12.4.17

EUROPE TRIP (PARIS) 13H10M PART 2

Assalammuaikum..

Bersambung cerita kita kembali untuk negara-negara yang di lawati seterusnya. Untuk Part 1, boleh tengok di link bawah ni yer : -

EUROPE TRIP (PARIS-AMSTERDAM) 13H10M PART 1

DAY 4


Hari seterusnya kami bertolak ke Paris.. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 10 jam memang makan masa yang agak lama.. Fiuhh.. Kami lunch di RNR dan masih makan bekalan yang masing-masing bawa atau pun yang mana yakin nak makan apa yang di jual di situ, sila kan laa.. Tiada paksaan, tehee.. 



Kita makan duluuu.. Cengini la hidup bermusafir, yang penting dapat makan. Hee

Masa ontheway to Paris tu kami singgah di Masjid untuk solat. Tu seronok dapat driver yang muslim juga sebab sangat menjaga waktu solat dan dia akan cari jugak Masjid untuk semua solat. Alhamdulillah

Kalau sesiapa yang pernah pergi Europe Trip wajib nampak pokok yang bunga nya menguning gini kaann sepanjang jalan di semua negara Eropah yang kita lalu. Ini Adalah pokok Canola yang mana bunga nya akan di proses untuk di buat minyak masak dan juga minyak untuk kenderaan. Memang sangat-sangat banyak dan ladang yang sangat-sangat luas saujana mata memandang. Cantik sangat!
Ni adalah boarder sebelum masuk negara France. Boarder-boarder sana sama macam Malaysia nak masuk Thailand je lebih kurang, macam lalu kat tol je pon ada. Takde sesiapa cek dan kami pun tak perlu susah-susah turun ke ape. Just driver je yang urus kan.

Sampai je kat Paris, kami terus menuju ke Muzium Louvre. Muzium ini sangat terkenal di doniaa sebab ada potret monalisa dalam nya. Antara muzium yang terbesar dan mempunyai ramai pengujung. Aku tertarik dengan filem Indonesia yang bertajuk 99 Cahaya Di Langit Eropah di mana mereka menunjukkan sesuatu yang menarik untuk di lihat dalam tu selain potret Monalisa yang femes tu, iaitu Potret yang ada tulisan لَا إِلٰهَ إِلَّا الله ‘Laa ilaaha Illallah” di selendang Mariam, ibu kepada Nabi Isa Alaihi Salam. Sangat teliti sampai boleh nampak ukiran sekecil itu. Hebat sungguh cerita tu, mohon tonton sebab banyak sangat info menarik yang di terangkan dalam filem tu. 

Kami hanya bergambar sahaja di luar ini kerana masa yang agak terhad membataskan semua untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Ini pun antara salah satu impian aku nak bergamba dengan piramid kaca ni. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah.. ^_^

Mengikut filem 99 Cahaya Di Langit Eropah lagi, gerbang belakang ni di bina oleh Napoleon pada zaman dahulu dan kuda di atas tu di paling kan tegak menghadap Kaabah. Mungkin demi memperingati pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang pada zaman dahulu. Tu yang ada kuda dan macam pahlawan tu. Sebab kan gerbang ni terlalu tinggi, so tak berapa dapat tengok sangat la patung tu.

Lagi satu benda yang sangat-sangat buat aku gembira gilaa sebab akhirnya aku berjaya tunaikan impian sendiri untuk naik Eiffel Tower. Alhamdulillah.Yahoooo!!!. Masa ni kami amik untuk naik paling top level sekali dalam 17 Euro masa ni. Kalo tak salah aku, kadang-kadang harga naik menara ni akan berubah, mungkin ikut musim ke ape, tu aku tak pasti. Sebab sebelum ni kawan aku pergi harga nya lain, dalam 15 Euro tak salah kot, atau mungkin dia tak naik sampai top, mungkin!. Pada aku tak rugi kalau korang amik terus ke top sebab masa nak turun tu kita boleh turun ke 2nd level dan ke level yang ada glass cam gamba bawah tu. Toksah ler rasa gayat bagai walaupun aku rasa memula cam gayat tengok, tapi sebab kat atas tu ade besi yang hadang cam gamba atas ni, so takde lah rasa gayat mana. Tapi tak berapa syiokk la bila amik gamba nampak jaring besi lak aii.. 

The view from the top. Gitueww

Sebelum aku pergi ade member aku yang bagitahu pasal floor glass ni, sebab katanya baru lagi bende ni. Maka dengan bangga nya aku dedikasikan gamba duduk atas floor glass ni pada kawan aku tu. Weh, aku dah duduk dulu kat sini okehh. Ko yang cerita dulu, tapi aku yang dapat merase dulu.hewheww :p..

