23.4.15

TRIP TURKI 22 - 31 DEC 2014 (PART I)

Assalammualaikum Semua..


Lama rase tak menaip yer, maklum lah busy sket dek GST (haha, alasan je ko niss :p)..

Okeh, setelah hampir 5 bulan aku balik daripada turki, maka arini baru la datang rajin nak menaip dan berkongsi kegembiraan aku sepanjang di bumi yang indah dan ramai orang idam-idamkan untuk menjejakkan kaki di turki, termasuk la aku, hehe.. Wehuuu, Alhamdulillah rezeki.. ^_^

Kali ni aku membawa 33 orang, termasuk diri sendiri. Agak mencabar la sebab ni first time aku pergi agak jauh ke benua eropah seorang diri dengan membawa jemaah yang agak ramai. Agak cuak gak la, ari2 doa dan suruh abah buatkan solat hajat, gituhh i tell you.huhu. 

Entry kali ni mungkin panjang sikit dan mungkin ade 3 part. Sebab lame kan, pergi 10 hari tu, campur nak membebel sebab eksaited nau pergi turki ni lagi, dengan nak tunjuk gamba yang banyak lagi..huahua..Nasib la kalau hengko gigih nak bace yer. *peace*..

Untuk pengetahuan those yang nak pergi, korang kena tukar duit USD kat malaysia dulu, then sampai airport turki baru tukar pada Lira okeh. Don't worry, nak beli barang pakai USD pon boleh. Cume nak beli benda kecik-kecik tu pakai la lira. Nak masuk toilet nanti pon kena bayar 1 lira pakai syiling yo.

Day 1

Kami menaikki kapal Turkish Airlines. Ni first time aku naik kapal ni. Ingat besar la seat kapal untuk orang-orang timur tengah kan, rupanya sempit la jugak. Masa pegi pulak ade pak cik mat saleh duduk sebelah. Memang seksa la die nak keluar, haha. Makanan dalam flight pon agak mengkembang kan tekak la kan..huhu.. Aku lupe je nak amik gambar makanan dalam kapal sebab setiap kali die bagi makan, confirm mate tokleh nak bukak.. Sebab die serve da nak pukul 3 pagi. Sape la nak makan time2 tu kan. Tapi takut lapau, telan je la sikit-sikit pon.

Penerbangan mengambil masa 11 jam. Ni pon first time aku naik kapal direct 11 jam tak turun-turun. Perghh, memang bengkok la pinggang oii.. Pendek kate trip kali ni semua la aku first time lalui dalam hidup,haha.. 

Kami sampai pagi-pagi buta. Memandangkan musim sejuk kan, so kami keluar untuk naik bas ke airport daripada kapal tu memang mengigil giler la kan. 

Wohooo, Istanbul!!!! Aku Datanggggg!!!! ^_^
(Da lama nak jerit ayat ni taukk takkk!!!huahuahua)


Ni salah satu stadium terbesar di Istanbul. Ternampak masa ontheway daripada airport di istanbul nak ke bursa.

Perjalanan daripada airport Atarturk Istanbul menuju ke feri untuk ke bursa mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, bergantung pada keadaan lalu lintas. Masa kami lalu aritu agak sesak la kat jambatan tu *rujuk gambar 1 di atas*..

Okeh, sekarang kita akan menaikki feri kat depan tu untuk menyeberangi lautan luas terbentang itu yer tuan-tuan dan puan-puan.hik hik
Perjalanan menyeberangi laut lebih kurang 30 minit.

Ni keadaan dalam feri

Wehuu, muke serabai sebab dan tidor 11 jam dalam kapal terbang, bangun terus naik bas, pastu naik feri. Suasana sejuk giler, tapi saje nak feel kesejukan itu maka malas nak pakai winter coat. Padah nye, sepanjang hari ni selesema teruk. Padan muka aku, huahua

Lihat la duniaa.. ^_^
Laut indah terbentang luas di depan mata sambil melihat burung camar putih berterbangan di awanan, gituewhh.. Untung-untung kene poopoo dek burung tu.. haha, padan muka sapa yang kene :p

Sampai-sampai bursa, kami terus ke Ulu mosque. Masjid ni merupakan antara masjid tertua di kawasan ni.
Tu la Tour Guide kami sepanjang di istanbul iaitu MR Nevzat Keratas.

