30.8.17

EUROPE TRIP (AMSTERDAM-BRUSSELS) 13H10M PART 3

Assalammualaikum..

Okeh, bertemu kembali kita untuk cerita ke eropah kita ni ke Amsterdam pula yaa.. ^_____^

NI link entry sebelum ni kalau mana yang nak tengok cerita sebelum ni yoo..
EUROPE TRIP (FRANKFURT-SWITZERLAND) 13H10M PART 1

EUROPE TRIP (PARIS) 13H10M PART 2

DAY 6

Lepas sarapan pagi, kami terus check out dan harini kami akan bertolak ke Amsterdam. Perjalanan yang mengambil masa hampir 8 jam, akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu bakal aku lalui, iaitu untuk melihat keindahan ladang tulip di Keukenhof, Lisse.. Dalam perjalanan ke Amsterdam tu kami terus singgah ke Keukenhof untuk ke ladang tulip tersebut.. Sangat saujana mata memandang sebab kawasan tersebut memang luas khas untuk penanaman tulip, dan kawasan pameran..

Aku ni memang sangat obses la weyy dengan bebunga tulip. Memang aku aim sangat-sangat trip yang ada pergi festival tulip ni. Heheee ^___^


Malas la nak cerita banyak, sila la lihat gambar-gambar aku yang sangat gembira di dalam ladang ini. Kami hanya di beri masa lebih kurang 2 jam sahaja. Kalau ikutkan memang sangat tak cukup la masa kan, namun kena la akur dengan masa yang dah driver bagi demi meneruskan perjalanan ke Amsterdam.



Geng rombongan cik kiah yang sangat sporting dan girang di kebunan bungaa tulipp!hehehee ^_^





Hamboi, kemain giang aku sampai teringin sangat nak rasa baring di atas rumput kat sana. Lantak orang nak tengok ke apo, hewhew :p




Cantik-cantik sangat semua bunga nya wehhh!!.. Sampai rambang mata sangat-sangat sebab rasa semua bunga nak amik gambaa. Nak pegi lagiii!!! Hwuaaaaa T_T (In Shaa Allah, one fine day) hee

Saujana mata memandang sangat kan suasana sepanjang perjalanan menuju ke Amsterdam ni kan. Sangat Cantikkk!!!



Lepas dah puas bergolek di kebun bunga macam heroin hindustan, kami pon meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Di Amsterdam kami menetap di Hotel Zaan In, di kawasan Zaandam. Memang best sangat-sangat kawasan ni sebab sangat damai macam kawasan kampung..


DAY 7

Keesokkan harinya kami buat Tour In Amsterdam. Memang sangat best la jalan-jalan di sekitar bandar Amsterdam ni. Boleh di katakan tempat yang mesti kena pergi lagi, Hehe.

Yeayy, akhirnya tercapai pon impian aku untuk bergambar di depan 
I AM AMSTERDAM!!.. Wehuuuu ^_____^..

Kami menaiki cruise menyusuri sungai-sungai di bandar Ams, bersama our Tour Guide of the day , Kak Rock!.. Kak Rock merupakan orang Malaysia yang menetap di Amsterdam kerana keluarganya memang dah pindah UK semenjak dari beliau kecil. So sekarang dah berkahwin dengan orang sana. 
 Unik kan bangunan deme bentuk kapal..
                                  
Kilang Cheesee!!!
Kami pergi ke kilang membuat Cheese. Mengikut orang sana, mereka punya cheese adalah 100% original tanpa sebarang bahan tambahan seperti bahan kimia. Mereka di haromkan meletakkan sebarang bahan campuran kimia selain daripada cheese original sahaja. Tapi ada jugak cheese yang ada macam-macam perisa. Aku beli jugak la walaupun sampai sini tak makan sampai berkulat pehtu buang je, huahua. 
With Dutch Lady. Selama ni tengok gambo kat tin susu je, hehe
Hengko hado kasut sebesau hakak?!! :p


Pergi ke tempat menjual Diamond, yang hanya mampoo tengok je la tak mampoo nak beli.. huhu

Berhenti Solat di Masjid di sebuah kawasan macam perumahan, tak hengat apo namo eh.huhu


Bawah masjid tu ade jual makanan arab, kami lunch di sini. Kebanyakkan masjid akan ada jual makanan halal yang semestinya macam makanan arab yang akan di jual. So toksah la risau akan kebuluran di Europe ni yo sebab banyak je jual makanan halal. Dont worry bebeh. ^_^

Kami singgah di kawasan Volendam yang super duper best gile, sebab rumah-rumah ni dok kat tepi laut yang sangat nyaman dan cantik. Kat kawasan ni jugak ada jual souvenir (area depan rumah-rumah tu). Mohon beli souvenir kat sini sebab sangat-sangat murah dan banyak pilihan. 
Ni la kawasan tempat kite sopinkk souvenir tuuu.. Yeayyy.. Aku memang melokop habis-habisan laa sepanjang kat Netherlands ni wehhh.. Adeh, hahak ^_^
 Wefieee..