Kami habiskan masa lebih kurang 3 jam lebih rasanya kat sini. Masa tu kat sini dah jam 6 petang, tapi cerah lagi kan. Mujur pergi masa Spring Time, so tak tekejar-kejar nak pergi mana-mana tempat. Sebenarnya ada yang nak tunggu malam dan nak tengok lampu kelip-kelip Eiffel Tower nan indah tu (dalam jam 9 malam camtu dia berkelip, bergantung pada musim masa tu), namun ada yang dah terlalu penat mengharungi perjalanan yang agak lama, maka kami sempat tengok daripada jauh sahaja la sebab masa tu dah perjalanan balik, tambahan pula bas di Europe ni ade limit time mereka untuk bergerak, so kene ikut timing dorang la kan. Mintak bawak pegi Eiffel Tower ni pun kene upah la sikit driver sebab mintak dia kerja lebih masa kann. Takpe la, janji hajat naik Eiffel Tower telah terlaksana. 

Kami terus bertolak ke Hotel. Di Paris kami duduk di Hotel Ibis Paris Porte D'Orleans. Bilik kat sini paling best sebab luas sangat-sangat. Untuk aku yang stay sorang dalam bilik memang luas la boleh golek sana sini, huhu..

Gambar dalam bilik : -
Welcoming Greeting sangat gitueww.. 
Namun idokk ler aku paham wehh sepatah haremm pun katenye itueww.. huhu






Yang best sebab tandas ni asing dengan bilik air. So mana yang share bilik dengan orang lain tak payah berebut nak melepaskan hajat dengan yang nak mandi yo.. Hee

 Day 5

Hari seterusnya kami membuat lawatan sekitar bandar Paris sahaja. Hari ni ada guide yang bawa jalan-jalan. Nama nya Mdm Marie.


With Mdm Marie our Guide, Mr Fauzi our Driver dan Poknik, Staff Poto yang pergi bercuti bersama his wife..

My Dream Come True..
Ah Gitueww.. 
Bangunan kat belakang tu adalah Arc De Triomphe. Lepas aku tengok Filem 99 Cahaya Di Langit Eropah tu kan, baru aku tahu atas bangunan tu boleh naik sebenarnya. Jika di lihat daripada atas tembok tugu ini juga di bina tegak lurus  di sepanjang jalan Champs Elysees, menghadap ke tiang emas tengah-tengah tu (apo namo entah) dan menuju ke Muzium Louvre. Untuk info lanjut mohon google, hee.. Masa ni guide tak bagi pun kami melintas untuk ke tengah jalan tu. Arc De Triomphe tu kat tengah-tengah round about. Guide cakap kalau kita main melintas je pastu ada kereta langgar, kereta tu tak kan peduli dan kita yang melintas ni yang bersalah sebab kereta tak kan berhenti kalau nampak orang melintas. huhu

Lepas dah hampir separuh hari membuat lawatan sekitar bandar Paris, kami makan tengahari di Indian Restoran di sini. Dia punya nikmat dapat makan kari dan ayam tu jangan cakap la sedap nyaa wehhh!!.. Macam dah 8 juta tahun tak dapat makan yang kena dengan tekak kan.
Ni lah restoran nya. Agak tersorok sikit dan perlu jalan kaki agak jauh sikit untuk sampai ke sini. Lepas makan kami ke Kedai warna pink belakang tu (zoom sikit mata). Di sebabkan aku syokk sangat shopping, lupa nak amik gambar kedai souvenir. Hee. Makanan pun lupa nak snap. Jalan kaki untuk menuju bas kat depan tu ada Hard Rock Paris. So lepas ni sesiapa nak makan kat sini, dah dekat je dengan Hard Rock area belakang kawasan ni yo..

...
Lepas dah makan, sepatut nya guide nak bawak pegi Masjid. Aku pun agak tak faham sebab ada ahli rombongan yang lebih prefer untuk terus shopping dan nak solat kat Hotel je. Terpulang la kaann, serba salah jadi nya pun ada. Make sure lepas ni jangan lupa solat dulu ya semua, dahulu kan akhirat yang wajib berbanding duniawi yang tak kemana ini, gitueww.. Udah melepas nak tengok masjid kat Paris lorhh.. -.-'

Kami shopping di Lafayette. Tempat ni merupakan syorga dunia bagi yang suka shopping di sini. Tapi aku macam biase la, idok ler mampu aku nak labur duit di sini. Aku pergi kat kedai yang murah-murah, beli beg murah, souvenir sikit dan beli coffee lepas tu lepak kat food court. Hee. Kat 4 jam jugak la mereput tunggu semua habis shopping. Bukan kecik weh tempat ni, besar gila kot. Aku pun hampir sesat, so aku tak berani nak pegi jauh-jauh sangat dengan escalator. Huhu
Lafayette, Syorga pelaburan donia. ^_^

Malam hari tu aku pergi la keluar untuk cari kedai kebab. Tapi kawasan hotel tu banyak sangat orang kulit hitam sampai aku rase seram, mujur selamat pergi dan balik. So sapa yang stay kat paris hati-hati la yo dengan orang kulit hitam yang ada je di mana-mana pelusuk paris ni. Haihh

Dah dulu la eh, panjang nau lak nak terus kan cerita seterusnya. Semoga berjumpa di next entry iaitu ke Amsterdam ler kitaa wehhh!!!. I love Amsterdam moree.. Heheeee ^_^

Choa Chin Chau..

No comments:

Post a Comment