Ulu Mosque.. 
Unik kan dinding nya, nampak simlpe tapi indah bila memandang.. ~.~
Ni suasana dalam Ulu Mosque

Ini Pula Pintu masuk. Kebanyakkan pintu masuk masjid di sini banyak pintu macamtu. Takde pintu canggih macam masjid kat tempat lain.. Unik sangat

Lepas melawat Ulu Mosque, kami ke masjid Green Mosque pula. Di sini kami berhenti untuk solat. Suasana dingin tapi matahari panas terik sangat.

Lepas dah jalan-jalan melawat masjid dan solat, kami berhenti untuk makan dulu. Yela, daripada breakfast dalam kapal dan feri sikit-sikit tadi, baru ni la dapat lunch kan.

Appetizer wajib di turki ni adalah makan roti cecah sup dan segunung salad pelbagai jenis. hehe

Agak kembang tekak jugak la mula-mula makan makanan diorang ni. 
Namun harus di telan jua dek kerana kelaparan.

Tunggu makanan punya tunggu, sekali ini je dia bagi. Hahaha
Aku ni da la kebuluran, ni aje makanan berat pertama yang di hidang kan.

Walaubagaimana pon, jangan ingat tak kenyang okeh.. Sekali dan makan, perghhh kenyang gilaaaa.. Sampai rasa tak mampu nak habiskan. Apa-apa pon daging salai di hiris nipis yang di simbah dengan minyak zaitun panas dan di cicah oleh cheese ni memang superb. *rindu pulak nak makan lagi* huhu..

Lepas dah makan, kami melawat ke Green Mousoleum (maaf, lupa makam siapakah di dalam ini, takut salah info). Then kami ke silk House untuk membeli belah. Unik nya tempat ni, segala barang boleh beli dalam ni.. Tapi dalam kedai tu tokleh amik gambaq pulak. So amik je la gamba kat luar.

Kalau sapa tahu tentang sejarah makam ini, boleh la kongsi kan sejarah di ruangan komen di bawah. Terima Kasih

Silk House 

Cantek lampu-lampu ni kan. Ade gak Group kite yang gigih beli bawak balik. Teringin gak nak beli, tapi tang mana la aku nak sangkut kan..hehe

Okeh, dah penat jalan-jalan kami terus bergerak menuju hotel di bursa.

Hotel Baia di Bursa

Lobby Hotel. Kebetulan masa kami pergi ni kan hampir christmas.

Kami check in agak awal pada hari pertama ni. Check in dalam jam 3 petang.. Punya la lama nak tunggu dinner pukul 7 malam tuh. Nak-nak time winter ni malam panjang daripada siang kan.. Jam 4.30 petang macamtu da maghrib dah dan dah gelap. So badan dah penat, mate pon dah ngantok. Tapi sebagai Tour Leader yang berjaya, harus tahan semua itu untuk elakkan terbabas tidur dan kene turun awal mase jemaah makan. Sekian, haha..

DAY 2

Esok hari nya, pepagi lagi kami dah kene check out untuk bertolak ke pamukkale. Sejokk gila pagi2 wehh, haha *jakon*..

Perjalanan kami daripada Bursa ke Pamukkale mengambil masa hampir 8 jam.. Tertakluk pada musim yer. Tengok juga pada kekerapan bas berhenti untuk ke toilet. 

Ni antara panorama kiri dan kanan sepanjang perjalanan kami ke pamukkale. Pada musim sejuk, banyak pokok yang akan kekeringan tandus di tasik madu, gicuu.. :p

Ni merupakan pokok zaitun. Pokok Zaitun ni amik masa yang lama untuk membesar, so pokok zaitun akan hidup dan bertahan lama. Orang turki memang gemar makan minyak zaitun, sebab tu la kulit diorang canteks-cantek. Sebab minyak zaitun boleh mencuci darah dan cantekz kan kulit.

Di kawasan gurun sahara yang tandus sepanjang perjalanan ini juga, terdapat bukit-bukit seperti di gambar rajah di atas. Tour Guide memberitahu bahawasanya ini merupakan makam raja-raja dan pembesar pada zaman-zaman dahulu. Mereka akan letak segala harta kekayaan mereka bersama jasad di dalam bukit itu. 

Setiap 2 jam perjalanan, biasanya akan ade pit stop. Wajib yer untuk pergi toilet atau beli jajan. tehee.

