la..hehe

    ReplyDelete