23.8.13

Trip Beijing 7 Hari - 6 Malam , 10 May - 16 May 2013 (Part II)

Assalammu'alaikum semua pembaca blog yang tegar, salam 1 Malaysia..


Sila check it out entry lepas yer kengkawan yang budiman, kalo nak mengimbau kembali kisah lepas..ngee




Alhamdulillah, harini rajin nak hupdate blog..ngeh3, tahniah niss.. Memandangkan arini sejuk dek kerana econ bukak kuat, ape kate aku buat senaman jari supaya jari tak beku..*ape ko merepek ni nis*..

Okeh, tanpa membuang masa, aku akan sambung cerita aku pegi beijing aritu. Sebab takut sampai next trip lain nanti tak hupdate, lantas dah malas..hehehe

Pada hari seterusnya, kami pon sangat teruja untuk pergi ke tembok besau china. Ni adalah salah satu tempat yang aku bercita-cita nak pergi sejak daripada kecik lagi kan. Memandangkan angin yang kuat di sebelah pagi, maka kami telah berjalan-jalan mencuci mata dan menghabiskan duit di kedai-kedai menjual jade dan kristal yang cantik-cantik dengan banyak aksesori yang sangat buat anda rambang mata. kalo nak jimat duit macam aku ni, aku tengok-tengok je la. Aku tak berapa minat aksesori-aksesori ni. Memang tak beli apa-apa langsung pon .

Aku cuma jalan-jalan, acu-acu cincin, ambik-ambik gambar dan layan group aku yang nak membeli. takde paksaan nk beli, ikut suke hati memasing la yer



Aku dan farah, salah seorang daripada peserta kami. Comel kan die. 
*ehem3, farah mesti bangga kalo baca ni, hehe*


hah, pilih-pilih..jangan tak pilih..

Lepas puas membeli-belah, kami makan di restoran yang agak besar di kawasan ni. ade 3 tingkat kalo tak salah. dah la makan tingkat paling atas, sementara nak turun dah lapau balik dah..hoho


Lupa la ape entah nama restoran ni. Maap kan saya.

Lepas siap makan dan solat, kami pon meneruskan perjalanan menuju ke tembok besar china. Aku rase gila teruja, aku berjaya mendaki sampai ke kubu pertama tu..serius sangat penat, rasa nak pitam dan gayattt!!. Kepada sapa yang nak naik tu, make sure mendaki dengan struktur badan yang betul agar anda tak rasa pening kepala dan rasa nak pitam bila sampai atas. dek kerana perjalanan darah mungkin agak kurang lancar. kalo rasa tak larat jangan la pakse diri yer, bawak-bawak la berhenti rehat kat tangga tu yer, lagi satu tak payah la hengko nak naik laju-laju, bukan ada pertandingan sapa sampai dulu dapat bawak balik seketul batu tembok tu pon. So chill je naik sambil menikmati permandangan yang saujana mata memandang tu. Sangat indah permandangan sambil memikirkan macamana la mereka membina tembok yang sangat tinggi mengelilingi kota ini. Aku haritu naik kat kawasan yang ada kunci-kunci tu, ala-ala macam kat korea ler konon kann, hee..lom sampai korea, dapat feeling tengok kunci pon jadi lorhh..


Semangat kaww nak mendaki tembok besar, macam nak mendaki gunung everest lak rase.hehe


Jyeahh, abaahh!! anis dah sampai nigala cina.ngeh3 *jangan jeles*



Ni aku bergamba sekitar bawah saje *thanks my guide jadi photograper aku*, gambar dan video masa kt atas tembok semua hilang..Hwuaa T_T. penat je gigih pegang kamare amik video sepanjang aku mendaki sampai rasa nak terbalik ke belakang tau tak. Hampeh betol. Tapi tak pe la, janji dalam otak ada memori tuh. 



Aku tabik spring kat warga-warga emas cina yang gagah perkasa naik selamba dengan kelajuan yang melebihi aku. Perghh, agaknya diorang ni hari-hari senaman kat sini kot. Takde lah semput macam haku ni..hehe


Okeh, ni antara gamba-gamba di tempat lain-lain la yer. Aku combo kan sekali.hehe. *Nampak nau hengko ni pemalas nak menaip kan niss*..ngeh3


Masa ni kami melawat ke tempat mutiara. Mamat kat atas ni katanya anak pengasas tempat ni. tak tahu ler betol ke tak, setelah macam-macam die kelentong kami dengan kisah-kisah yang menyayat hati, kami pon di beri sebentuk cincin mutiara setiap sorang.jadi ler.