Sepanjang trip pergi turki ni, korang wajib menunaikan segala hajat di setiap pit stop okeh!. Hahaha. Kene pakse jugak sebab bas hanya akan berhenti setiap 2 jam, kalau hengko tak membuang siap-siap, keras la hengko dalam bas tu, Miahaha. Tapi kalau ada kes-kes darurat mungkin guide dan coach captain (driver) boleh la pertimbangkan. Sebab sangat susah nak cari tempat berhenti di tengah-tengah gurun sahara ituew yo!.

Lepas hampir 2 jam perjalanan, maka sampai la ketempat makan tengahari, Wehuu.. Sejuk-sejuk ni lapaqq baq ang ~.~..

Lupa la nak amik gambar makanan kat sini. Dah lapau nau, huhu


Hew Hew, ramai bebudak je yang keje kat sini. Tak tahu la part time atau keje tetap. Malu ittew ~.~ (die bukan peluk tau, maybe budaya dorang bila amik gamba mesti letak tangan kat belakang badan kita :p)

Sebelum sampai ke pamukkale, kami berhenti sebentar di cotton box. Di kedai ni ade jual pelbagai jenis tuala, cadar, sarung bantal dan macam-macam lagi..

Rambang mata juga la wehh!!.. Tapi aku ni jenis kalau dah terlalu banyak barang yang menarik, aku amik keputusan untuk tak beli apa-apa. haha. Tapi bak kata sifu kami 'Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli'. Okeh sekarang rasa menyesal gak la tak rembat satu.ahakzz ~.~

Lepas dah membeli belah kat sini, kami pon bertolak ke cotton castle = pamukkale. Daripada jauh lagi kita akan nampak bukit yang berwarna putih, tapi bukan salji yo! jangan tertipu. hew hew
COTTON CASTLE

Make Sure kalau hengkorang pergi wajib sempat tengok sunset okehh.. Memandangkan kami pergi musim sejuk, so sunset dalam jam 4 petang. Sekejap sangat sunset nye, tau-tau matahari dah hilang. Nasib baik aku sempat bergambo sakan kat sini..hew hew
Daripada bas ke atas ni kene jalan kaki lebih kurang 200 meter. Sepanjang perjalanan mendaki ke bukit ni, anda dapat melihat keindahan batu-batu yang juga merupakan tinggalan kota lama di zaman Rome dahulu kala. Sangat kukuh la kan. Beribu-ribu tahun pon masih ade bangunan yang masih tegak berdiri lagi.
Ada juga yang dah tinggal tapak-tapak je.

Aku tak dapat nak bayangkan macamane orang dolu-dolu pikul batu-batu besar ni untuk di buat tembok mengelilingi kota pada keluasan yang agak luas. Fuhhh

Aku teringin gila nak amik gamba kat tembok bekas peninggalan kota Rome ni weh. Sebab aku teringin nak buat reunion kengkawan dalam gambar. *sila rujuk gambar reunion di bawah* haha..
Canteks kan panorama di belakang itew, hew hew.. Matahari kat belakang tu hanya sekelip mata sahaja dah hilang.. huhu
Warna putih yang dapat kita lihat di atas tu adalah kesan gempa bumi yang berlaku di kawasan ini. Maka mata air panas yang mengandungi kalsium karbonat mengalir keluar menghasilkan kolam air panas yang boleh kita celup-celup kaki seperti aku buat tu. Hehe. Jangan risau, air tu takde la panas sampai boleh masak kaki hengko tu. Air tu suam-suam kuku je, tapi kawasan yang takde air tu permukaan nye agak sejuk sampai boleh buat kebas kaki tau. So hati-hati tau, sebab ade kawasan agak licin. Jangan pulak hengko buang tebiat nak rase air tu pulak, rasa tapak kaki orang je la wehh!! hahahak.. *sebab ade jemaah aku yang tanye ape rasa air tu, guide pon macam - krik krik -.-'* Hikhik..
OFFICE MATE REUNION IN THE FRAME PIC
Team Ticketing kami di office masa ni hanya ada 4 orang saja. So aku decide untuk buat reunion bergambar di mana kami berada di dinding yang sama, di negara yang sama tapi kakak je musim lain, kami bertiga pergi mase musim sejuk. Kerlass tak weoals, buat reunion dekat turki uoalss, haha.. Ini membuktikan kami semua telah berjaya menjejakkan kaki di bumi 2 benua ni. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah ~.~

Okeh, dah penat cecelop kaki maka nya dah penat lalu nak balik hotel then tidor. Kat pamukkale kami menetap di LYCUS RIVER TERMOL SPA PAMUKKALE. 
Amik gambaq satt..hehe

Ni la dalam bilik hotel. Sejuk baq ang!