Wefiee lagi..

















Lepas balik daripada Volendam kami pon terus ke Zaanse Schans, iaitu terletak berdekatan je dengan kawasan hotel. Akhirnya, tercapai jua daku nak pergi kat kawasan kincir angin ni. Alhamdulillah. Memang nyaman sangat-sangat kat kawasan ni uolas..

Ni trademark posing hakak eh, jangan tiru!! huahua :p

Hamek kawww, besau gilee tak kasut ioalss..

Ah, gitueww. Kemain hengko hakak posing. heheheee

Sampai je hotel, kami plan dengan sapa yang nak pegi ke Damrak Square untuk jalan-jalan sendiri di bandar tu di waktu malam. Harus la tak lepaskan peluang pegi jenjalan kat situ kan. Ngeee

Kami main test je redah beli tiket naik ketapi untuk ke Amsterdam Central. Lebih kurang harga dalam 3 Euro rasa nya.
Yeayy, akhirnya sampai pun kat Amsterdam Central. Wehuuuu ^_^

Yeayy, sebenarnya daku ingin mencari kentang gergasi ini saja la weh. Sebab member-member cakap kalau pergi sini wajib beli kentang besau. Maka, daku pon beli la
Nahh, hamek kawww.. Dah la besau, kemain banyak lagi kentang nya weh. Sampai naik muak nak habiskan nya. Tapi masa ni aku tersalah pilih sos tomato lak, patut amik mayo or cheese. Adehh. Tapi takpe, janji ngidam dah di tunaikan. Alhamudulillah

Ada kakak dalam group daku membeli churos kat sini, kemain sedap lagi hengkoo.. Adehh, leleh lak bile teringat. Hehehee
Ehem, kalau dah sampai sini wajib la lalu di Red Light ni kan. Saja je nak cuci-cuci mate. Tak nak cite lebih la pasal tempat ni, Okbai. Huahuahuahua :p

DAY 8

Keesokkan harinya, kami pun bertolak ke Brussels untuk menaikki Eurostar untuk ke London. Wehuuu.. So dalam masa sehari aku melalui 3 buah negara. Amsterdam (Holland) - Brussels ( Belgium) - London (UK)..

Dalam perjalanan tu kami singgah di Atonium just for photo stop only. Atonium tu adalah replika besi bulat-bulat yang besar tu. 
Wee, cantek sangat bunga-bunga tulip kat sini

Selepas tu kami ke Grand Place iaitu kawasan yang ada bangunan lama-lama besejarah di Brussel. Di sini juga yang femes dengan Mannekin Pis tu, yang patung budak kencing tu. Hehehe
Patung sebenarnya kat tepi jalan sebelah kedai waffer ni. Tapi memang sangat ramai la orang nak tengok budak tu kencengg, sesak woii. Hahahakkk..
Haaah, tu je la pon patung budak kecik kencing tu. Ade sejarah di sebalik simbolik kewujudan patung itu. Mohon google, hehe. Kebetulan arini ade sambutan ape entah dorang buat, so patung ni pakai la baju cantek sikit. Kalau tak die bogel je budak tu, huhu. Nampak tak die tengah pancut kan air kat die punyaa tuttt. hehehe 
Ni la bangunan-bangunan lama yang mengelilingi tempat ni. Sangat besar okeh tempat ni, make sure jangan sesat dan sentiasa ingat landmark kat mana yang kita masuk tau tau. Kat sini pun ada Hard Rock Brussels kepada collectors tegar barangan HR, okehh!..

Lepas selesai tour di sini, kami pun terus bergerak ke Bruxelles Midi Station untuk menaikki Eurostar. Kami perlu sampai awal kerana bas perlu bertolak semula balik ke German. 


Cerita di London akan bersambung di masa akan datang yang tak tahu entah bile nak siap, Huahuahua..


Thanks for Reading. Much Lovee~~..

No comments:

Post a Comment