Ni pon adalah salah satu tempat yang aku terhingin nau nak pergi. 
Stadium Sarang Burung yang menjadi kebanggaan rakyat china ketika sukan olympik suatu ketika dahulu.tapi sekarang sudah tidak di gunakan lagi.mungkin hanya untuk latihan-latihan sukan rakyat mereka saja la kot kan.

Hoyeahh, akhirnya berjaya pon aku menjejakkan kaki dan melihat negara orang yang mana ianya merupakan separuh daripada impian aku, emm ni baru kira-kira dalam 2% je daripada beribu impian aku. hehe. Nampak sangat banyak benau impian aku kann. Ya Allah, aku besyukur kehadrat Mu kerana memberikan aku jalan melalui Poto Travel melihat keindahan alam ciptaan Mu secara percuma, ngeh3 *walaupon hakikatnya kene bekerja* hehe. Alhamdulillah

Panda Zoo. Ni first time aku tengok panda real depan mata aku sendiri, kesian kan aku..hehe.. takpe la, janji sempat gak tengok. Walaupon aku rase macam manusia pakai costume je panda-panda ni.hehe


Aku sebelom pergi memang dah pasang niat nak beli panda-panda yang comel dan berbulu halus ni. Sekali sesampai nya di sini, ada peserta-peserta aku kata bulu-bulu yang di gunakan untuk membuat panda-panda tersebut di khuatiri di perbuat daripada bulu khinzir *ehem, sopan sket bunyi*. Dan hati aku pon macam, ALAAAAA!!!!, punya la eksaited nak beli..hwuaa T_T. tapi takpe la, daripada was-was lebih baik tak payah belikan, nengok kan je lerr..huhu


Hai Mr Panda, are you know Kung fu? huahuahua


The largest TV



Ni pulak merupakan TV terpanjang di china. Kalau di sini kita ala-ala macam skrin besar kat PWTC la tu kan, kat bangunan UMNO tu kann..tapi TV kita versi menegak kan, diorang punya versi emm, ape nak kate ek..mungkin versi menonton sambil berbaring dan memandang ke atas. huhuhu. Tapi memandangkan kami datang pada belah siang, so takde la nampak apa-apa kan kat skrin tu, maybe belah malam lebih meriah suasana nya. Ini di sebab para peserta ingin menghabiskan masa lebih di shopping mall.

Sebenarnya hari ketiga ada pergi ke summer palace, di mana istana musim panas untuk maharaja china, Tapi malang nya gambo kat situ pon hilang. Pffttt.sedeh sangat uoalss hati kite nih. tapi nak buat macamana kan, sok-sok pergi lagi hamek ler gambo lagi puas-puas kan.

Okeh la kengkawan yang gigih nak membaca tu kan, itu saja la cerita yang panjang tapi telah di padat-padatkan macam tin sardin dalam 2 entry saja..hehe..sebab malas nk buat part III atau part IV.Bab-bab shopping tu memang aku malas nak cerita, sebab memang menguji kesabaran. Apa yang aku boleh nasihat kan, tawar-menawar la secara ganas dan keras hati untuk mendapatkan harga yang paling murah dalam hidop korang, macam yg aku buat.huahua. So maka nya anda akan dapat barang yang banyak dengan duit yang sikit.hehehe. Berbelanja la dengan bijak yer kengkawan.


Sekian saja daripada saya, Terima kasih pada yang gigih nak membaca atau ade yang setia mem folow blog yang tak seberapa ni. 

*Selingan*


Yeay, dapat bunga. Ada peserta yang petik kan bunga then bagi kat aku. Lepas tu kene marah dengan guide sebab sebenarnya di larang sama sekali memetik bunga yang kembang mekar di jalanan yer kengkawan. Maap yer Miss guide.tehee

Dan

Akhir sekali, minum la teh cina yang mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan dan menyegarkan tubuh badan anda


Itu saje, Sekian.. Wassalam.

7 comments:

  1. best nya aniss! jeles i taw..hihi
    teringin nak g sane jugak.. tp nak g free..haha :p

    jauh perjalanan, luas pengalaman..
    untung anis dpt pengalaman nie..hehe :D

    ReplyDelete
  2. hehehe..Thankz efa..InshaaAllah, nnt efa pon dpt..efa pon slalu g melancong free gakk kann..hehehe

    ReplyDelete
  3. Seronoknya anis!baca pun dah excited.haha!

    ReplyDelete
  4. hehehe..thankz farah :)..nnt u pon bleh dpt pengalaman yg same, InshaaAllah..bleh lah berkongsi same ^_^

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa......... done follow u, hope follow back

    ReplyDelete