Aiskrim Turki adalah antara makanan feveret semua orang wajib rasa tau. Rugi gila kot tak rasa aiskrim turki kalau dah sampai sini. Mesti hengkorang nak rasa di permainkan dek penjual macam Lisa Surihani di permainkan dalam Movie Istanbul Aku Datang tu kan. Rasa die macam kenyal-kenyal sikit. Gigih gila makan aiskrim walau pon cuaca tengah sejuk giloss. 5 lira setiap 1 aiskrim kon tu.
               
Aku rasa makanan kat hotel ni memang win la weh. punye la banyak gila makanan dia. Nak pilih pon rambang mata macam nak pilih baju. Aku ni gila benda manis sikit, lantas aku amik desert2 yang enak2 tu banyak2 sampai guide aku tegur jangan makan benda manis terlalu banyak. hahaha. Sebab sebelom tu aku dah makan nasi la, daging la, salad la, roti la..Muahaha.. Aku tak tahu kenapa aku makan banyak gila mase kat turki. Sebelom pergi pon kengkawan da cakap 'ko balik confirm berat badan naik'. Tapi lantak la, bila lagi la nak dapat rasa lagi kan.

Day 3

Pepagi buta dah kene check out awal, memandangkan kami akan bergerak menuju ke Cappadocia yang memakan masa hampir 10 jam habaq ang!Fuhh, lengguh pinggang derr..

Sebelum berhenti makan tengahari, kami berhenti sebentar di R&R. Di R&R antara destinasi ni, anda wajib rasa poppi seed. Dekat tempat lain kite tak pernah dapat makan kan, tapi kat sini boleh makan. hehe. Poppi seed ni kita makan bersama madu yang agak pejal tapi jelly2 sikit bersama cream cheese. Rasa jangan tak rasa ya uoallss..

Die akan bagi dalam pinggan kecil tu. Letak cream di bawah, tengah-tengah letak madu dan poppi seed akan di tabur atas tu. Cuba la rasa, sedap tau.

Kalau kat turki ni wajib la minum air jus delima yang sangat fresh ni tau. Agak masam dan pahit, tapi baik la untuk kesihatan. Kalau korang tahan, sila la minum banyak-banyak. Kadang-kadang diorang akan campur jus delima dan perahan limau tu, mungkin juga ikut permintaan pelanggan. Tapi die punya masam, perghh, jangan cakap la weh.. Kenyit-kenyit mata. hahakk

Lepas tu kami meneruskan perjalanan lagi. Then berhenti untuk makan tengahari di sini *rujuk gambar rajah di bawah* 
Kami Lunch Di restoran ini

Antara ahli jemaah kami. 
Alhamdulillah semua kenyang perut suka hati kan. Hehe

Nampak je cume makan roti nipis, sup dan daging. Tapi dia punya kenyang, makk aii.. kembung la pipi dan perut ni. Haha. Alhamdulillah, Syukur

Lepas makan dah kenyang, kami bergerak untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh. 

 Dalam perjalanan, kami ade singgah di Mevlana Museum. Mevlana merupakan pengasas untuk tarian sufi yang glemer di turki. tarian yang penarinya pusing-pusing pakai jubah putih dan tarbus tinggi tu. Jangan lepaskan peluang untuk menonton tarian ini tau. Tapi di museum ni hanya ada makam pengasas2 dan hasil peninggalan beliau. 

Kat sini nanti Guide akan terang kan serba sedikit pasal tempat ni. Masuk dalam tempat makam tu kene sarung kaki guna plastik tau. Depan pintu tu nanti ade sediakan plastik sarung kaki

Masa musim bunga kawasan ini cantek di penuhi bunga mawar berduri. Memandangkan ni musim sejuk, maka hanya boleh nampak dedaun kekeringan sahaja ler.huhu

Ni antara kawasan dalam tempat ni

                 
Di antara yang ada dalam bangunan-bangunan ni. Banyak lagi la, so korang boleh la explore apa lagi khazanah yang ade dalam ni okeh.


Lepas melawat Mevlana Museum ni, kami meneruskan lagi perjalanan. Tapi sebelom sampai ke Cappadocia tu kami sempat singgah ke salah satu Sultanhani Caravanserai. Sultanhani Caravanserai ini merupakan tempat persinggahan para pedagang zaman dahulu. Mereka akan berehat dan mendapatkan rawatan untuk tunggangan seperti unta. Bangunan ni agak tinggi, muat tau unta masuk dalam tu.
Sultahani Caravanserai

Tasik besar ini terjadi kesan daripada gempa bumi yang terjadi banyak kali di kawasan ni. Mula-mula tasik ni kat atas macam biasa, tapi dek gempa bumi maka tasik ni jadi mendap ke dalam macamtu. Nampak je macam kecik kan, tapi sebenar nye tasik ni besar gilaaa.. Tasik ni ade belah belakang bangunan tadi tu..
Masa singgah tempat ni, ari pon da makin senja. Badan pon dah letih nau nau..

Kami pon meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Nampak tak betapa jauh nya 10 jam nak sampai, haha

Cantek sangat tengok langit bila hampir senja ni. Kuasa Allah memang tak ternilai kecantikan nya kan. SubhanaAllah..^_^

Adeh, penat la menaip. korang pon mesti letih membace dan tengok gambo kan. Maka nya, aku akan sambung coretan ke entry seterusnya.. Nanti kite cite pasal naik belon-belon panas wokehh. Best giler uoalss, rugi tak naik.. hehe

K chow cin chow mak bedah uoalss.. ~.~

9 comments:

  1. best sgt...tapi lagi best kalau dapat explore satu turki tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gilee..hehehe.. ni pon da almost cover the whole turki.. patah pinggang naik bas lame2 tauu..hehe

      Delete
  2. wahhhh..shared la sket brpe bujet ke sane hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajets depends pada awak kalau nak berbelanje lebih atau tak.. mungkin dalam 3 ke 4 ribu.. kalau nak naik ballon, kene la bawak lebih sikit.. sebab naik ballon je almost 1K.. ^_^

      Delete
  3. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete
  4. Jom ke Turki !!!! ✈✈✈ *TRIP TURKI 10D7N 2020* hanya RM4299/pax termasuk flight. Untuk full itinerary boleh contact no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com ✈

    ReplyDelete
  5. Trip to Turkey that you do is very memorable and very exciting. I like reading your blog. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge here. en.balijetaime.com

    ReplyDelete
  6. ASSALLAMU ALLAIKUM ……… WR WB ………….
    MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
    JOM KE INDONESIA
    HORAS … !!! WELCOME TO INDONESIA

     JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
     JOM JAKARTA , JOMBANDUNG, JOM YOKYAKARTA
     JOM BALI , JOM LOMBOK, JOM MAKASAR
     JOM SULAWESI /CILEBES

    KAMI DARI SYARIKAT PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA, SYARIKAT PELANCONGAN BERLECENSED & PROFESIONAL. PAKEJ TEMPAHAN KE MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI , HIKING & TRACKING , PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS, SEMUA KAMI DESIGN DENGAN HARGA MERANARIK DAN SANGAT MURAH DAN MAKAN HALAL 100 %

    HARGA PROMO SEWA KERETA : PASSWORD “ RAJA OMBAK “
    AVANZA , XENIA, ERTIGA (ALL 05 SEAT ) KAMI BAGI HARGA PROMO MYR 580 UNTUK 04 HARI ( MEDAN DAN LAKE TOBA TOUR ) DAN MYR 450 UNTUK 03 HARI (MEDAN AND LAKE TOBA TOUR ) HARGA TERMASUK PATROL DAN DRIVER PROFESIONAL. SEMUA SEWA KERETA ALL IN INCLUDED INSURANCE RISK

    SILA CONTACT ( 24 HOURS ON LINE )
    TIARA TOURS INDONESIA & CAR RENTAL SERVICE
    AREA : MEDAN DAN DANAU TOBA
    BANDAR : MEDAN
    ADDRESS : JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    PROVICE : NORTH SUMATERA , INDONESIA
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    CELL / WA +6281383535091
    CELL / WA +6285358982828
    CELL / WA +6285762820068

    Blog Spot : http://traveltiara.blogspot.com
    Facebook : TIARA RAJA OMBAK
    Facebook : TIARATOURSINDOMESIA

    ReplyDelete